Showing posts with label Picture. Show all posts
Showing posts with label Picture. Show all posts

Sunday, January 06, 2013

Tutorial Asas 1 : MS Power Point

Apabila program kedua ini di buka anda akan dapati paparan dokumen di dalam keadaan melintang. Oleh itu untuk menukar paparan kepada menegak perlu klik pada Design -> Slide Orientation. Paparan WordArt juga berbeza bagi MS Word dengan MS Power Point di dalam format 2007 tetapi di dalam format 2010 Format itu sama seperti MS Power Point. Untuk mengubah sila lihat arahan di bawah.




Tutorial ini adalah ringkasan yang di petik dari Buku Rujukan Komputer Window 2003/2007). Gambaran sebenar contoh bergambar telah diterangkan di dalam Buku Rujukan ini. Ini kerana format komputer MS Word berlainan dengan format blog.
  1. Untuk memulakan menaip teks 5 perubahan perlu diubah :
  2. Klik Home ->  Layout (Title and Content). Taipkan teks dalam ruangan Title seperti biasa. Ubah Italic. Taipkan teks dibawah juga seperti biasa Bullet asal batalkan sahaja.
  3. [2003 : Title And Two Content Over Text]
  4. Dapatkan gambar menggunakan arahan Picture seperti MS Word keterangan No. 1. Klik pada Insert ->  Picture -> paparan My Picture akan terhasil klik anak panah ke bawah -> pilih Local Disk (C:) -> Program Files -> Microsoft Office -> Open -> Clipart -> Open -> PUB60COR -> Open -> pilih gambar -> Insert.
  5. Perhatikan TIADA arahan Text Wrapping untuk program ini. Tukarkan posisi kedudukan gambar klik pada Picture Shape, Brightness : +20% & Rotate : Flip Horizontal.
  6. Untuk arahan Drawing bagi program ini boleh menggunakan Ribbon Home & Format). [2003 : Draw -> Rotate of Flip -> Flip Horizontal]
  7. Dapatkan Bullet selain daripada pilihan yang tersedia. Home -> Bullet -> Bullet and Numbering -> Customize -> Wingdings (50) -> Ok. Tel : Wingdings 2 (39). Untuk dapatkan WordArt seperti latihan ini, pelajar perlu dapatkan format daripada MS Word. Arahan  WordArt : Insert -> Object -> Microsoft Office Word Document -> Ok. Paparan  MS Word akan terpapar serta kekotak di ruangan tengah akan terhasil.
  8. Klik Insert -> WordArt -> WordArt  Style 6 ->  taipkan teks -> tukar Font & Font Size (Tahoma : 28) -> Ok. Bayang-bayang dibelakang teks  Shadow Effect -> Shadow Effect 1. Terus klik pada Text Wrapping -> In Front Of Text. Bawa keluar WordArt dari kekotak yang disediakan. Scrolkan mouse ke atas dan ke bawah untuk hilangkan kekotak yang terhasil dari arahan WordArt  tadi. Setelah itu klik di tengah kekotak tersebut tekan Delete. 

Saturday, December 29, 2012

Tutorial Asas 1 : MS Word


[Teks asal Calibri (body): 11 serta mempunyai jarak apabila ditaip teks/Enter]

Tutorial ini adalah ringkasan yang di petik dari Buku Rujukan Komputer Window 2003/2007). Gambaran sebenar contoh bergambar telah diterangkan di dalam Buku Rujukan ini. Ini kerana format komputer MS Word berlainan dengan format blog.

