Saturday, December 29, 2012

Tutorial Asas 1 : MS Word


[Teks asal Calibri (body): 11 serta mempunyai jarak apabila ditaip teks/Enter]

Tutorial ini adalah ringkasan yang di petik dari Buku Rujukan Komputer Window 2003/2007). Gambaran sebenar contoh bergambar telah diterangkan di dalam Buku Rujukan ini. Ini kerana format komputer MS Word berlainan dengan format blog.

  1. Ubah kesemua tulisan & saiz tulisan. Tekan Ctrl + A, klik Home : Font => Tahoma & Font Size  (11). Tajuk : klik pada menu Home klik Bold & Center. Samakan teks pilih Justify. Untuk perubahan bagi (Multimedia) pilih Bold & Italic.
  2. Untuk perubahan bagi huruf “K” dihadapan teks anda aktifkan huruf ‘K’. Klik Insert => Drop Cap =>  pilih Drop Cap Options (Position : Dropped, Distance from text : 0.1).
  3. Untuk bingkai disekeliling huruf “K”, klik pada penjuru berbentuk anak panah, klik pada menu Page Layout =>  Page Border =>  pilih Border. Di dalam ruangan Style pilihan jenis bingkai garisan. Di dalam ruangan Preview : Apply to : Frame (terpapar pilihan yang dikehendaki) klik OK. Nota Penting : Di dalam pilihan Page Layout terdapat TIGA paparan yang membawa maksud yang berlainan.
  4. Untuk mendapatkan gambar serta kedudukan (Square) mengikut latihan. Cara - 1 : Klik pada menu Insert =>  Clip Art. Taipkan perkataan Computer =>  klik Go. Klik Text Wrapping untuk kedudukan seperti gambar.
  5. Terdapat pilihan gambar mengikut pengelasan yang ditaip. Pilih gambar mengikut latihan. Tutup tetingkap Clip Art. NOTA : Terdapat 2 kaedah pencarian gambar iaitu menggunakan arahan Picture.
  6. Bagaimana untuk menambah simbol dihadapan teks berserta jarak seperti latihan ini? Anda hanya perlu aktifkan teks tersebut klik pada menu utama Home =>  pilih Bullets sedia ada diluar terlebih dahulu. Untuk memilih/mengubah bentuk Bullet yang dikehendaki klik semula pada Bullet =>  anak panah ke bawah pilih Define New Bullet =>  Symbol =>  ubah Font : Wingdings =>  Character code : 42. Klik OK & OK.
  7. Jarak Pertama (1) Multilevel List => Set for All Level : | “0” | “0.25” | “0.25”
  8. Jarak Kedua (2) Multilevel List => Set for All Level : | “0.25” | “0.55” | “0.55”
  9. Jarak Ketiga (3) Multilevel List => Set for All Level :  | “0.55” | “0.85” | “0.85”
  10. untuk mengubah kedudukan seperti latihan pilih Jarak Kedua (2) seperti nombor 8.
  11. Untuk menambah nombor dihadapan teks klik pada menu utama Home =>  pilih Numbering sedia ada diluar terlebih dahulu pilih turutan abjad yang dikehendaki. Untuk mengubah kedudukan jarak asal pilih Jarak Ketiga (3). Tambah jarak diantara teks kepada “1.5” Line asal “1”. Klik menu Home =>  Paragraph =>  Line Spacing : 1.5 Lines =>  OK.
  12. Arahan untuk membina Table (Jadual). Table diperlukan untuk mengisi teks di dalam kekotak yang memerlukan sempadan dengan kuantiti yang banyak. Klik pada menu Insert =>  Table =>  Insert Table. Setkan Column & Row. Klik OK. Table yang dipilih terhasil. Masukkan data ke dalam kekotak yang telah disetkan. Sebelum mengisi/memindahkan teks ke dalam Table anda perlu mengenal pasti jenis-jenis Pointer di sekitar Table terdapat 6 jenis pointer sekitar Table.
  13. Sekiranya teks ditaip kebawah/tersedia aktifkan teks tersebut, pilih simbol (Cut) pada menu Home untuk memotong teks tadi. Untuk menyalin teks di dalam kekotak Table, isikan Pointer A : di atas Table (berbentuk anak panah berwarna hitam jika gerakkan tetikus di atas Table) klik Paste.
  14. Untuk menghilangkan garisan di sekeliling Table. Klik pada Pointer B : penjuru untuk aktifkan keseluruhan Table terdapat tetingkap aktif bagi Table Tools =>  pilih Design =>  di dalam Border pilih anak panah bawah =>  No Border (menghilangkan garisan disekeliling Table). Untuk aktifkan garisan putus-putus warna biru klik Layout =>  pilih View Gridlines.
  15. Untuk select 1 baris 2 kolum gerakkan anak seperti ini Pointer C : untuk select PEJABAT & PENDIDIKAN pilih Bold & Underline (gariskan di bawah teks). Untuk select 1 baris 1 kolum gerakkan Pointer D : untuk select 1 kolum ke bawah untuk dapatkan abc :  berserta jarak klik pada menu utama Home =>  pilih Numbering : anak panah ke bawah pilih format mengikut latihan. Untuk mengubah kedudukan jarak asal pilih Jarak Pertama (1).
  16. Akhir sekali klik pada Layout =>  batalkan garisan putus-putus pada View Gridlines. Klik pada icon Print Preview untuk melihat hasil cetakan. Ubah kepada saiz A4.

