08 December, 2016

Langkah-Langkah Untuk Membina Mail Merge (Label)


PENGENALAN PENTING : Apa itu Mail Merge? Mail Merge adalah gabungan 1 dokumen yang digabungkan bersama 1 data yang dapat dibuka di dalam program MS EXCEL. Kaedah ini adalah bertujuan untuk memudahkan kita membina Label produk sendiri. Anda hanya cetak dengan kertas berpunyai sticker.

⇛ Buka MS Excel. Simpan dokumen dengan nama Label Produk. Pada kekotak A1 taipkan Label & A2 taipkan Gram. Kekotak A2 taipkan nama produk. Contoh : Roti Potong Enak & kekotak B2 : 500 gram. Salin ke kotak A 31 dengan menggunakan Pointer B. Cara untuk salin teks aktifkan A2 hingga B2, gerakkan mouse bawah kekotak B2 akan nampak garisan berbentuk +. Tarik ke bawah sehingga baris ke 31. Setelah itu tutup dokumen & program Excel.


⇛ Buka MS Word. Simpan dokumen dengan nama Label Roti Potong. Klik pada home  pilih Bottom border ⇨ pilih View Gridlines.


⇛ Klik Mailings à Start Mail Merge  Step by Step Mail Merge Wizard  Labels  Next : Starting Document   Next : Select Receipients   di dalam Label Options page Printers Tray : multi-purpose Tray  Label Vendors : Microsoft à Product Number : 30 Per Page. Ini bermaksud saiz label yang akan di bina nanti 1 inci x 2.63. terus klik Ok.


⇛ Terus pilih Next : Arrange Your Labels  terpapar Select Data Sources pilih dokumen “Label Produk”  Sheet 1 à Ok. terpapar rekod terus klik Ok.

⇛ Isikan pointer di ruangan Label kosong yang pertama. Klik Mailing  Insert Merge Fields. Contoh penambahan Field Name akan berubah seperti berikut «Label» (Perbezaannya ditandakan simbol <<>>). Enter sekali tambahkan Gram di bawah. Tambahkan satu ClipArt kllik Insert  ClipArt taipkan Food klik Go. Pilih gambar pilihan.


⇛ Setelah mengisi ruang kosong, simpan dokumen tekan icon SAVE. Untuk melihat paparan rekod data Field Name klik pada Preview Results. Lihat contoh di atas perkataan Roti Potong & 500 g serta 1 gambar terpapar. Untuk paparan rekod penuh klik pada Update Labels. Lihat hasil 30 keping label terhasil.




Selamat mencuba!

Untuk mengikuti Mobile Class / Online Class Ms Office bersama admin aka Cikgu Adawiah boleh WhatsApp ke 011-1337 6462. Layari Facebook Kami Rahsia Mahir Kerja Pejabat & sudi-sudilah klik LIKE ya!