Tuesday, June 04, 2013

Sukatan Lanjutan Siri 2 : Mengaplikasikan Text Wrapping

Untuk arahan Text Wrapping ini khusus untuk kedudukan gambar, objek, carta, diagram, gambar foto serta lakaran Table di dalam MS Word. Arahan Text Wrapping ini hanya akan kelihatan di dalam program MS Word sahaja dan tidak ada di dalam program lain.

Mula-mula kita akan mengambil arahan gambar secara asas. Cara mengambil gambar peringkat pertengahan akan dilampirkan di dalam post yang akan datang.

Cara untuk mengambil gambar secara asas klik pada Insert -> ClipArt di dalam ruangan Search for : Taipkan pengelasan. Contoh : Golf.


Di bawah ini terdapat dua perbezaan yang boleh dilihat seperti di bawah ini. Mahirkan diri anda dengan kegunaan pelbagai susun atur kedudukan imej ini. Apabila anda mengambil gambar Copy + Paste di dalam dokumen/internet arahan Text Wrapping ini perlu anda ubah setiap kali gambar baru diambil.


Arahan Text Wrapping ini boleh digunakan bagi Shape (Insert -> Shape -> Pilih bentuk & lajurkan), Text Box (Insert -> Text Box-> Draw Text Box), Chart, gambar Foto & Diagram. 


Arahan Text Wrapping ini juga boleh menambah Table di dalam teks (Insert -> Table -> Draw Table). Selamat Mencuba!

[ Dipetik dari PDF Sukatan Kenaikan Pangkat Setiausaha: http://bpsm.usm.my/ ]

[ Halaman 4 Buku Rujukan MS Word 2007 Institut Perdagangan Munshi, Kuantan ]

Wednesday, May 29, 2013

Sukatan Lanjutan Siri 1 : Kaedah Linking and Embedding

Saya selaku Guru Komputer telah melatih beberapa peserta yang ingin mengikuti kuliah Khas untuk kenaikan pangkat Gred N32 & N22 juga. Sesi pembelajaran ini saya telah memberi tunjuk ajar kepada Puan Jamaliah dari Jabatan Kerajaan & Terbaru dari kakitangan UMP, Puan Shafinaz. 

Pembelajaran ini saya telah menyediakan Nota Pembelajaran Khas yang telah saya sunting sendiri. Yuran Kuliah 10 Jam (RM 300). Bilangan peserta kelas dewasa 1 hingga 3 peserta sahaja. Terkini hanya saya jalankan pada hari bekerja Isnin hingga Jumaat mengikut kekosongan semasa. 





Untuk mendapatkan Gambaran Nota Bergambar EBook ni sila klik link ini Contoh EBook & muat turun ya !

[ Dipetik dari PDF Sukatan Kenaikan Pangkat Setiausaha: http://bpsm.usm.my/ ]

Friday, May 24, 2013

~Sering Memohon Jawatan Tetapi Tiada Kemahiran Komputer~

Saya Norain Ab Jabar, sebelum saya mengikuti kursus ini saya tidak mempunyai banyak kemahiran dalam bidang pengurusan pejabat. Sebelum ini saya pelajar lepasan SPM dan mengganggur serta bergantung kepada ibu bapa. Saya telah mencari beberapa pekerjaan tetapi tidak berjaya kebanyakan jawatan kosong memerlukan kemahiran komputer. Saya tidak memenuhi syarat-syarat jawatan tersebut. 

Pembelajaran saya di sini telah diperkenalkan oleh salah seorang rakan saya. Semasa kursus saya diajar cara- cara menyediakan dokumen seperti iklan, surat tawaran, mencetak sampul surat dan lain-lain lagi. Selain itu, di dalam kelas MS Power Point pula saya diajar membuat tugasan yang melibatkan pembentangan yang melibatkan komputer. Di dalam pembelajaran MS Excel pula saya telah diajar menyediakan dokmumen yang banyak melibatkan pengiraan  dan ia menjadi mudah dengan menggunakan format-format yang tersedia di dalam program.

