Showing posts with label Teknik Pembelajaran Berkesan. Show all posts
Showing posts with label Teknik Pembelajaran Berkesan. Show all posts

Monday, January 08, 2018

Seronok Mengajar Peserta Kemahiran

 Seronok Mengajar Peserta Kemahiran
.
8/1 : Hari ini kelas Pagi sesi ketiga untuk Hafiz untuk program PowerPoint. Ada peningkatan belajar. Sesi petang bersama Hanim di Bandar Kuantan Putri 23. Program MS Word.
.
"Kemahiran Perlu Dipraktikkan Kembali" ♡♡
.
#CAAdawiah #KelasKomputer #Kuantan #ServisMengajarPersonal #ServisMengajarBerkumpulan #KelasOnline #KelasMSOffice #MSOffice #MsWord #MSPowerPoint #MSExcel #MSAcces

Wednesday, January 03, 2018

Rezeki Jangan Di Tolak

Rabu : 3/1/2018 : Hari ini kelas untuk sesi yang pertama bersama Aqilah. Program pertama adalah MS Word. Mempelajari modul menaip 10 jari sempat siap bab 1 & 2. Selepas kelas Puan Rohayu mengajak lunch. Sesi petang pula bersama Nora untuk sesi ke-3 bagi program PowerPoint selepas kelas minum petang disediakan ibu nora. Makan sajer hari ni he..he.. Rezeki jangan di tolak.
.
"Orang hebat tidak dihasilkan melalui jalan yang mudah, senang, tetapi mereka dibentuk oleh melalui kesukaran, tentangan dan air mata"  #quotes #motivation #lovequotes ♡♡
.
#syukurselalu #Alhamdulillah #lovemyjob #lotoflove
.
#CAAdawiah #KelasKomputer #Kuantan #ServisMengajarPersonal #ServisMengajarBerkumpulan #KelasOnline #KelasMSOffice #MSOffice #MsWord #MSPowerPoint #MSExcel #MSAcces

Sunday, December 17, 2017

30 Minit Nampak Jalan Keluar

SEDANG MENCARI SERVIS MENGAJAR KOMPUTER SECARA PERSENDIRIAN?
.
Dah putus asa mencari kelas komputer untuk yang bekerja waktu pejabat? Tunggu dulu, kami ada penyelesaiannya! Kami menyediakan kursus komputer dari Zero Knowledge hingga mahir dengan masa yang fleksibel. Kini tidak perlu risau lagi ilmu selama 3 tahun di kolej dapat di praktik 3 bulan sahaja bersama Cikgu Adawiah.
.
Servis ini hanya untuk individu yang serius untuk mendalami kelas komputer dalam tempoh 10 – 15 sesi. Jangan anggap servis kami sama dengan servis dari kolej/institusi lain. Kami beri lebih lagi terutama format yang di ajar lebih terperinci dan mendalam.
.
Kelebihan Kelas Personal / Berkumpulan :
=================================
.
~ 30 minit pertama dah nampak jalan keluar / membantu menyiapkan kerja pejabat
~ Pembelajaran Cepat Mahir walaupun peserta Zero Knowledge
~ Penerangan terperinci mengenai Format/Formula setiap program
~ Buku Nota Rujukan Lengkap Bergambar setiap program (dalam Bahasa Melayu)
~ Bantuan Ulangkaji WhatsApp + Emel semasa belajar
.
“Selepas ikuti 4 sesi belajar saya yakin untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari malah saya juga dapat idea untuk buat duit dengan membuat servis cetak surat, buat label, cetak kad kawen/kad undangan berbuka puasa untuk pejabat. Kalaulah saya tahu dari awal saya dah ikuti kelas komputer ini” –Aisyah, KPTM.
.
“Kelas yang saya ikuti sebelum ini terlalu ramai peserta kelas, personal 1-to-1 ini membuatkan saya cepat faham apa yang saya pelajari dan dapat membuat kembali ulangkaji yang diberikan guru”. –Ana, Indera Mahkota 14.
.
“Semasa saya mengikuti pembelajaran saya mengikuti temuduga panel penemuduga berkata baguslah ada basic komputer sebab kami dah tak nak ajar dah yang penting dapat bantu syarikat kami syukur alhamdulillah saya berjaya melesaikan banyak format/formula yang diperlukan” Iza, KotaSAS
.
Teruskan bacaan dan saya tunjukkan jalan keluar bagi masalah tidak mahir komputer yang dihadapi. Mahu kami bantu segera selesaikan masalah anda? Anda perlukan Mentor untuk belajar format MS Office secara 1-to-1.
.
Bagi peniaga online sanggupkah habiskan masa bertahun melakukan kesilapan atau luangkan masa 30 minit untuk kami tunjukkan formula cara yang sebenar? Pelanggan yang menggunakan servis kami, 80% berjaya membina sendiri database mengikut majikan perlukan.
.
5 orang pertama yang memilih ‘Pakej Pekerja Mahir’ & mengisi Daftar Online di blog bagi bulan Januari 2018, kami berikan Ebook secara PERCUMA Modul Kenaikan Pangkat Pembantu Pejabat Gred N22 (soalan + jawapan) di dalam emel.
.
Ada lagi? Kami akan memberikan servis percuma selama 1 bulan kepada anda jika masalah timbul selepas mengikuti 15 sesi pembelajaran personal bersama kami. Freegift + Format Resume + Software Kepantasan Menaip (Taipskrip+Manuskrip) akan diberikan bagi yang ikuti Pakej Pekerja Mahir.
.
Jimat RM 20 Jika anda DAFTAR awal!
==============================
.
Tempah sekarang dalam masa 6 hari kami akan masukkan semula RM 20 ke dalam poket anda. Sah bermula : Hari ini hingga 23hb Disember 2017 (sebelum 8 malam).
.
WhatsApp ke 011-1337 6462 untuk pembelajaran Januari 2018. Tempat adalah terhad!
.
#belajarkomputer #msoffice #kelaskomputer #kuantan #servismengajarpersonal #kursusmsoffice #servismengajarberkumpulan #untukwanita #msword #mspowerpoint #msexcel #msaccess


