Tuesday, December 20, 2016

Kelas Berehat Sebentar


Lepas habis kelas komputer sesi pagi sesi petang Cikgu CA cuci mata sat kat bandar Kuantan. Alhamdulillah taklah ramai orang hari ini.

.
Eh! comel pulak gambo ni #perasankejap sebenarnya camera #Samsung ni yang cantik ahahaha.. Jika benar LIKE sedass pliss kat Page Komputer Rahsia Mahir Kerja Pejabat.. 

Kelas MS Excel Disember 2016

Pagi ini Cikgu CA sedang membuat kelas personal iaitu kelas komputer bersama adik manis manis Rosninani dari Chini Timur 2. Alhamdulillah hari ini Ujian sedang dijalankan. Sekejap lagi dah nak mula program komputer MS Excel.
Hari ini akan dipelajari :
1) Kiraan mudah MS Excel untuk Format Tambah, Tolak, Darab, Bahagi dll tanpa guna Kalkulator.
2)  Mengenal apa fungsi program MS Excel.
3) Pelajari setting tarikh pilihan Short + Medium + Long.
4) Pelajari cara setting pada Options (General, Proofing, Advanced)
5) Mengenal Pointer A, B,C & D.
.
Kepada yang berminat nak dapatkan servis kelas komputer personal face to face WhatsApp Cikgu CA 011-1337 6462. InsyaAllah sedia membantu.
#BelajarKomputer #Kuantan #MSOffice

Monday, December 19, 2016

Pembelian Ebook MS Word





Terima kasih kepada Sediah Binti Kenit dari Sarawak kerana berminat mendapatkan Ebook Online Ms Word bayaran telah dibuat RM 39 harga Ebook Promosi (Harga Asal RM90). Di sini disertakan Pengenalan Kursus yang kami ada serta Buku Latihan & Ebook Nota Rujukan. Ebook MS Word ini dihantar melalui emel.

Diharap dengan Ebook ini dapat membantu saudari. Sekiranya berminat boleh ikuti kelas Online Kelas komputer bersama kami dengan bayaran RM15/jam ya.

Info terkini ada di Page FB Kelas Komputer Kuantan

#KelasKomputer #BelajarKomputer #MSOffice #Kuantan #MobileClass, 

Kelas Komputer Personal


Semalam & kelmarin Cikgu CA tak sempat nak update jadual kelas.
.
⇨ Sesi petang Sabtu (17/12/2016) : Sesi 2 Nisa untuk MS PowerPoint mempelajari format buat kad ucapan.
.
⇨ Sesi petang Ahad (18/12/2016) : Sesi 3 Nisa untuk MS PowerPoint mempelajari format Carta Oragnisasi.
.

⇨ Sesi Pagi hari ini Isnin (19/12/16) : Sesi 2 & 3 untuk Ida untuk format Ujian MS Word.
.
Lokasi : UTC, Kuantan.
Esok ada kelas komputer untuk sesi pagi sahaja bersama Ros.

Sunday, December 18, 2016

Pengiran GST 6% (MS Access)



Buka program MS Access ⇛ pilih Blank Database ⇛ diruang kanan File Name : taipkan Nama Fail : [3. Alatan Pejabat] ⇛ Open pilih Folder ⇛ Ok klik Create. Untuk menambah Field Name klik pada icon Design View (lihat contoh). Paparan Save As terpapar taipkan Nama Fail [Peralatan] ⇛ Ok. Paparan Design View terpapar masukkan Field Name & Data Type seperti latihan.

Komputer ID  (AutoNumber), Tarikh (Date/Time), Format asal adalah Short Date tukar kepada Medium Date, Pengeluar (Text), Kod Siri (Number), Keterangan (Text), Harga (Currency : Auto).

NOTA : Jika anda menaip 7458 data akan berubah kepada $7,458.00 (Currency/2). Jika tarikh taipkan bulan dahulu diikuti hari & tahun : 7/6/2004 data akan berubah kepada Tuesday, 06-July-04 (Medium Date).

Nota : Untuk pengesahan yang telah dinamakan klik pada gambar Datasheet View & keluar arahan klik sahaja Yes. Tanda pengesahan rekod data disimpan. Taip semua rekod pada halaman seterusnya dahulu.

➤ Perubahan pada Home (A) Untuk Latihan Ini :
⇒Font & Font Size (Comic San MS & 10)
⇒Ketinggian 18” (Row Height)
⇒Kod Siri (Ascending)
⇒Komputer ID  (Unhide Columns)

➤ Perubahan (B) Untuk Latihan Ini : Ubah warna background asal kepada pilihan klik pada Text Formatting pilih Background Color (bebas) & Alternate Row Color (bebas) tambah Totals.   

