Friday, November 04, 2011

~Testimoni Pelajar Sesi Mei - Oktober 2011 - Yusri

Saya Mohd Yusri Bin Mohd Yasin, SK-PP 02-5695-11 sebelum ini saya tidak mengetahui apa-apa tentang komputer. Bagi saya komputer hanya untuk bermain permainan alam maya.  Saya tidak pernah mengetahui kepentingan komputer dalam penggunaan harian dan pekerjaan,  sehinggalah saya belajar di Institut Perdagangan Munshi.  

Semasa saya belajar di Institut Perdagangan Munshi, barulah saya tahu mengenai aplikasi komputer dan betapa pentingnya kemahiran aplikasi komputer di alam pekerjaan. Saya bersyukur kerana dapat mempelajari mengenai Microsoft Office Word, Microsoft Office Power Point & Microsoft Office Excel. Cik Adawiah telah mengajar saya pelbagai cara dan skill yang betul, mudah dan cepat. Apa yang dipelajari di Institut Perdagangan Munshi tidak mungkin dapat dipelajari di tempat lain.

Selepas mengikuti kursus di IPM, saya bersyukur kerana telah mempelajari kemahiran komputer. Setelah enam bulan saya belajar di Institut Perdagangan Munshi, sekarang saya berasa yakin untuk bekerja dengan sedikit sebanyak ilmu yang telah saya pelajari.  Banyak yang telah saya pelajari dari Cik Adawiah mengenai aplikasi komputer dan saya amat berterima kasih kepada Cik Adawiah kerana telah mengajar saya mengenai aplikasi komputer.