Showing posts with label Kuasai Teknik Cepat dan Mudah. Show all posts
Showing posts with label Kuasai Teknik Cepat dan Mudah. Show all posts

Monday, January 22, 2018

Kelas Harian Jan 2018

Assamualaikum.. Lama CikguCA tidak bersiaran di blog.. Kelas penuh sepnjang hari pagi, petang dan kadang-ada sesi malam. Alhamdulillah rezeki Allah Taala. Bersyukur dapat bantu lebih ramai mahir menggunakan komputer terutama MS Office + Emel.
.
Pengambilan Februari 2018 kini dibuka ! Cepat booking kelas komputer ye jika full tunggu next month !
.
WA 011-1337 6462


Friday, January 12, 2018

Kelas Harian Minggu Kedua Jan 2018

👀 Kesungguhan Belajar Pemacu Kejayaan
.
10/1 : Rabu : Kelmarin sesi pertama pagi bersama Wardah di IM 5 untuk program MS Excel. Mempelajari format asas apa itu penggunaan Excel serta cara cepat mahir. Sesi petang tiada kelas cikguCA ada urusan luar.
.
11/1 : Khamis Semalam kelas Pagi sesi ke-6 untuk Umi Amirah untuk program PowerPoint di Panching Timur. Sesi Ulangkaji + Ujian. Sesi petang bersama Aqilah di UTC sesi yang kedua untuk MS Word.
.
12/1 : Jumaat : Hari ini kelas Pagi sesi ke-4 untuk bersama Hafiz untuk program PowerPoint di Permatang Badak Baru. Sesi petang bersama Amalina sesi pertama MS Word di UTC.
.
#CAAdawiah #KelasKomputer #Kuantan #ServisMengajarPersonal #ServisMengajarBerkumpulan #KelasOnline #KelasMSOffice #MSOffice #MsWord #MSPowerPoint #MSExcel #MSAcces

Monday, January 08, 2018

Seronok Mengajar Peserta Kemahiran

 Seronok Mengajar Peserta Kemahiran
.
8/1 : Hari ini kelas Pagi sesi ketiga untuk Hafiz untuk program PowerPoint. Ada peningkatan belajar. Sesi petang bersama Hanim di Bandar Kuantan Putri 23. Program MS Word.
.
"Kemahiran Perlu Dipraktikkan Kembali" ♡♡
.
#CAAdawiah #KelasKomputer #Kuantan #ServisMengajarPersonal #ServisMengajarBerkumpulan #KelasOnline #KelasMSOffice #MSOffice #MsWord #MSPowerPoint #MSExcel #MSAcces

Thursday, January 04, 2018

Semakin Belajar Semakin Berkemahiran

Semakin Belajar Semakin Berkemahiran
.
Hari ini kelas untuk sesi yang ke-4 bersama Umi Amirah di Panching Timur. Program kedua untuk MS PowerPoint. Mempelajari format membina carta Bar/Area/Line. Sarapan pagi ditaja oleh ibu umi he..he.. Teh O panas pehh sodapp mendung² ni..
.
"Kejayaan yang kita perolehi adalah usaha kita disamping doa guru & ibu bapa" ♡♡
.
#syukurselalu #Alhamdulillah #lovemyjob #lotoflove
.
#CAAdawiah #KelasKomputer #Kuantan #ServisMengajarPersonal #ServisMengajarBerkumpulan #KelasOnline #KelasMSOffice #MSOffice #MsWord #MSPowerPoint #MSExcel #MSAcces

