Wednesday, January 05, 2011

Komputer Di Dalam Pentadbiran Pejabat

Dalam menuju ke arah mencapai Wawasan 2020, pelbagai teknologi telah timbul untuk membantu masyarakat dalam pelbagai aspek. Kemajuan sains dan teknologi yang begitu pesat telah meningkatkan daya pengeluaran dan pengeluaran dalam berbagai-bagai jenis sektor. Umpamanya, sains dan teknologi telah banyak menyumbang dalam bidang pentadbiran, pertanian, perubatan, perindustrian dan sebagainya. Ini telah menjimatkan masa dan membolehkan maklumat disimpan dengan lebih selamat dan sistematik. Sehubungan itu, maklumat-maklumat berkaitan tidak perlu disimpan dalam fail yang agak merumitkan. 

Di samping itu, komputer juga memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan. Kini, komputer telah digunakan secara meluas sama ada di rumah atau di pejabat. Pelajar boleh menggunakan komputer untuk membuat tugasan kerja kursus atau kerja rumah. Komputer membolehkan pelajar mengendalikan maklumat dan menyelesaikan masalah dengan cepat sekali. Sekarang, komputer juga berfungsi sebagai penggerak untuk membawa perubahan positif dalam sistem pendidikan yang mencabar. Dengan mempunyai sebuah komputer yang baik lagi lengkap, pelajar boleh mendapatkan maklumat terkini melalui Internet pada masa yang singkat.

Selain itu, perkembangan komputer juga berfungsi penting dalam bidang penyelidikan. Para saintis memerlukan komputer dalam kerja penyelidikan. Melalui komputer, urusan penyelidikan dapat dijalankan dengan lancar dan tepat. Komputer membolehkan mereka membuat sesuatu analisis dengan cepat bagi menjimatkan masa dan tenaga dalam sesuatu kajian. Penyelidikan dan pembangunan membolehkan sektor lain seperti bidang perindustrian dan pertanian berkembang dengan pesat. Secara tidak langsung, hasilan dapat dioptimumkan dengan kos yang rendah bagi memaksimumkan keuntungan.

Secara kesimpulannya, komputer merupakan salah satu penciptaan yang amat membantu dalam pelbagai bidang. untuk mempercepatkan segala urusan yang dijalankan. Bagi yang memepunyai kemahiran di dalam penggunaan komputer atau mempunyai sijil yang diiktiraf di dalam penggunaan komputer pejabat mudahlah majikan menerima anda sebagai calon pekerjanya.