  1. Ubah kesemua tulisan & saiz tulisan. Tekan Ctrl + A, klik Home : Font => Tahoma & Font Size  (11). Tajuk : klik pada menu Home klik Bold & Center. Samakan teks pilih Justify. Untuk perubahan bagi (Multimedia) pilih Bold & Italic.
  2. Untuk perubahan bagi huruf “K” dihadapan teks anda aktifkan huruf ‘K’. Klik Insert => Drop Cap =>  pilih Drop Cap Options (Position : Dropped, Distance from text : 0.1).
  3. Untuk bingkai disekeliling huruf “K”, klik pada penjuru berbentuk anak panah, klik pada menu Page Layout =>  Page Border =>  pilih Border. Di dalam ruangan Style pilihan jenis bingkai garisan. Di dalam ruangan Preview : Apply to : Frame (terpapar pilihan yang dikehendaki) klik OK. Nota Penting : Di dalam pilihan Page Layout terdapat TIGA paparan yang membawa maksud yang berlainan.
  4. Untuk mendapatkan gambar serta kedudukan (Square) mengikut latihan. Cara - 1 : Klik pada menu Insert =>  Clip Art. Taipkan perkataan Computer =>  klik Go. Klik Text Wrapping untuk kedudukan seperti gambar.
  5. Terdapat pilihan gambar mengikut pengelasan yang ditaip. Pilih gambar mengikut latihan. Tutup tetingkap Clip Art. NOTA : Terdapat 2 kaedah pencarian gambar iaitu menggunakan arahan Picture.
  6. Bagaimana untuk menambah simbol dihadapan teks berserta jarak seperti latihan ini? Anda hanya perlu aktifkan teks tersebut klik pada menu utama Home =>  pilih Bullets sedia ada diluar terlebih dahulu. Untuk memilih/mengubah bentuk Bullet yang dikehendaki klik semula pada Bullet =>  anak panah ke bawah pilih Define New Bullet =>  Symbol =>  ubah Font : Wingdings =>  Character code : 42. Klik OK & OK.
  7. Jarak Pertama (1) Multilevel List => Set for All Level : | “0” | “0.25” | “0.25”
  8. Jarak Kedua (2) Multilevel List => Set for All Level : | “0.25” | “0.55” | “0.55”
  9. Jarak Ketiga (3) Multilevel List => Set for All Level :  | “0.55” | “0.85” | “0.85”
  10. untuk mengubah kedudukan seperti latihan pilih Jarak Kedua (2) seperti nombor 8.
  11. Untuk menambah nombor dihadapan teks klik pada menu utama Home =>  pilih Numbering sedia ada diluar terlebih dahulu pilih turutan abjad yang dikehendaki. Untuk mengubah kedudukan jarak asal pilih Jarak Ketiga (3). Tambah jarak diantara teks kepada “1.5” Line asal “1”. Klik menu Home =>  Paragraph =>  Line Spacing : 1.5 Lines =>  OK.
  12. Arahan untuk membina Table (Jadual). Table diperlukan untuk mengisi teks di dalam kekotak yang memerlukan sempadan dengan kuantiti yang banyak. Klik pada menu Insert =>  Table =>  Insert Table. Setkan Column & Row. Klik OK. Table yang dipilih terhasil. Masukkan data ke dalam kekotak yang telah disetkan. Sebelum mengisi/memindahkan teks ke dalam Table anda perlu mengenal pasti jenis-jenis Pointer di sekitar Table terdapat 6 jenis pointer sekitar Table.
  13. Sekiranya teks ditaip kebawah/tersedia aktifkan teks tersebut, pilih simbol (Cut) pada menu Home untuk memotong teks tadi. Untuk menyalin teks di dalam kekotak Table, isikan Pointer A : di atas Table (berbentuk anak panah berwarna hitam jika gerakkan tetikus di atas Table) klik Paste.
  14. Untuk menghilangkan garisan di sekeliling Table. Klik pada Pointer B : penjuru untuk aktifkan keseluruhan Table terdapat tetingkap aktif bagi Table Tools =>  pilih Design =>  di dalam Border pilih anak panah bawah =>  No Border (menghilangkan garisan disekeliling Table). Untuk aktifkan garisan putus-putus warna biru klik Layout =>  pilih View Gridlines.
  15. Untuk select 1 baris 2 kolum gerakkan anak seperti ini Pointer C : untuk select PEJABAT & PENDIDIKAN pilih Bold & Underline (gariskan di bawah teks). Untuk select 1 baris 1 kolum gerakkan Pointer D : untuk select 1 kolum ke bawah untuk dapatkan abc :  berserta jarak klik pada menu utama Home =>  pilih Numbering : anak panah ke bawah pilih format mengikut latihan. Untuk mengubah kedudukan jarak asal pilih Jarak Pertama (1).
  16. Akhir sekali klik pada Layout =>  batalkan garisan putus-putus pada View Gridlines. Klik pada icon Print Preview untuk melihat hasil cetakan. Ubah kepada saiz A4.

[ Akan datang : Colum di dalam dokumen ]