Sunday, December 17, 2017

30 Minit Nampak Jalan Keluar

SEDANG MENCARI SERVIS MENGAJAR KOMPUTER SECARA PERSENDIRIAN?
.
Dah putus asa mencari kelas komputer untuk yang bekerja waktu pejabat? Tunggu dulu, kami ada penyelesaiannya! Kami menyediakan kursus komputer dari Zero Knowledge hingga mahir dengan masa yang fleksibel. Kini tidak perlu risau lagi ilmu selama 3 tahun di kolej dapat di praktik 3 bulan sahaja bersama Cikgu Adawiah.
.
Servis ini hanya untuk individu yang serius untuk mendalami kelas komputer dalam tempoh 10 – 15 sesi. Jangan anggap servis kami sama dengan servis dari kolej/institusi lain. Kami beri lebih lagi terutama format yang di ajar lebih terperinci dan mendalam.
.
Kelebihan Kelas Personal / Berkumpulan :
=================================
.
~ 30 minit pertama dah nampak jalan keluar / membantu menyiapkan kerja pejabat
~ Pembelajaran Cepat Mahir walaupun peserta Zero Knowledge
~ Penerangan terperinci mengenai Format/Formula setiap program
~ Buku Nota Rujukan Lengkap Bergambar setiap program (dalam Bahasa Melayu)
~ Bantuan Ulangkaji WhatsApp + Emel semasa belajar
.
“Selepas ikuti 4 sesi belajar saya yakin untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari malah saya juga dapat idea untuk buat duit dengan membuat servis cetak surat, buat label, cetak kad kawen/kad undangan berbuka puasa untuk pejabat. Kalaulah saya tahu dari awal saya dah ikuti kelas komputer ini” –Aisyah, KPTM.
.
“Kelas yang saya ikuti sebelum ini terlalu ramai peserta kelas, personal 1-to-1 ini membuatkan saya cepat faham apa yang saya pelajari dan dapat membuat kembali ulangkaji yang diberikan guru”. –Ana, Indera Mahkota 14.
.
“Semasa saya mengikuti pembelajaran saya mengikuti temuduga panel penemuduga berkata baguslah ada basic komputer sebab kami dah tak nak ajar dah yang penting dapat bantu syarikat kami syukur alhamdulillah saya berjaya melesaikan banyak format/formula yang diperlukan” Iza, KotaSAS
.
Teruskan bacaan dan saya tunjukkan jalan keluar bagi masalah tidak mahir komputer yang dihadapi. Mahu kami bantu segera selesaikan masalah anda? Anda perlukan Mentor untuk belajar format MS Office secara 1-to-1.
.
Bagi peniaga online sanggupkah habiskan masa bertahun melakukan kesilapan atau luangkan masa 30 minit untuk kami tunjukkan formula cara yang sebenar? Pelanggan yang menggunakan servis kami, 80% berjaya membina sendiri database mengikut majikan perlukan.
.
5 orang pertama yang memilih ‘Pakej Pekerja Mahir’ & mengisi Daftar Online di blog bagi bulan Januari 2018, kami berikan Ebook secara PERCUMA Modul Kenaikan Pangkat Pembantu Pejabat Gred N22 (soalan + jawapan) di dalam emel.
.
Ada lagi? Kami akan memberikan servis percuma selama 1 bulan kepada anda jika masalah timbul selepas mengikuti 15 sesi pembelajaran personal bersama kami. Freegift + Format Resume + Software Kepantasan Menaip (Taipskrip+Manuskrip) akan diberikan bagi yang ikuti Pakej Pekerja Mahir.
.
Jimat RM 20 Jika anda DAFTAR awal!
==============================
.
Tempah sekarang dalam masa 6 hari kami akan masukkan semula RM 20 ke dalam poket anda. Sah bermula : Hari ini hingga 23hb Disember 2017 (sebelum 8 malam).
.
WhatsApp ke 011-1337 6462 untuk pembelajaran Januari 2018. Tempat adalah terhad!
.
#belajarkomputer #msoffice #kelaskomputer #kuantan #servismengajarpersonal #kursusmsoffice #servismengajarberkumpulan #untukwanita #msword #mspowerpoint #msexcel #msaccess


Thursday, December 14, 2017

Beri Ilmu Kepada Yang Memerlukan

14/12 (Khamis) : Sesi pagi bersama Amalina di Sg. Karang Darat sesi yang ke-3 untuk program PowerPoint. Sesi petang pula bersama Hidayah sesi yang pertama untuk program Excel.
.
"Memberi ilmu kemahiran kepada yang benar-benar memerlukan adalah sesuatu yang berharga" 💪💪 #quotes #motivation #lovequotes ♡♡
.
#syukurselalu #Alhamdulillah #lovemyjob #lotoflove
.
#CAAdawiah #KelasKomputer #Kuantan #ServisMengajarPersonal #ServisMengajarBerkumpulan #KelasOnline #KelasOffline #MSOffice #MsWord #MSPowerPoint #MSExcel #MSAcces

