Bersyukur saya terhadap kudrat ilahi atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk merakamkan pengalaman saya semasa mengikuti kursus Aplikasi Komputer bersama tenaga pengajar Cik Rabiah Adawiah yang banyak mengajar saya tentang selok-belok komputer.
Sebelum saya mempelajari ilmu komputer saya adalah seorang yang buta IT, terasa malu juga apabila bersama dengan kawan-kawan yang tahu tentang komputer, apa yang sedihkan lagi saya langsung tidak tahu bagaimana untuk menggunakan keyboard dan mahu menekan huruf, mencari-cari di mana hurufnya berada. Tetapi Alhamdulilah bersyukur kepada tuhan telah mengizinkan saya untuk mencari ilmu di (IPM). Alhamdulilah pilihan saya adalah tepat dan tidak sia-sia saya mengambil keputusan untuk mempelajari ilmu komputer ini.
Semasa mempelajari Aplikasi Komputer ini saya mengalami tekanan juga apabila saya tidak dapat mengejar apa yang tenaga pengajar ajari, semangat saya hampir hilang dari hari ke hari sehinggakan pada suatu hari itu perasaan bosan dengan mempelajari ilmu ini, saya hampir putus asa dan tidak mahu belajar lagi, kerana saya berasa diri saya begitu cetek sekali, tetapi alhamdulilah tenaga pengajar cepat menegur saya, dan memberi nasihat dan tunjuk ajar yang tidak pernah jemu beliau tunjukkan kepada saya sehinggalah semangat saya dari hari ke hari semakin bertambah. Terima kasih kepada beliau (CA).
Alhamdulilah kini berakhir sudah pelajar selama 6 bulan, walaupun masa itu terlalu singkat tetapi masa itu telah saya guna dengan sebaiknya untuk mencari ilmu. Kini saya telah mempunyai ilmu komputer terasa sungguh gembira apabila mendapat ilmu komputer ini. Kini saya tidak malu lagi kerana saya sudah mendapat apa yang yang saya inginkan. Terima kasih yang teramat sangat kepada tenaga pengajar saya iaitu Cik Rabiah Adawiah Binti Md Nasir kerana tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar dan ilmu yang mencurah-curah kepada saya. Jasa mu tetap ku kenang ke akhir hayat.
Saya rasa amat bertuah dan gembira kerana berjaya mengikuti program di (IPM) hingga ke akhirnya. Walaupun pada mulanya program ini pada saya agak sukar untuk diikuti namun diakhir kursus ini saya berjaya menghabiskan program ini. Dengan peningkatan ini saya merasakan lebih bersedia untuk menempuhi alam pekerjaan dan masa depan yang lebih mencabar.
Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Cik Rabiah Adawiah di atas bantuannya ketika saya mengalami masalah. Nasihat-nasihat yang diberikan tidak akan saya lupakan dan akan menjadi sebagai pedoman hidup saya. Akhir kata dari saya untuk tenaga pengajar yang banyak membantu saya serta kepada teman-teman yang banyak memberi semangat agar terus bertahan menempuhi dugaan dan tekanan. Kemesraan yang terbina akan terus saya abadikan di dalam ingatan agar satu hari nanti ia menjadi kenangan yang terindah. Sekian terima kasih.