Saya memperolehi banyak ilmu dan kemahiran yang diajar dan dikongsi oleh tenaga pengajar di sini. Saya beharap selepas menamatkan kursus ini saya dapat menfaatkan ilmu kemahiran yang saya pelajari disini. Saya juga beharap semasa di alam pekerjaan nanti saya dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang dan menjadikan saya pekerja yang berdedikasi. Terima kasih kepada tenaga pengajar yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya selama berkursus di sini.

~Sangkaan Meleset Mengenai Pembelajaran Komputer di IPM~

Saya Zaharah Abdullah, sebelum masuk IPM, saya menyangkakan cara pengajaran dan pembelajaran di IPM adalah seperti kebiasaan di tempat lain. Saya juga menyangkakan bahawa tenaga pengajarnya memberi tunjuk ajar tanpa penelitian secara individu. Ternyata itu hanya pemikiran saya sahaja. Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas amat berlainan dari apa yang difikirkan. Pembelajaran di dalam kelas amat menyeronokkan. Saya akui pengetahuan saya dalam penggunaan dalam aplikasi komputer amatlah cetek. 

Saya tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam menggunakan komputer dan tidak pernah belajar komputer di tempat lain. Saya juga tidak berminat untuk menggunakan komputer kerana tidak mempunyai asas mengenainya. Terutamanya dalam program Microsoft Office. Banyak perkara yang boleh diaplikasikan setelah mengetahui fungsinya, terutama dalam penggunaan “Mail Merge”. Dengan kemahiran yang ada ini memudahkan lagi kerja apabila diberikan oleh majikan. Malah, saya dapat rasakan bahawa mempelajari komputer amat berharga sekali kerana di mana-mana pun jawatan sangat memerlukan kemahiran ini. Saya telah berjaya mengetahui tentang penggunaan komputer dalam tiga program Microsoft Office iaitu MS Word, MS Power Point dan MS Excel. 

Semua kemahiran ini, tidak pernah saya perolehi sebelum ini tetapi di Institut Perdagangan Munshi, saya telah memperolehi teknik sebenar dalam penggunaan aplikasi komputer. Kemahiran yang dimilliki ini akan digunakan dengan betul. Selain itu, saya juga sudah pandai membuat sampul surat, borang dan surat dan merasa lebih yakin untuk melakukan tugas berkaitan apabila menjalani praktikal nanti atau melangkah ke gerbang alam pekerjaan yang sebenarnya.

~Hanya Tahu Shortcut Komputer Bukan Format Sebenar~

Saya Nuratila Zulkifli, sebelum mengikuti kursus  komputer saya pernah mempelajari subjek komputer di tempat lain. Tetapi kebanyakkan apa yang saya pelajari menggunakan shortcut. di IPM saya belajar dari mula (asas) yang mana tidak menggunakan shortcut saya perlu mencari satu persatu, contohnya untuk mencari Bullet, perlu Customize terlebih dahulu dan pilih satu persatu tanpa mengambil yang sedia ada.

Ini membuatkan saya melakukan tugasan komputer dengan lebih cepat dan tepat. Semasa mengikuti kursus saya diberi tugasan dan perlu menyiapkan tugasan tersebut untuk layak memasuki ujian. Saya dikehendaki mencari setiap fungsi Ribbon yang terdapat dalam MS Word, MS Power Point & MS Excel.Tujuannya adalah untuk memudahkan saya lebih mengenali fungsi setiap Ribbon yang ada dan cara penggunaannya. Saya juga dibekalkan dengan buku nota/ buku rujukan setiap program untuk memudahkan saya untuk membuat latihan dan rujukan di rumah. 

Tenaga Pengajar menggalakkan saya untuk membuat latihan di rumah sebelum pembelajaran di dalam kelas yang akan datang bagi memudahkan sesi pembelajaran dan juga untuk melakukan tugasan di kelas dengan cepat dan tepat serta masa yang digunakan untuk menyiapkan tugasan komputer yang telah ditetapkan. Saya amat bersyukur kerana dapat mempelajari ilmu komputer yang memberikan saya semangat untuk mengaplikasikan lmu tersebut. Ini memudahkan saya untuk menyelesaikan kerja yang berkaitan dengan Microsoft Office terutama dalam Microsoft Word, Microsoft Power Point, Microsoft Excel. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada CA dan juga rakan- rakan yang membantu mengajar saya dengan bersungguh-sungguh hingga saya berjaya menguasai penggunaan komputer di pejabat.