Wednesday, December 13, 2017

Lewat Tahu Kursus Komputer

13/12 (Rabu) : Sesi pagi bersama Zieha di Bukit Sekilau untuk sesi yang pertama untuk program PowerPoint & sesi petang bersama Nora di IM 2 untuk sesi yang pertama untuk program PowerPoint. Peserta hari ini memberitahu lewat mengetahui kursus kemahiran ini waktu membuat Assignment waktu zaman di Universiti dulu-dulu terutama penggunaan yang salah untuk Caps Lock & Shift. Alhamdulillah dapat bantu selesaikan masalah bakal pekerja.
.
"Bahagia bukan milik seseorang yg hebat dalam segalanya, namun seseorang yang mampu temukan hal sederhana dalam hidupnya dan tetap bersyukur" #quotes #motivation #lovequotes ♡♡
.
#syukurselalu #Alhamdulillah #lovemyjob #lotoflove
.
#CAAdawiah #KelasKomputer #Kuantan #ServisMengajarPersonal #ServisMengajarBerkumpulan #KelasOnline #KelasOffline #MSOffice #MsWord #MSPowerPoint #MSExcel #MSAcces

Sabtu lepas Sijil Kemahiran untuk Iffah yang mengikuti kelas pakej khas untuk 4 hari berturut-turut. Terima kasih kerana bersama ACS.

Tuesday, December 12, 2017

Tingkatkan Kemahiran Komputer Masa kini

09/12 (Sabtu) : Sesi pagi bersama Shahirah sesi yang ke-6 Tambahan Ulang kaji untuk program Word.
.
"Perkasakan kemahiran komputer untuk masa hadapan" 💪💪 #quotes #motivation #lovequotes ♡♡
.
#syukurselalu #Alhamdulillah #lovemyjob #lotoflove
.
#CAAdawiah #KelasKomputer #Kuantan #ServisMengajarPersonal #ServisMengajarBerkumpulan #KelasOnline #KelasOffline #MSOffice #MsWord #MSPowerPoint #MSExcel #MSAcces
.
Pengambilan Januari 2018 kini di buka ! WhatsApp : 011-1337 6462

Monday, November 20, 2017

Kelas Harian (19hb & 20hb Nov 17)

Ahad 19/11 : Sesi ke-3 Puan Suzana di Indera Mahkota 10 selesai dengan jayanya.
.
Isnin 20/11 : Sesi ke-4 bersama Shahirah di Seri Teruntum untuk program MS Word. Hari ini terus cetak sampul surat di rumah peserta. Mak peserta beli printer baru supaya anak mahir cetak surat & sampul surat.
.
#syukurselalu #Alhamdulillah #lovemyjob #lotoflove
.
#CAAdawiah #KelasKomputer #Kuantan #ServisMengajarPersonal #ServisMengajarBerkumpulan #KelasOnline #KelasOffline #MSOffice #MsWord #MSPowerPoint #MSExcel #MSAcces


Haa nak repost jugak hihi 

Friday, November 10, 2017

Kelas Komputer Harian (9hb dan 10hb Nov 17)

☆ Update ☆
.
9/11/2017 : Khamis : Sesi Pagi bersama Amirah dari Gambang di UTC untuk sesi yang ke-3. Sesi Petang bersama Hidayah dari Permatang Badak Baru untuk sesi pertama MS PowerPoint. #syukurselalu #Alhamdulillah #lovemyjob #lotoflove
.
10/11/2017 : Jumaat : Sesi Pagi bersama Umi Amirah dari Panching Timur di rumahnya untuk sesi yang ke-2. Sesi Petang ada perjumpaan dengan bakal peserta baru. Sesi malam bersama Azlin di Sungai Isap Damai untuk sesi ke-2 #syukurselalu #Alhamdulillah #lovemyjob #lotoflove abaikan effect #Camera360 #BelomLawo 😀😀😀😀
.
#CAAdawiah #KelasKomputer #Kuantan #ServisMengajarPersonal #ServisMengajarBerkumpulan #KelasOnline #KelasOffline #MSOffice #MsWord #MSPowerPoint #MSExcel #MSAccess

