Thursday, October 30, 2014

Tutorial Siri 1 :MS Word (Kenaikan Pangkat N22)


Asssalamualaikum..bertemu lagi untuk tutorial Penggunaan Komputer Ms Word bagi kenaikan Pangkat N22. 

  • Using the default word processing document : Untuk memulakan program ini klik  pada Start => All Programs => Microsoft Word 2007. Paparan program ini akan terhasil. Sedia untuk ditaip teks diruangan tengah. Terdapat 7 Ribbon terpapar di bahagian atas program ini.
  • Saving word processing document : Untuk menyimpan dokumen klik pada Office Button => Save pilih My Document / My Computer namakan dokumen klik Save.
  • Opening and closing documents : Untuk membuka dokumen Klik pada Office Button => Open pilih My Document / My Computer pilih dokumen yang ingin dibuka klik Ok. Untuk menutup dokumen klik pada Office Button => Close. Jika terdapat arahan selepas menyimpan dokumen itu bermakna ada perubahan yang telah anda lakukan di dalam teks.
  • Save As : Untuk menyimpan dokumen dengan nama yang lain klik pada Office Button => Save As pilih My Document / My Computer namakan dokumen dengan nama yang baru klik Save.
  • Creating a new document: Untuk membina dokumen @ halaman yang baru klik pada Office Button => New => Blank Document => Create.
  • Using Help within word processing : Sekiranya untuk mencari format-format yang diperlukan di dalam program ini secara Offline klik pada icon ? di atas dokumen atau tekan F1. Paparan seperti ini akan terhasil. Di dalam ruangan Search taipkan yang dikehendaki. Contoh taipkan ClipArt & tekan Enter. Paparan pilihan boleh diklik untuk membantu anda menyelesaikan maksud makna satu-satu format yang ingin diketahui.
  • Alt key help : Arahan ini untuk meggunakan format kekunci Alt bagi mempercepatkan tanpa klik pada Menu. Di bawah ini disenaraikan beberapa fungsi kekunci ALT yang dapat digunakan pada PC. Jika menekan ALT sahaja untuk menggerakkan menu Ribbon. Contoh : Home dll.
  • Closing word processing : Untuk menutup paparan MS Word klik pada Office Button => Close.
  • Saving documents using different formats : Untuk menyimpan dokumen kepada format lain contohnya PDF. Klik pada Office Button => Save As => di dalam pilih Save as type : pilih PDF klik Save. Sekiranya format ini tidak di install di dalam komputer anda arahan ini tidak terpapar di dalam pilih save as type.
  • Creating documents using different templates : Untuk membina dokumen / templates yang berbeza berbanding yang asal klik pada Office Button => New => installed Templates => Create.
  • Switching between Word Views : Sekiranya membuka halaman MS Word dengan banyak untuk meilihat dokumen yang lain klik pada View => Switch Windows => pilih dokumen yang akan dibuka halaman tersebut. 

Bersambung kembali untuk Tutorial Siri 2 ---- >

Thursday, October 23, 2014

Awal Muharam 25.10.2014


DOA Awal Tahun @ Awal Muharam 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. 

Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. 

Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.

➡➡➡ Like | Share