Saturday, August 13, 2011

Tugasan Ribbon MS Word G3/2011


TUGASAN : TUGASAN MICROSOFT WORD 2007

Anda dikehendaki mendapatkan logo, nama logo & kegunaan logo di dalam tetingkap Ribbon :

  1. HOME
  2. INSERT
  3. PAGE LAYOUT
  4. MAILING
  5. VIEW
  6. DRAWING TOOLS (Format Sahaja)
  7. WORDART TOOLS (Format Sahaja)
  8. HEADER AND FOOTER TOOLS (Design Sahaja)
  9. PICTURE TOOLS (Format Sahaja)
  10. TABLE TOOLS (Design & Layout Sahaja)


Tugasan ini perlu disiapkan 1 MINGGU sebelum menjelang Ujian Kali Pertama


(Hantar Tugasan Selewat-lewatnya pada : 05hb September 2011)

Tugasan Ribbon MS Power Point G2/2011


TUGASAN : TUGASAN MICROSOFT POWER POINT 2007

Anda dikehendaki mendapatkan logo, nama logo & kegunaan logo di dalam tetingkap Ribbon :

  1. HOME
  2. INSERT
  3. DESIGN
  4. ANIMATION
  5. SLIDE SHOW
  6. VIEW 
  7. DRAWING TOOLS (Format Sahaja)
  8. CHART TOOLS (Design, Layout & Format Sahaja)
  9. SMART ART TOOLS (Design Sahaja)
  10. TABLE TOOLS (Design & Layout Sahaja)
Tugasan ini perlu disiapkan 1 MINGGU sebelum menjelang Ujian Kali Kedua


(Hantar pada selewat-lewatnya pada 18hb Ogos 2011)

Wednesday, August 10, 2011

Keputusan Ujian Kali Pertama Sesi Mei - Oktober 2011




~~ Berikut adalah Keputusan Ujian bagi G2/2011. Kepada yang kurang mahir di dalam MS Power Point anda disarankan mengikuti kuliah tambahan (2 Jam : RM23) bagi melayakkan anda menduduki Ujian Kali Kedua pada 20hb Ogos 2011 nanti. Kepada yang tidak mencapai Latihan 9 dan ke atas anda TIDAK LAYAK menduduki Ujian bagi program MS Power Point hanya nama anda tertera bagi program MS Word sahaja. Jadual akan disiarkan pada 18hb Ogos 2011.

Nota : Kepada pelajar G2 anda boleh LIKE di bawah seperti yang telah CA Like untuk memudahkan rakan-rakan anda yang tidak mahir membuka blog komputer secara tidak langsung anda juga dapat membantu rakan-rakan anda mengetahui info terkini mengenai komputer~~

Saturday, August 06, 2011

~Testimoni Komputer G1- Nor Wahidah Zainal Abidin

Saya Norwahidah Binti Mohamad Zainal Abidin ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tenaga pengajar terutama Cik Rabiah Adawiah kerana banyak membantu sepanjang proses pembelajaran. Sebelum ini saya tidak memgetahui cara yang betul untuk memggunakan program di dalam komputer tetapi sekarang saya dapat menguasai ilmu itu. 

Cara yang digunakan juga agak mudah di fahami, itu yang membuatkan saya begitu berminat dengan kursus ini. Walaupun pada ujian kali pertama saya gagal, tetapi itu tidak mematahkan semangat saya, malah membuatkan saya lebih bersemangat untuk belajar. Gagal sekali bukan bermakna untuk gagal selama-lamanya. 

Alhamdulilah pada ujian berikutnya saya lulus dengan berkat doa, usaha yang tidak pernah kenal jemu. Ilmu komputer ini amat berguna pada zaman sekarang. Ia memudahkan lagi proses penyelesaian kerja-kerja berkaitan surat menyurat, kad ucapan, carta organisasi, graf dan lain-lain lagi.

~Testimoni Komputer G1- Siti Khadijah Abu Karim

Saya Siti Khadijah Binti Abu Karim mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak IPM dan tenaga pengajar kerana memperkenalkan cara pembelajaran yang amat mudah, cepat dan mudah di fahami. Saya hanya mengetahui asas dalam komputer merasa ingin mengetahui lebih lagi dengan mendalami ilmu yang telah di beri oleh tenaga pengajar iaitu Cik Adawiah tidak di sangka, rupanya ada kaedah yang lebih cepat dari yang saya sangka. 

Penggunaan kod jari juga telah di ajar oleh Cik Farizan untuk memudahkan kerja dalam proses menaip telah saya amalkan semasa belajar komputer. Walaupun kadang-kadang jari tersasul menaip, saya tetap gunakan kod jari untuk kemudahan saya. Dengan ilmu komputer yang saya perolehi, saya jadikan tempat rujukan oleh kawan-kawan. Ilmu yang saya ada saya gunakan dengan sebaiknya. 

Saya amat berterima kasih dan berasa amat bertuah kerana ilmu yang telah diberikan. ilmu ini mungkin tidak sama dengan ilmu yang saya perolehi di tempat lain. Amat cepat, mudah. Dari tidak tahu membuat plan, pemprosesan surat, risalah dan banyak lagi, di IPM saya telah memperolehi itu semua. terima kasih pihak IPM. Semoga tuhan memurahkan rezeki kalian dan sentiasa memperolehi kejayaan.