Saturday, November 04, 2017

Kursus Jangka Pendek Ms Access

Tahniah kepada Staf Pejabat Peladang (PASFA) yang telah mengikuti pembelajaran kelas komputer serta tamat dengan jayanya. Pada akhir Oktober 2017 telah diadakan penyerahan Sijil Komputer untuk Staf serta hadiah kepada yang berjaya menyiapkan kembali format MS Access yang telah dipelajari berdasarkan bidang tugas yang dikehendaki oleh Ketua Pentadbiran Puan Salmah dan di semak oleh Cikgu Adawiah.
.
Staf PASFA mempelajari program MS Access yang dapat membantu membina Report mengikut bidang masing-masing. Kesemua yang mengikuti pembelajaran jangka pendek ini seramai 5 sesi dengan jumlah peserta 20 orang. Pihak penaja Garam Nur Terapi menyediakan 5 set hadiah untuk 5 kumpulan hanya 1 pemenang sahaja diberikan untuk 1 kumpulan.
.
Moga peserta lebih segar dan ceria kerana hadiah set mandian terapi ini mampu menghilangkan penat serta untuk rendaman kaki dapat menghilangkan lenguh-lenguh semasa bekerja maklumat lanjut www.nurhimalayansalt.com.
.
Gambar Kredit : Puan Norliza Staf PASFA (tudung merah atas sekali).












Sunday, October 29, 2017

Dari Biasa-Biasa Menaip Kini Luar Biasa

☆☆ Kelas hari ini tamat 17 sesi bersamaan 3 bulan bersama Hasniza dari Neram, Kemaman. Pelajar ini pandu sendiri kereta untuk datang ke kuantan untuk belajar komputer. Penuh bersemangat orangnya. Pelajar ini juga rajin mengulangkaji pelajaran yang diajar. Kreatif dalam bertanya soalan. Bermula dari Zero MS Office kini jika diterima bekerja untuk tugas-tugas pejabat berkaitan komputer Hasniza mampu lakukan tugas dengan baik. Bemula dengan menaip biasa-biasa kini luar biasa lajunya.. Takyah tengok keyboard katanya.. ewahh..
.
Sebagai cikgu komputer terharu rasa dapat kek Pandan Cheese hasil air tangan pelajar kurang manis sebab cikgunya kan dah maniss #GurauJer kepada yang nak order boleh lah cari FB : Hasniza Nor. Bila pelajar cakap dah tamat dah kelas hari ini bila lah dapat berjumpa lagi tetiba rasa sebak laa pulak bila sebab rasa akrab sgt dengan pelajar bagaikan adik dan kakak.. :'( :'( :'( moga hubungan seperti kekeluargaan bersama peserta kelas komputer kita tidak terhenti di sini boleh bertemu di FB, IG @ WA kan?
.
Dulu kat IPM Munshi sama jugak 6 bulan pelajar belajar sebak dia jangan cakap lah sebab dah anggap pelajar yang belajar di IPM staf semua kami anggap dah macam keluarga malah diorang gelar MamaCA.. Laa ni diorang dah kawen dah beranak pinak diorang gelarkan NenekCA waduhhh ketuaan benaran nih he..he.. ;) ;) ;) See More >> ♡♡
.
#CAAdawiah #KelasKomputer #Kuantan #ServisMengajarPersonal #ServisMengajarBerkumpulan #KelasOnline #KelasOffline #MSOffice 
#MsWord #MSPowerPoint #MSExcel #MSAccess
.
www.wasap.com.my/601113376462 (klik link untuk info)





