30 October, 2014

Tutorial Siri 1 :MS Word (Kenaikan Pangkat N22)


Asssalamualaikum..bertemu lagi untuk tutorial Penggunaan Komputer Ms Word bagi kenaikan Pangkat N22. 

  • Using the default word processing document : Untuk memulakan program ini klik  pada Start => All Programs => Microsoft Word 2007. Paparan program ini akan terhasil. Sedia untuk ditaip teks diruangan tengah. Terdapat 7 Ribbon terpapar di bahagian atas program ini.
  • Saving word processing document : Untuk menyimpan dokumen klik pada Office Button => Save pilih My Document / My Computer namakan dokumen klik Save.
  • Opening and closing documents : Untuk membuka dokumen Klik pada Office Button => Open pilih My Document / My Computer pilih dokumen yang ingin dibuka klik Ok. Untuk menutup dokumen klik pada Office Button => Close. Jika terdapat arahan selepas menyimpan dokumen itu bermakna ada perubahan yang telah anda lakukan di dalam teks.
  • Save As : Untuk menyimpan dokumen dengan nama yang lain klik pada Office Button => Save As pilih My Document / My Computer namakan dokumen dengan nama yang baru klik Save.
  • Creating a new document: Untuk membina dokumen @ halaman yang baru klik pada Office Button => New => Blank Document => Create.
  • Using Help within word processing : Sekiranya untuk mencari format-format yang diperlukan di dalam program ini secara Offline klik pada icon ? di atas dokumen atau tekan F1. Paparan seperti ini akan terhasil. Di dalam ruangan Search taipkan yang dikehendaki. Contoh taipkan ClipArt & tekan Enter. Paparan pilihan boleh diklik untuk membantu anda menyelesaikan maksud makna satu-satu format yang ingin diketahui.
  • Alt key help : Arahan ini untuk meggunakan format kekunci Alt bagi mempercepatkan tanpa klik pada Menu. Di bawah ini disenaraikan beberapa fungsi kekunci ALT yang dapat digunakan pada PC. Jika menekan ALT sahaja untuk menggerakkan menu Ribbon. Contoh : Home dll.
  • Closing word processing : Untuk menutup paparan MS Word klik pada Office Button => Close.
  • Saving documents using different formats : Untuk menyimpan dokumen kepada format lain contohnya PDF. Klik pada Office Button => Save As => di dalam pilih Save as type : pilih PDF klik Save. Sekiranya format ini tidak di install di dalam komputer anda arahan ini tidak terpapar di dalam pilih save as type.
  • Creating documents using different templates : Untuk membina dokumen / templates yang berbeza berbanding yang asal klik pada Office Button => New => installed Templates => Create.
  • Switching between Word Views : Sekiranya membuka halaman MS Word dengan banyak untuk meilihat dokumen yang lain klik pada View => Switch Windows => pilih dokumen yang akan dibuka halaman tersebut. 

Bersambung kembali untuk Tutorial Siri 2 ---- >