Saturday, November 04, 2017

Kursus Jangka Pendek Ms Access

Tahniah kepada Staf Pejabat Peladang (PASFA) yang telah mengikuti pembelajaran kelas komputer serta tamat dengan jayanya. Pada akhir Oktober 2017 telah diadakan penyerahan Sijil Komputer untuk Staf serta hadiah kepada yang berjaya menyiapkan kembali format MS Access yang telah dipelajari berdasarkan bidang tugas yang dikehendaki oleh Ketua Pentadbiran Puan Salmah dan di semak oleh Cikgu Adawiah.
.
Staf PASFA mempelajari program MS Access yang dapat membantu membina Report mengikut bidang masing-masing. Kesemua yang mengikuti pembelajaran jangka pendek ini seramai 5 sesi dengan jumlah peserta 20 orang. Pihak penaja Garam Nur Terapi menyediakan 5 set hadiah untuk 5 kumpulan hanya 1 pemenang sahaja diberikan untuk 1 kumpulan.
.
Moga peserta lebih segar dan ceria kerana hadiah set mandian terapi ini mampu menghilangkan penat serta untuk rendaman kaki dapat menghilangkan lenguh-lenguh semasa bekerja maklumat lanjut www.nurhimalayansalt.com.
.
Gambar Kredit : Puan Norliza Staf PASFA (tudung merah atas sekali).