Monday, October 23, 2017

Kelas Harian Bandar Putra Tg Lumpur

[Temuduga Kerja Pejabat]
.
Selalu pergi temuduga. Ayat ini kita selalu dengar bukan?
1. Baguslah sedang belajar komputer kita takde masa nak ajar Ms Excel ni kita nak cari yang mahir.
.
2. Bagi yang ada kemahiran MS Word, MS Excel satu bonus jika diterima dalam syarikat kami.
.
3. Bagi yang ada sijil mudah untuk diserap kerja. Soal umur jatuh nombor dua. Yang penting kemahiran komputer boleh key-in rekod dengan baik. Bila mahir MS Office sistem yang ada jadi mudah sebab dah nampak jalan format/formula.
.
Hari ini kelas di Bandar Putra Tanjung Lumpur bersama puan Siti. Sebab berminat join kelas komputer individu sebab nak kerja pejabat. Hanya tiada Sijil Komputer puan Siti tidak berani memohon jawatan kosong berdekatan rumah. Alhamdulillah hari ini sesi pertama mempelajari Software Menaip.
.
#CAAdawiah #KelasKomputer #Kuantan #ServisMengajarPersonal #ServisMengajarBerkumpulan #KelasOnline #KelasOffline #MSOffice #MsWord #MSPowerPoint #MSExcel #MSAccess
.
www.wasap.com.my/601113376462 (klik link untuk booking)

Sunday, October 22, 2017

Pengambilan Nov 17

[Syarat Ikuti Kelas Komputer]
.
Berhenti salahkan diri sendiri mengapa dari dulu tidak belajar komputer walaupun umur makin meningkat.
.
Anda perlu memenuhi syarat-syarat tertentu sebelum dibenarkan untuk mengikuti servis komputer bersama kami :
.
☆ Lepasan SPM
☆ Berusia 18 tahun hingga 45 tahun
☆ Berminat untuk dalami MS Office
.
Dapatkan nilaian yang dipelajari selama 3 tahun ini hanya dalam masa 3 bulan sahaja. Pengambilan November 2017 kini dibuka! Tempah sekarang untuk kemasukan. Hanya 10 peserta sahaja di terima. Booking RM 200 untuk pengesahan November. Jika penuh anda perlu tunggu sesi seterusnya ya!
.
#CAAdawiah #KelasKomputer #Kuantan #ServisMengajarPersonal #ServisMengajarBerkumpulan #KelasOnline #KelasOffline #MSOffice #MsWord #MSPowerPoint #MSExcel #MSAccess
.
www.wasap.com.my/601113376462 (klik link untuk booking)
.
www.komputerkuantan.com (klik blog untuk modul kursus)

Tuesday, October 10, 2017

Kelas Harian Permatang Badak

Kelas personal hari ini program MS Word. Peserta Hidayah dari Permatang Badak Baru 16 pembelajaran di rumahnya. Hari ini masuk sesi ke 3 belajar komputer secara individu setiap Selasa & Khamis. Peserta ini memilih kursus kemahiran daripada nak terus bekerja dari sambung ke Ijazah yang memerlukan kos 50K pembelajaran.
.
Katanya lagi zaman gawat perlu bayar PTPTN lagi dah tamat belajar, keja tak dapat lagi PTPTN dah cari 👀👀 nak tak nak kene keja kat shopping complex untuk bayar PTPTN 😂😂😂

**Pengalaman pelajar CA pon sama baru2 ini CA jumpa pelajar ini lepas belajar komputer dia sambung Ijazah, sekarang dia terpaksa kerja di mall sebab surat hutang PTPTN dah mai naa.. Pengalaman plajar lain pulak yang ada ijazah nak keja pejabat majikan x berani nak ambil sebab first mereka tak kan nak bayar tinggi kan? Membebel pula CA ni hahaha 😁😁
.
Pengambilan Oktober 2017 masih di buka!
.
#CAAdawiah #KelasKomputer #Kuantan #ServisMengajarPersonal #ServisMengajarBerkumpulan #KelasOnline #KelasOffline #MSOffice #MsWord #MSPowerPoint #MSExcel #MSAccess

Wednesday, October 04, 2017

Penyelesaian Tugas Pejabat Anda

Ramai tercari-cari guru peribadi untuk belajar key-in rekod dalam Excel, create invois dalam kiraan GST, format minit mesyuarat tetapi tiada yang sudi membantu rakan pula acah-acah nak bantu. Rakan pula kata kalau bantu siapkan kerja orang kerja kita tak siap kan?

