Friday, August 21, 2015

Testimoni Peserta Kursus

KISAH SEBELUM IKUTI KURSUS 1
--------------------------------------------

“Sebelum ini saya merupakan seorang yang buta IT yang berkaitan dengan komputer, saya tidak tahu banyak perkara berkaitan MS Office, malahan saya tidak tahu bagaimana hendak membuat Table, Slide Show, peta, sampul surat dan menggunakan apa-apa yang berkaitan komputer, kerana saya menggangap semua ini tidak penting. 

Saya cuma tahu asas sahaja tetapi tidak mengetahui apa fungsinya di sebalik WordArt, SmartArt, Mailing dan sebagainya. Saya tidak mahir untuk menaip teks yang panjang kerana ia mengambil masa yang lama, oleh kerana saya tidak mempunyai kecekapan dalam menaip di komputer saya berasa sungguh rendah diri. 

Apabila saya mencari di dalam internet kursus yang berkaitan dengan komputer saya ternampak di page Institut Perdagangan Munshi ada menyediakan kursus yang berkaitan dengan komputer lalu mengambil keputusan untuk mendaftarkan diri untuk meningkatkan ilmu saya kerana saya mendapat tahu IPM menyediakan tenaga pengajar yang terlatih”



Duratul Ain Suhaimi, Taman Tas, Kuantan.


KISAH SEBELUM IKUTI KURSUS 2
--------------------------------------------


“Pada mulanya saya tidak mengetahui apa-apa mengenai Aplikasi Komputer malah tidak mengetahui bahawa wujudnya penggunaan kod jari untuk kepantasan menaip. Sememangnya, saya sekadar menggunakan komputer mengikut kefahaman sahaja. Semasa berkursus, saya didedahkan tiga program Komputer pilihan. 

Saya diajar untuk menggunakan kod sepuluh jari untuk kepantasan menaip. Saya juga diajar cara untuk membuat data Mail Merge, sampul surat, slide show, kad ucapan dan sebagainya walaupun tempoh yang singkat mempelajarinya tetapi hasil idea kreatif CA yang mampu melatih setiap pelajar menggunakan strategi kaedah belajar cara cepat supaya pelajar dapat ‘pick up‘ dalam setiap topik dipelajari dengan berkesan. 

Walaupun pada mulanya saya kekok untuk belajar komputer tetapi semakin hari saya mempraktikkannya saya semakin cekap malah tugas yang dilaksanakan sepanjang pengajian amat pantas dan berkesan. Sejujurnya, saya mengetahui bahawa majikan memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran dalam Aplikasi Komputer untuk mengisi kekosongan dalam setiap jawatan dalam sektor pentadbiran dan ini adalah persediaan saya untuk melangkah ke alam pekerjaan. In sha Allah, dengan berbekalkan ilmu di dada, saya akan mempraktikkan kemahiran yang ada untuk kepuasan majikan saya apabila berada di sektor pekerjaan akan datang”


Nur Azlin Abdul Razak, Sungai Isap , Kuantan

Kiri : Ain, Fizah, CA (Guru Komputer) & Lin 

Thursday, August 20, 2015

Testimoni Peserta Semasa Berkursus



Kredit untuk Page FB : Rahsia Mahir Kerja Pejabat

Tuesday, August 18, 2015

Ulasan Pelajar Komputer





===============================================

Bagi yang berminat sesi September 2015 boleh muat turun (download) Borang Daftar komputer >>> KLIK DI SINI UNTUK BORANG <<<.

* Untuk Mendaftar Hubungi terus Guru Komputer / SMS/Whatsapps 
ke 014 219 7966 (Cikgu Adawiah).

Saturday, August 15, 2015

Tawaran Khas Untuk Pekerja (Kuantan Sahaja)


Bagi mengetahui bayaran Pilihan >>Klik Sini Pakej Bayaran Kursus<<

Bagi yang berminat sesi Ogos 2015 boleh muat turun (download) Borang Daftar komputer >>> KLIK DI SINI UNTUK BORANG <<<.

* Untuk Mendaftar Hubungi terus Guru Komputer / SMS/Whatsapps 
ke 014 219 7966 (Cikgu Adawiah).