➤ Perubahan (C) Untuk Latihan Ini : Untuk bab Query anda terus sahaja membina Langkah demi Langkah sebelum memasukkan data di dalam datasheet seperti Table.

Klik pada Create ⇛Simple Query Wizard ⇛ 1) Simple Query Wizard ⇛ Ok. 2) Di dalam Available Fields klik anak panah >> (masukkan kesemua) keluarkan Komputer ID ⇛ Next 3) Detail ⇛ Next 4) & Klik Finish. Hanya rekod sahaja dimasukan terpapar di dalam Query.


➤ Perubahan (D) Untuk Latihan Ini : Untuk penambahan GST 6% klik pada Home ⇛ Design View. Gerakkan mouse di kekotak kosong sebelah Harga taip : GST: [harga]*0.06+[Harga] dan tandakan R. Paparan seperti di bawah. Untuk tukar Format Currency, Isikan pointer di hadapan perkataan GST, klik Property Sheet, cari perkataan Format pilih Currency terus klik Run.



➤ Perubahan (E) Untuk Latihan Ini : Untuk dapatkan Total baru selepas GST klik Home ⇛ Totals. Gerakkan mouse pada Total GST pilih SUM.



Selamat mencuba!

Untuk mengikuti Mobile Class / Online Class Ms Office bersama admin aka Cikgu Adawiah boleh WhatsApp ke 011-1337 6462. Layari Facebook Kami Rahsia Mahir Kerja Pejabat & sudi-sudilah klik LIKE ya!

Thursday, December 15, 2016

10 Perkara Penggunaan Komputer di Pejabat

Pagi tadi Cikgu CA selesai membuat kelas personal iaitu kelas komputer bersama kakak manis Puan Jannah. Alhamdulillah Cikgu CA dapat membantu apa yang diperlukan di dalam kemaskini syarikatnya.

Antaranya yang telah dipelajari semalam & hari ini :

1) Kiraan Akaun GST untuk penambahan 6%.
2)  Create Format F4 kiraan yang paling mudah untuk GST.
3) Pelajari setting tarikh pilihan Medium + Long + Custom.
4) Pelajari cara setting pada Options (General, Proofing, Advanced)
5) Menaip teks menggunakan 10 jari -Teknik Cara Cepat.
6) Scan Code WhatsApp Web + Cara Guna.
7) Membantu membina Folder (pindah gambar).
8) Cara menghantar gambar (melalui Emel + WhatsApp Web).
9) Crop Gambar + setting ikut saiz pilihan.
10) Pindahkan gambar dari Handphone ke Laptop.
.
Kepada yang berminat nak dapatkan servis kelas komputer personal terus ke pejabat anda WhatsApp Cikgu CA 011-1337 6462. InsyaAllah sedia membantu.

Monday, December 12, 2016

Jalan Jalan Cari Makan

Selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang pagi tadi di Dewan Jubli Perak, kemudian JJCM laa yee maklumlaa kelas komputer bercutii.. Cikgu CA singgah di sebuah gerai famous di Kuantan terletak di Bukit Setongkol, Kuantan.

Nama gerai tu Warong Aja. Kebetulan kak Aja ni kawan Cikgu CA sama-sama join seminar DAO & Alumni DAO dengan tagline #Supportmemberniaga. Menu di sini enak-enak belaka & harga berpatutan uols.

Cikgu CA ambil tadi Kerabu Udang + Ayam Pandan (fev) + Daun Selom + Sambal tempoyak & Fresh Oren (fev). Macam tak caya murah shj caj yang berpatutan. Nak tahu kena mai sini lah ye..

Sebelum balik sempat owner Warong Aja sudi bergambar bersama kami uols peramah + sporting owner Warong Aja.

Sambutan Maulidur Rasul 2016

Hari ini kelas komputer bercuti jadi Cikgu CA ada di sini pagi ni bersama Pengasas #Nurhimalayansalt sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang.

"Ukhwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah"
.
Anda semua aktiviti apa pagi ye semoga dipermudahkan segala urusan ya 👀👀
.
#MaulidurRasul2016 #DewanJubliPerak

Sunday, December 11, 2016

Kelas Offline

Semalam Cikgu CA tak sempat nak update jadual kelas.

Sesi pagi pelajar baru Mira dari Felda Cherul untuk sesi 1 untuk progam Word di area Bandar.
& sesi petang bersama Nisa di UTC untuk sesi akhir MS Word. Hari ini untuk sesi 2 pula. Nisa untuk sesi 1 untuk program kedua MS PowerPoint.

Esok tiada kelas esok kita cuti sempena Maulidur Rasul.