[ Akan datang : Colum di dalam dokumen ]

Menu Ribbon MS Word

Screen Layout
Word 2007 Screen Layout

Menus

When you begin to explore Word 2007 you will notice a new look to the menu bar. There are three features that you should remember as you work within Word 2007: the Microsoft Office Button, the Quick Access Toolbar, and the Ribbon. These three features contain many of the functions that were in the menu of previous versions of Word. The functions of these three features will be more fully explored below.

The Microsoft Office Button

Microsoft Office Button

The Microsoft Office button performs many of the functions that were located in the File menu of older versions of Word. This button allows you to create a new document, open an existing document, save or save as, print, send (through email or fax), publish or close.
The Ribbon

Ribbon

The Ribbon is the panel at the top portion of the document. It has seven tabs: Home, Insert, Page Layout, References, Mailings, Review, and View that contain many new and existing features of Word. Each tab is divided into groups. The groups are logical collections of features designed to perform functions that you will utilize in developing or editing your Word document. Commonly used features are displayed on the Ribbon, to view additional features within each group, click on the arrow at the bottom right of each group.

Friday, December 28, 2012

Tutorial Kaedah Mailing 1 Data 2 Dokumen (2003)


Kaedah Mailing 1 Data 2 Dokumen (Surat & Sampul Surat) Format 2003

Idea Penulisan: Rabiah Adawiah Md Nasir (Tenaga Pengajar Komputer)
Institut Perdagangan Munshi, Kuantan, Pahang

PENGENALAN PENTING : Apa itu Mail Merge? Mail Merge adalah gabungan 1 dokumen yang digabungkan bersama 1 data yang dapat dibuka di dalam program MS Access. Data Mail Merge tidak boleh digabungkan menggunakan 2 data. Kaedah ini adalah bertujuan untuk memudahkan tugasan yang memerlukan penghantaran surat/ sampul surat di dalam kuantiti yang banyak serta tidak menyimpan dokumen yang berlainan nama walaupun rekod disimpan lebih dari satu penghantaran surat yang telah dibuat. Untuk memulakan Mail Merge SURAT (Letter) anda perlulah menyiapkan 1 dokumen dan SIMPAN dokumen tersebut terlebih dahulu. Kaedah ini dapat menjamin dokumen yang dibina dapat digunakan semula tanpa menyimpan dokumen selepas itu. 










[Atas permintaan pelajar Institut Perdagangan Munshi CA sediakan Tutorial Mailing 2003]

Monday, December 24, 2012

Pengambilan Kursus Komputer Januari 2013


Anda mempunyai komputer peribadi di rumah? Tetapi masih tidak mahir di dalam penggunaan untuk mempercepatkan tugasan di rumah atau ditempat kerja/tugasan kursus kuliah atau apa saja yang melibatkan penggunaan komputer kami sedia membantu anda. Kami di institut menawarkan kursus kemahiran kerjaya kepada semua peringkat usia terutama kepada pelajar sekolah menengah dan ke atas. Semua penerangan diberikan tentang cara-cara menjaga keselamatan komputer, penguasaan komputer MS Office dan banyak lagi.

Bawa pulang ke rumah Sijil Kemahiran Komputer selepas tamat kursus. Kaedah pembelajaran akan di ajar seorang demi seorang. Pembelajaran 1 kuliah 5 orang sahaja dalam tempoh 2 jam pembelajaran. Kemahiran anda keutamaan kami. Kami menawarkan 4 program komputer yang menjadi pilihan majikan & tugasan iaitu MS Word, MS Power Point, MS Excel & MS Access. Ikuti bersama kami dengan 3 Pakej mengikut bajet anda!




Terkini ! Pengambilan pelajar sesi Januari 2013 telahpun dibuka !