18 January, 2011

RAHSIA & TIP PEMBELAJARAN PELAJAR

Pastikan anda mempunyai makanan seimbang. Sarapan : susu, telur, buah-buahan, roti, daging, mentega, keju, ikan –elakkan kopi yang mempunyai kafein, teh, makanan manis atau makanan mengandungi gula putih yang tinggi. 

Tengah hari & malam : pula sebaik-baiknya ada daging, sayur, makanan dari laut & buah-buahan. Otak anda perlu dibekalkan dengan makanan yang baik dan seimbang. 

Makanan yang dimasak lebih terjamin mutu dari sudut kesihatan dan ingatan anda. Ingatan anda lemah juga berpunca dari pemakanan untuk minda anda. Anda juga dinasihatkan menjaga kesihatan agar tidak mengganggu tumpuan semasa kursus.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~