Friday, November 07, 2014

Setting Paparan Asal : Asas 1 : MS Word


Assalamualaikum.. bertemu lagi kita dengan tutorial nota bergambar seperti biasa saya Cikgu Adawiah akan memberikan nota untuk memudahkan anda mengubah sendiri setting pada Laptop atau PC di pejabat anda.

  • Apabila anda membuka halaman program ini anda akan dapati di dalam MS Word paparan asal seperti di atas. Berikut akan diajar cara-cara untuk mengubah halaman yang mudah digunakan untuk penyuntingan semasa menyiapkan latihan @ tugasan komputer dengan cepat.
  • Undo/Redo : Berada di bahagian atas. Untuk menambah bilangan yang diperlukan. Klik pada anak panah ke bawah pilih yang kerap digunakan iaitu Open, Save, Print Preview @ Quick Print (untuk mencetak sahaja).
  • TAMBAHAN : Sekiranya anda ingin menutup paparan Ribbon klik anak panah semula pilih Minimize the Ribbon. Untuk membawa ke paparan bawah pilih Show below the Ribbon.
  • Apabila membuka halaman juga tidak terpapar Ruler/ Margin/ Indent pada halaman dokumen. Untuk menetapkan setiap kali halaman baru dibuka klik pada View -- > Ruler (tandakan _/). Ini memudahan melihat paparan apabila anda menggunakan fungsi Bullet/ Numbering/ Tab.
  • Apabila anda menaip teks di dalam program dan menekan Enter terdapat jarak yang ketara kelihatan. Penyelesaian : klik Pada Paragraph -- >Spacing -- > Before : 0 Pt  -- > After : 0 Pt -- > Line Spacing : Single. Di dalam pilihan Default pilih Yes & Ok. Default bermaksud setiap halaman yang baru jarak yang serupa dapat digunakan.
  • Untuk menukar jenis tulisan & saiz tulisan asal (Calibri : 11). Untuk menetapkan tukar pada paparan luar jenis tulisan yang dikehendaki. Klik pada Font -- > di dalam pilihan Default pilih Yes & Ok.
  • Sekiranya anda menaip teks terdapat garisan merah @ hijau terpapar pada tugasan anda ini menyukarkan anda mengetahui kesilapan ejaan pada komputer. Klik pada Office Button -- > Word Options. Proofing : kosongkan _/ kesemua tanda diruangan Check spelling hingga Check grammar kegunaan untuk menghilangkan garisan merah/ hijau di bawah teks apabila teks telah ditaip.
  • Untuk paparan Inci asal cm. Klik pada Office Button -- > Word Options. Display : Show measurements in unit of  (inches) kegunaan untuk paparan kepada ukuran inci.
---- > Bertemu lagi untuk nota Komputer Pengurusan Pejabat. 

---- > Bagi yang ingin memperolehi Sijil Komputer Pengurusan Pejabat sertai kami untuk Sesi November/Disember 2014!

---- > Pembelajaran di IPM juga menepati sukatan Kenaikan Pangkat N22 --> N28 --> N32