14 April, 2016

Font, Jajaran & Format Nombor (MS Excel) : Part 4

Comma formatting : Kegunaan format ini untuk menambah paparan dua titik perpuluhan & ada simbol “,” pada angka ribu & ke atas. Klik pada Home >> di dalam menu Number (asal General) pilih Accounting (Contoh : 1,234.00).

Currency symbol : Kegunaan format ini untuk menambah paparan “$” dua titik  perpuluhan & ada simbol “,” pada angka ribu & ke atas klik pada Home pada papran luar icon $. (Contoh : $1,234.00). sekiranya ingin mengurangkan titik perpuluhan klik Increase Decimal.

Date : Untuk mendapatkan format tarikh yang ringkas/penuh, klik Home >> di dalam menu Number asal General pilih Long Date/Short Date. Sekiranya ingin pilihan selain sedia ada klik icon Number Γ¦ pilih Medium Date dll. Contoh taipkan =DATE(2015,01,01) selepas itu Enter.

Percentages : Kegunaan format ini untuk menambah paparan “%” serta format asal tiada titik perpuluhan. Sekiranya ingin menambah titik perpuluhan klik Increase Decimal.


Tutorial ini disunting oleh Adawiah Creative Solution moh LIKE Facebook Rasmi Jom Belajar MS Office jangan lupa klik berjemaah LIKE ya!