Sunday, November 05, 2017

Minggu Pertama Awal November 2017

♡♡Kelas Minggu Pertama November 2017 ♡♡
.
☆ Update ☆
.
1/11/2017 : Rabu : Sesi Pagi bersama Puan Siti dari Bandar Putra untuk sesi yang ke-4. Sesi Petang bersama Syairah dari Kempadang untuk sesi pertama. Sesi Malam bersama Azlin dari Sungai Isap Perdana untuk sesi ke-4.
.
2/11/17 : Khamis : Sesi Pagi bersama Amirah dari UTC untuk sesi yang pertama. Sesi Petang bersama Hidayah dari Permatang Badak Baru untuk sesi ke-5.
.
3/11/17 : Jumaat : Sesi Pagi bersama Umi Amirah dari Panching Timur untuk sesi yang pertama. Sesi Malam bersama Izzati dari Sungai Isap Damai untuk sesi ke-4.
.
Untuk 4/11 & 5/11 kelas bercuti yuhuu untuk minggu ini.. Cuti sakit tekak uolss.. Moh makan kenduri pulaakkk di Air Hitam rumah Tasya bekas pelajar IPM 😍😍😍
.
#CAAdawiah #KelasKomputer #Kuantan #ServisMengajarPersonal #ServisMengajarBerkumpulan #KelasOnline #KelasOffline #MSOffice #MsWord #MSPowerPoint #MSExcel #MSAccess

Monday, August 06, 2012

Teknik Pembelajaran Berkesan


PANDUAN BERKESAN MS WORD, MS POWER POINT & MS EXCEL

Anda dinasihatkan untuk membuat pembacaan yang luas mengenai rencana komputer. Jangan hanya bergantung kepada buku latihan komputer (di bilik komputer) sahaja. Pembelajaran komputer memerlukan anda membaca beraneka jenis majalah, akhbar, novel dan rencana yang berkualiti. Pembacaan yan luas boleh meningkatkan pemahaman anda tentang jenis tulisan, warna dan pelbagai corak yang digunakan, kedudukan gambar, jadual, jarak perenggan di antara teks/Table dll. Untuk memantapkan lagi kemahiran, anda dikehendaki anda mencari teks 1 halaman tambahkan format bahan pembelajaran komputer. Anda harus mengetahui dengan lebih terperinci liputan sukatan program ini. Buat semua tugasan yang diamanahkan, duduki ujian secara percubaan persendirian di rumah. Perhatikan dengan serius kelemahan anda di dalam menguasai program ini agar tidak berulang kesalahan yang sama. Contoh : langkah demi langkah Mail Merge surat @ sampul surat dengan betul. Rujuk nota yang telah diberikan. Anda tidak boleh terlalu bergantung kepada tenaga pengajar komputer anda perlu mencari di mana kelemahan anda perbaiki agar tidak berulang. 

Anda harus berdikari, rajin serta tahu matlamat berkursus di IPM. Banyak latihan di dalam program ini digunakan secara berulang-ulang sebagai contoh : penggunaan pilihan Table, penggunaan pilihan Drawing, penggunaan pilihan menu Format, Standard & Papan Kekunci. Gunakan papan kekunci untuk memudahkan tugasan. Contoh : Bold, Italic, Underline dll (pilihan pada tetingkap Standard & Formatting). Adakan peperiksaan percubaan dengan menjawab soalan dengan masa yang dihadkan. Pembinaan Mail Merge di dalam program ini adalah soalan wajib untuk BAHAGIAN A perlu disiapkan dalam masa ½ jam sahaja. Jika tidak berjaya ulangi sehingga mencapai masa yang diperlukan. Anda harus melatih diri anda dalam penggunaan masa ketika meneliti kertas soalan. Jawapan anda kepada peperiksaan percubaan tersebut sila tulis semula menggunakan pen berwarna biru di atas kertas A4 sebaik-baiknya sebelum ujian bulanan peperiksaan menjelang. Selain itu anda tidak harus abaikan penggunaan menu yang lain selain BAHAGIAN A untuk menjawab soalan BAHAGIAN B masa yang diperuntukkan ½ jam sahaja. 

Contoh : penggunaan pilihan Table dan Border, penggunaan pilihan Drawing, penggunaan pilihan menu Format dll. Peruntukkan masa dengan baik jangan sampai berterusan membuat langkah-langkah Mail Merge sehingga tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjawab soalan-soalan yang lain. Peperiksaan percubaan yang anda adakan sendiri di rumah atau ujian bulanan yang telah diadakan pasti telah memberikan anda pengalaman dalam mengatasi masalah sedemikian. Pelajar yang mendapat markah yang memuaskan juga berkait rapat anda.

a) tidak belajar dengan betul b) tidak buat ulangkaji c) baca nota kilat. 

Ingat! Anda mampu mengubahnya!

*** SELAMAT MENCUBA ***