Apakah penyelesaikan tugas-tugasan kita yang menimbun itu? Runsing dengan perkara yang membabitkan tugas di pejabat?

Kami sedia ke pejabat anda & membantu menyelesaikan format dengan cepat, mudah faham serta mengurangkan beban tugas pejabat anda. hubungi kami segera  01113376462. Penyertaan akan didahulukan mengikut yang terawal menghubungi kami.

Perlukan lebih maklumat? Klik di sini untuk lebih info di www.komputerkuantan.com

Pengambilan OKTOBER 2017 masih di buka!

#CAAdawiah #KelasKomputer #Kuantan #ServisMengajarPersonal #ServisMengajarBerkumpulan #KelasOnline #KelasOffline #MSOffice

Selesai kelas hari ini di UTC bersama Shuhadah & malam tadi bersama Fatimah di Batu 3, Kuantan. Terima kasih yang mempercayai servis kami.

Monday, October 02, 2017

Kelas Harian 02 Okt 2017

🌸🌸Selamat Petang!🍀🍀
.
Selesai kelas komputer sesi pagi di UTC bersama Syuhada. Hari ini mempelajari bagaimana membuat carta organisasi & membina Presentation langkah demi langkah + selingan lagu format Mp3.
.
#CAAdawiah #BelajarKomputer #Kuantan #ServisMengajar

Monday, July 10, 2017

Sesi 1 : Syuhadah (Pekan Pahang)

🎓🎓Alhamdulillah pagi ini Shuhadah dari Pekan mengikuti kelas pertama dengan CA.
.
Hari ini mempelajari format Kod Jari di dalam software khas sejak dari  IPM Munshi lagi. Permulaan kekok itu biasa untuk memahirkan menaip menggunakan 10 jari.
.
Dengan adanya kelas personal ini harap dapat membantu lebih ramai mahir di dalam MS Office 😍😍
.
🎓🎓 Sekiranya anda ada pertanyaan yang ingin dikemukakan boleh WhatsApp kepada kami bila-bila masa mengikut kelapangan anda. ingat nombor ini ya 011 – 1337 6462.
.
#CAAdawiah #KelasKomputer #Kuantan #ServisMengajarPersonal #ServisMengajarBerkumpulan #KelasOnline #KelasOffline #MSOffice

Friday, May 24, 2013

~Tahap Keyakinan Rendah Sebelum Kursus~


Saya Nor Aisyah Mamat semasa saya berkursus di IPM, pada mulanya saya tidak mahir dalam kuliah komputer ini tetapi atas dorongan dan tunjuk ajar yang diberikan saya dapat menguasainya. Selain itu, banyak juga aktiviti yang dijalankan di IPM sama ada di luar mahupun di dalam IPM. Selain itu tugasan komputer diberikan seperti Ribbon komputer dan kerja kursus.

Pada mulanya, saya berasa tidak yakin dapat menyiapkannya tetapi atas dorongan tenaga pengajar dan kawan-kawan saya dapat menghantar tugasan tersebut dengan jayanya. Selepas saya menjalani kursus di IPM, saya telah ditawarkan  untuk menjalani latihan Pratikal di Jabatan Pertahanan Awam, Pahang selama 4 bulan. Saya sangat bersyukur ke hadrat Illahi kerana ditempatkan di jabatan tersebut. 

Akhir kata, saya ingin  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Farizan, Cik Adawiah, Encik Sharif, Tuan Haji Nasir dan Tuan Haji Shabati kerana mengajar saya tanpa mengenal erti jemu sehinggalah saya sampai ke tahap ini. Segala didikan yang telah saya perolehi amat saya hargai.Semoga IPM bertambah maju dan berjaya di masa hadapan.