Friday, September 26, 2014

Markah Ujian Bulanan September 2014 (K3/14)

Terima kasih kepada pelajar sesi ini telah berjaya meningkatkan tahap kemahiran semasa berkursus di Institut Perdagangan Munshi, Kuantan. Berikut Carta bagi sesi bulan September 2014. Akan datang akan diadakan Ujian Bulanan Akhir pada bulan Oktober 2014 sekitar akhir Oktober 2014 (tarikh belum dipastikan). Rebutlah peluang semasa berkursus mempelajari TIGA program yang amat diperlukan semasa bekerja/alam praktikal kelak. 

Tidak rugi anda mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk menambah ILMU kemahiran anda. Pilihan Majikan adalah program MS Office (MS Excel). Pihak Institut hanya memberi percuma untuk DUA program sahaja semasa kursus. Program Excel tidak disediakan ini untuk melihat kesungguhan pelatih mempelajari program MS Excel. 

Pelajar yang berjaya mempelajari 3 program LAYAK meengikuti pembelajaran bagi program MS Access. Hanya yang CEMERLANG sahaja layak mempelajari program istimewa ini. Syabas bagi yang berjaya ikuti program ini. Bagi yang berjaya menamatkan 4 program dengan jayanya pihak Institut mengeluarkan Sijil Penghargaan kepada pelatih tersebut berkat kesungguhan memepelajari kesemua program yang terdapat di IPM.



Sekiranya pelajar mempunyai akaun Facebook sudilah kiranya menekan button LIKE bagi page Munshi Komputer.

Wednesday, September 24, 2014

TIPS MUDAH JAWAB SOALAN

Memandangkan IPM Munshi sedang menjalani Peperiksaan Akhir untuk pelatih sesi April hingga September 2014, hari ini saya nak bagi tips yang mungkin dapat membantu anda dalam menjawab soalan.

1. Sebelum masuk dewan peperiksaan, banyakkan baca Surah Al-Insyirah. 
"Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya."

2. Baca soalan dengan teliti. Kadang-kadang ada soalan mengelirukan, jadi anda kena faham maksud soalan dulu, baru boleh jawab.

3. Jika tak dapat menjawab satu-satu soalan, banyakkan istighfar atau selawat untuk permudahkan ingat apa yang anda telah pelajari. Jika tak dapat ingat juga, teruskan buat soalan lain.

Semoga 3 tips ini dapat membantu anda dalam menjawab peperiksaan. Tahu dan amal adalah LEBIH BAGUS berbanding Tahu..Tahu.. Dan makan Tauhu.. Hehehe

#TipsMudahJawabSoalan #PeperiksaanAkhir #IPMMunshi


Kredit untuk Page Facebook : Insitut Perdagangan Munshi

TAWARAN UNTUK LEPASAN SPM!

Anda tidak layak ke IPTA/IPTS? Tak tahu macam mana nak cari kerja dengan kelayakan SPM anda yang tak memuaskan?

Mari kami bantu anda!

Tie Fatimah Biz & Training menyediakan bantuan kursus Pengurusan Pejabat di bawah Pusat Latihan Kerjaya Institut Perdagangan Munshi, Kuantan.

Latihan Kerjaya ini:
+ Mengambil masa 6 bulan
+ 6 Subjek Wajib 1 Subjek Elektif
+ Tempat Tinggal Disediakan (5 Minit dari Pusat Latihan)
+ Kadar Yuran Yang RENDAH
+ Peluang Latihan Industri di Sektor Kerajaan
+ Dan BANYAK LAGI!

Anda berminat dengan Latihan Kerjaya ini? Nak tahu lebih lanjut? Hubungi kami di 014-530 4828 atau 011-1511 6182 (SMS/WhatsApp).