~Testimoni Komputer G1 - Siti Hajar Abu Karim

Assalamulaikum dan salam sejahtera buat Cik Adawiah kerana memberi peluang kepada saya kerana memberi peluang membuat testimoni bagi komputer. Sepanjang 6 bulan saya belajar di sini banyak ilmu pengetahuan yang saya belajar dari segi cara pembelajaran. Pada mulanya dulu, saya tidak mengetahui cara yang tepat kendalikan komputer, cara paling mudah, sampai di IPM semua di ajar dengan cara yang berkesan atas bantuan dari CA. Belajar di sini tidak membosankan. Malah menyeronokkan kerana apabila sudah pandai mengendalikan komputer, semangat semakin kuat untuk belajar.

Disini saya mempelajari komputer mengenai MS Word, MS Power Point dan MS Excel. Satu persatu CA mengajar saya supaya menjadi lebih faham. Setiap yang saya tidak tahu, CA akan mengajar lagi tanpa mengira jemu. Semua pembelajaran mengenai komputer akan di gunakan semasa bekerja nanti. Oleh itu apa yang CA ajar akan diingati sehingga bekerja kerana tidak akan merumitkan jika bos memberi tugas.



Disini juga pelajaran yang perlu ingat semasa latihan ialah Mail Merge. Tidak ramai yang mengetahui Mail Merge. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat maju jaya kepada pihak pengurusan IPM dan saya sentiasa berdoa semoga sentiasa beroleh kejayaan yang gemilang.

~Testimoni Komputer G1 -Nur Anis Ahmad Mahmud

Assalamualaikum, saya Nur Anis Binti Ahmad Mahmud. Pembelajaran Aplikasi Komputer di Institut Perdagangan Munshi sangat bagus dan mudah di fahami. Sebelum memasuki IPM ini, saya tidak ada asas komputer dan hanya menggunakan komputer untuk suka-suka sahaja. Apabila saya belajar disini, saya berasa gembira kerana dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang penggunaan komputer. 

Dalam pembelajaran aplikasi komputer saya mempelajari tiga program. Iaitu MS Word, MS Power Point dan MS Excel. Tiga program ini akan memudahkan lagi saya untuk melangkah ke alam pekerjaan dan menjalankan tugas kelak. Di dalam kelas komputer ini juga, saya berasa sangat seronok, ini kerana pengajar aplikasi kompter iaitu Cik Adawiah atau CA pandai mencuit hati pelajarnya dengan membuat gurauan yang mencuit hati. 

Selepas tamat, kelas Aplikasi Komputer, saya memperolehi banyak ilmu tentang penggunaan komputer yang salama ini tidak pernah saya mengetahuinya. Akhir kata, terima kasih kepada CA kerana banyak mengajar saya tanpa kenal erti jemu. Sekian terima kasih.

~ Testimoni Komputer G1 -Rusydiah Radzi


Assalamualaikum, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Rabiah Adawiah kerana memberi saya kesempatan untuk berkongsi sedikit pengalaman saya sepanjang mengikuti kursus Aplikasi Komputer di IPM. Sebelum ini pengetahuan saya tentang komputer sangat kurang. Saya hanya mengetahui asas-asas dalam penggunaan komputer. Setelah mengikuti kursus Aplikasi Komputer di IPM ini, pengetahuan saya mengenai komputer semakin bertambah. 

Di bawah didikan Cik Rabiah Adawiah, saya telah di ajar bagaimana menggunakan komputer dengan efektif. Sepanjang 6 bulan mengikuti kuliah komputer, 3 program yang sempat saya pelajari iaitu MS Word, MS Power Point dan juga MS Excel. Saya sangat berpuas hati dengan kaedah pembelajaran untuk kuliah aplikasi komputer ini di mana pelatih yang telah menghabiskan satu program boleh memulakan program seterusnya tanpa menunggu pelatih-pelatih lain yang masih belum menghabiskan program tersebut. 

Selain itu juga, istimewanya kursus aplikasi komputer ini ialah saya dapat mempelajari teknik-teknik penyuntingan gambar hanya melalui MS Power Point. Selama mengikuti kursus ini, pengetahuan saya terhadap penggunaan komputer semakin bertambah dan dapat meningkatkan lagi kemahiran saya menggunakannya. Cik Adawiah juga mengajar seorang demi seorang, jadi ianya membuatkan pelatih lebih senang memahami dan mengingati apa yang telah dipelajari. 

Setelah saya mengikuti kursus Aplikasi Komputer ini, saya mempunyai keyakinan diri untuk menggunakan komputer dan lebih mudah untuk mendapatkan pekerjaan. Terima kasih sekali lagi kepada Cik Rabiah Adawiah kerana telah bertungkus lumus mengajar saya selama 6 bulan ini. Terima kasih juga kepada pihak IPM kerana telah menyediakan kursus Aplikasi Komputer yang mana kemahiranya sangat diperlukan masa kini. Segala ilmu yang telah saya pelajari saya akan gunakan sepenuhnya ketika berada di alam pekerjaan kelak. Insya-Allah. Sekian terima kasih.