~Cabaran Tugasan Di Dalam Komputer~


Saya Ainul Fatin Husna Mohd Amerudin, sebelum saya mengikuti kursus komputer pengetahuan saya sangat penggunaan pejabat sangat sedikit  saya tidak ada pengetahuan tentang komputer. Program komputer ini harus saya pelajari ini apabila bekerja bagaimana setiap tugas dapat diselesaikan. Selain itu, saya juga belajar cara untuk membuat sesuatu tugas  dan teknik yang mampu mempercepatkan sesuatu tugasan.

Semasa kursus, saya telah mempelajari program Ms Word dan MS Power Point.Saya rasa sangat seronok kerana dapat membuat segala tugasan yang diberikan dengan baik, walaupun ada kesalahan tetapi saya akan terus berusaha dengan lebih baik lagi. Kerana setiap kesalahan tugasan yang saya lakukan ia menguji minda saya. 

Selain itu saya juga telah mempelajari pengetahuan Microsoft Excel kerana pembelajaran program ini banyak dari segi pengiraan walaupun mencabar saya mencuba yang terbaik untuk masa depan saya.Banyak perkara yang saya telah pelajari yang sebelum ini tidak pernah saya pelajari. Ucapan terima kasih kepada tenaga pengajar di Institut Perdangangan Munshi yang telah banyak membantu dan mengajar saya dengan penuh kesabaran.

~Rahsia Menaip Pantas Diketahui~


Saya Nur Azmira Nasarudin, sebelum menghadiri kursus IPM saya menyangka diri saya tiada masa depan. Saya suka membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah. Saya merasa bosan kerana tidak mendapat kerja yang menjamin masa depan saya berasa cemburu kepada kawan yang ada kerja-kerja yang sesuai dengan mereka. Saya tidak tahu apa itu Pengurusan Pejabat dan saya tidak tahu bahawa setiap jari yang ada pada jari-jari kita ada fungsi apabila kita menaip. 

Semasa berkursus saya merasakan diri saya terjamin dan saya dapat rasakan saya membuat kerja-kerja yang berfaedah, pada minggu pertama saya di IPM saya diajar cara untuk menggunakan kod jari, tatatertib semasa berada mesin taip ataupun komputer. 

Selain itu, saya dapat melatihkan diri saya atau dapat mencari idea untuk menyelesaikan masalah yang saya terima semasa menyiapkan tugasan kerja yang diamanahkan. Saya juga dapat berkomunikasi dengan etika pejabat. Sekarang saya menaip di mesin taip atau komputer dengan menggunakan kod jari yang telah saya pelajari dan akhirnya saya dapat menguasai kod jari itu, kini saya dapat menaip dengan lebih cepat berbanding sebelum saya mempelajari kod jari ini. Saya betul-betul menghargai ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru di IPM  ini.

~Tahap Keyakinan Rendah Sebelum Kursus~


Saya Nor Aisyah Mamat semasa saya berkursus di IPM, pada mulanya saya tidak mahir dalam kuliah komputer ini tetapi atas dorongan dan tunjuk ajar yang diberikan saya dapat menguasainya. Selain itu, banyak juga aktiviti yang dijalankan di IPM sama ada di luar mahupun di dalam IPM. Selain itu tugasan komputer diberikan seperti Ribbon komputer dan kerja kursus.

Pada mulanya, saya berasa tidak yakin dapat menyiapkannya tetapi atas dorongan tenaga pengajar dan kawan-kawan saya dapat menghantar tugasan tersebut dengan jayanya. Selepas saya menjalani kursus di IPM, saya telah ditawarkan  untuk menjalani latihan Pratikal di Jabatan Pertahanan Awam, Pahang selama 4 bulan. Saya sangat bersyukur ke hadrat Illahi kerana ditempatkan di jabatan tersebut. 

Akhir kata, saya ingin  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Farizan, Cik Adawiah, Encik Sharif, Tuan Haji Nasir dan Tuan Haji Shabati kerana mengajar saya tanpa mengenal erti jemu sehinggalah saya sampai ke tahap ini. Segala didikan yang telah saya perolehi amat saya hargai.Semoga IPM bertambah maju dan berjaya di masa hadapan.