#KelasKomputer #BelajarKomputer #MSOffice #Kuantan #MobileClass

Thursday, December 08, 2016

Langkah-Langkah Untuk Membina Mail Merge (Label)


PENGENALAN PENTING : Apa itu Mail Merge? Mail Merge adalah gabungan 1 dokumen yang digabungkan bersama 1 data yang dapat dibuka di dalam program MS EXCEL. Kaedah ini adalah bertujuan untuk memudahkan kita membina Label produk sendiri. Anda hanya cetak dengan kertas berpunyai sticker.

⇛ Buka MS Excel. Simpan dokumen dengan nama Label Produk. Pada kekotak A1 taipkan Label & A2 taipkan Gram. Kekotak A2 taipkan nama produk. Contoh : Roti Potong Enak & kekotak B2 : 500 gram. Salin ke kotak A 31 dengan menggunakan Pointer B. Cara untuk salin teks aktifkan A2 hingga B2, gerakkan mouse bawah kekotak B2 akan nampak garisan berbentuk +. Tarik ke bawah sehingga baris ke 31. Setelah itu tutup dokumen & program Excel.


⇛ Buka MS Word. Simpan dokumen dengan nama Label Roti Potong. Klik pada home  pilih Bottom border ⇨ pilih View Gridlines.


⇛ Klik Mailings à Start Mail Merge  Step by Step Mail Merge Wizard  Labels  Next : Starting Document   Next : Select Receipients   di dalam Label Options page Printers Tray : multi-purpose Tray  Label Vendors : Microsoft à Product Number : 30 Per Page. Ini bermaksud saiz label yang akan di bina nanti 1 inci x 2.63. terus klik Ok.


⇛ Terus pilih Next : Arrange Your Labels  terpapar Select Data Sources pilih dokumen “Label Produk”  Sheet 1 à Ok. terpapar rekod terus klik Ok.

⇛ Isikan pointer di ruangan Label kosong yang pertama. Klik Mailing  Insert Merge Fields. Contoh penambahan Field Name akan berubah seperti berikut «Label» (Perbezaannya ditandakan simbol <<>>). Enter sekali tambahkan Gram di bawah. Tambahkan satu ClipArt kllik Insert  ClipArt taipkan Food klik Go. Pilih gambar pilihan.


⇛ Setelah mengisi ruang kosong, simpan dokumen tekan icon SAVE. Untuk melihat paparan rekod data Field Name klik pada Preview Results. Lihat contoh di atas perkataan Roti Potong & 500 g serta 1 gambar terpapar. Untuk paparan rekod penuh klik pada Update Labels. Lihat hasil 30 keping label terhasil.




Selamat mencuba!

Untuk mengikuti Mobile Class / PJJ Class Ms Office bersama admin aka Cikgu Adawiah boleh WhatsApp ke 011-1538 7966. 

Layari Facebook Kami Kelas Komputer Kuantan & sudi-sudilah klik LIKE ya!

Sunday, December 04, 2016

Tutorial Perenggan 2


⇒ Tutorial Perenggan : Untuk menambah nombor pada perenggan yang biasa kita lihat dengan menggunakan Format Numbering.

⇒ Cara untuk mendapatkan perenggan seperti contoh ini klik Numbering pilih jenis 123 terlebih dahulu kemudian baru ubah jarak klik pada Multilevel List >> Define New Multilevel List >>

⇒ Enter Formatting for number : taip di hadapan “2.” Sebab asal dah ada 1. Buang titik pada belakang nombor.

⇒ Set For All Levels >> Bullet/Number : 0 >> Text Position : 0.5 >> Additional : 0.5 >> Ok.

Selamat mencuba!

Untuk mengikuti Mobile Class / Online Class Ms Office bersama admin aka Cikgu Adawiah boleh WhatsApp ke 011-1337 6462. Layari Facebook Kami Rahsia Mahir Kerja Pejabat & sudi-sudilah klik LIKE ya!

Tutorial Perenggan 1


⇛ Tutorial Perenggan 1 : Untuk menambah nombor pada perenggan yang biasa kita lihat dengan menggunakan Format Numbering.

⇛ Cara untuk mendapatkan perenggan seperti contoh ini klik Numbering pilih jenis 123 terlebih dahulu kemudian baru.

⇛ Ubah jarak klik pada Multilevel List >> Define New Multilevel List >> Set For All Levels >> Bullet/Number : 0 >> Text Position : 0.5 >> Additional : 0 >> Text Indent At : 0 >> More : Start At : 3 >> Ok.


Selamat mencuba!


Untuk mengikuti Mobile Class / Online Class Ms Office bersama admin aka Cikgu Adawiah boleh WhatsApp ke 011-1337 6462. Layari Facebook Kami Rahsia Mahir Kerja Pejabat & sudi-sudilah klik LIKE ya!