Sunday, July 18, 2021

Part 2 : Formatting And Manipulating Text

Part 2 : Formatting And Manipulating Text (Melaksanakan Format & Manipulasi Teks)

(1). Font size keyboard shortcut : Jika ingin mengubah jenis saiz tulisan hanya menggunakan papan kekunci tekan serentak [Ctrl + D] . Tukar sahaja saiz tulisan & tekan Enter.
(2). Bold, italic or underline : Format Asas untuk mengubah format ini klik pada Home >> pilih Bold (gelapkan tulisan), Italic (Serongkan tulisan) & Underline (gariskan teks).

(3). Subscript and superscript : Format ini untuk menambah nombor/teks di atas/bawah. Klik pada Home >> contoh : nombor di bawah : Log10 (Subscript) @ nombor di atas : Log10 (Superscript).

(4). Case changing : Format ini untuk menukar jenis tulisan asal kepada 3 pilihan yang diinginkan klik pada Home >> Change Case. Contoh : Komputer (sentence case), komputer (lowercase) & Buku Komputer (Capitalize).

(5). Highlighting : Format ini untuk menonjolkan kesan warna di belakang tulisan. Aktifkan tulisan klik pada Home >> Text Highlight Color >> pilih warna yang diinginkan. Asal tiada warna.

(6). Font color : Format ini untuk menukar warna asal hitam kepada warna tulisan pilihan. Aktifkan tulisan klik pada Home >> Font Color.

(7). Copying text formatting : Format ini untuk menyalin teks yang dikehendaki. Contoh : teks pertama tukar kepada Font, Bold, Italic & Font Size. Untuk menggunakan arahan ini klik Home pilih Format Painter pilih teks yang akan diubah akan mengikut sama dengan pilihan yang dikehendaki. Lihat contoh pada gambar.

(8). Removing formatting : Format ini untuk memadam format yang digunakan sebelum ini kepada format asal. Aktifkan teks yang akan diubah klik pada Home >> Clear Formatting.

(9). Using Zoom : Format ini untuk mengubah saiz zoom halaman MS Word klik pada View >> Zoom >> pilih percent yang terpapar klik Ok.

(10). Inserting special characters and symbols : Untuk menambah simbol di dalam dokumen anda klik pada Insert >> Symbol. Pilih yang dikehendaki.

Next Post : Melaksanakan Format Helaian (Page Formatting)