Tuesday, July 28, 2015

Kemasukan Ogos 2015


Bagi yang berminat sesi Ogos 2015 boleh muat turun (download) Borang Daftar komputer >>> KLIK DI SINI UNTUK BORANG <<<.

Bagi mengetahui bayaran Pilihan >>Klik Sini Pakej Bayaran Kursus<<

* Untuk Mendaftar Hubungi terus Guru Komputer / SMS/Whatsapps 
ke 014 219 7966 (Cikgu Adawiah).

Friday, July 24, 2015

Testimoni Pelajar Jan-Jun 2015

 Saya Shazywani Binti Sudin dari Terengganu, sebelum mengikuti pembelajaran komputer, saya telah memiliki segulung Diploma Sains Komputer tetapi saya tidak belajar tentang MS Office (MS Word, MS Power Point & MS Excel). walaupun saya sudah ada basic tentang komputer namun saya masih tidak mahir menggunakan Aplikasi Microsoft dengan betul. Saya juga tidak tahu tentang menggunakan cara 3 jarak yang ada pada MS Word. Alhamdulillah, akhirnya saya telah diajar oleh Cikgu Adawiah yang dikenali sebagai CA.
----------------------------------------------------
Setelah menghadiri kelas MS Word, MS PowerPoint 2007. Jika saya tidak faham saya akan bertanya dengan CA. Dengan itu saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada CA, kerana tidak jemu mengajar dan memberi penerangan tentang Aplikasi Komputer. Ilmu baru yang saya pelajari ialah MS Excel, saya akui saya tidak pernah pelajari setelah ikuti kelas tersebut, banyak ilmu yang saya perolehi.
----------------------------------------------------
Kini saya sudah tahu menggunakan MS Word dengan cara terpantas atau cara cepat seperti membuat sampul surat dengan  menggunakan cara mailing. Contoh mencetak 10 penama atas sampul surat dengan menggunakan kaedah satu kali sahaja tanpa menaip banyak kali dan juga saya juga boleh membuat surat tawaran dengan cara cepat juga menggunakan kaedah Mailing. Memang berbaloi saya menghadiri kelas ini, dan saya amat menghargai ilmu yang diajar oleh CA. Saya akan menggunakan kaedah ini semasa saya bekerja.
----------------------------------------------------
Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Ibu saya Nik Suria Bt Nik Mat Rawi, Cikgu Adawiah (CA) tenaga Pengajar Di IPM dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas.

Nota : peserta ini telah tamat mengikuti pembelajaran komputer di Institut Perdagangan Munshi, Kuantan dengan jaya. alhamdulillah!

----------------------------------------------------

Bagi yang berminat sesi September 2015 boleh muat turun (download) Borang Daftar komputer >>> KLIK DI SINI UNTUK BORANG <<<.
----------------------------------------------------
* Untuk Mendaftar Hubungi terus Guru Komputer / SMS/Whatsapps 
ke 014 219 7966 (Cikgu Adawiah).

Thursday, July 16, 2015

Ucapan Selamat Hari Raya dari Admin

~ Assalamualaikum.. dikesempatan bulan yang mulia ini yang mengenali diri CA..CA mohon maaf jika pernah terkasar bahasa sepanjang mengajar komputer di #ipmmunshi @komputerkuantan_com (i memang garang time mengajar he..he..) semoga Syawal ini lebih bermakna & bahagia di samping yang tersayang..~

#ipmmunshi #pengurusanpejabat 
#syukurselalu #ramadhan #syawal

Kredit : Fb Adawiah Nasier (Guru Komputer)

Nota : Kelas komputer di Institut Perdagangan Munshi, Kuantan bercuti Mulai 15/7 hingga 26/7/2015 ya. Sebarang pertanyaan kuliah komputer WhatsApp saya 0142197966 ya <3

Wednesday, July 01, 2015

#Repost @komputerkuantan_com
・・・
☆☆ Selesai kelas komputer dewasa Pakej 5 Hari (Isnin hingga Jumaat | 3 petang) ☆☆ → www.komputerkuantan.com