Showing posts with label menguasai program Excel. Show all posts
Showing posts with label menguasai program Excel. Show all posts

Monday, June 16, 2014

Personal Coaching Komputer Pengurusan Pejabat

[HARI PERTAMA BELAJAR KOMPUTER 16/6/2014 ]


Hari ini 16/6/2014 saya dapat mempelajari bagaimana untuk latihan kod jari dengan menggunakan semua jari tangan saya dengan susunan huruf dan nombor dengan betul. Tambahan pula, saya juga telah mempelajari bagaimana untuk menukarkan warna dan bentuk tulisan yang berlainan. Di samping itu, saya juga telah tahu bagaimana hendak menukarkan huruf besar ke huruf kecil tanpa menggunakan Caps Lock. Saya juga telah mempelajari meletakkan border dan gambar dalam kerja saya. Malahan pula,  dapat menggunakan Bullet dengan susunan yang betul.saya dapat menukarkan Margins Normal kepada Margins A4 untuk mendapatkan ketepatan apa yang kita lakukan. Seterusnya, saya boleh menukarkan folder mengikut gambar dan corak yang saya mahukan. Saya juga telah mempelajari cara menggunakan Clip Art dan meletakkan dalam saya punya kerja dan menggunakan Text Wrapping yang pelbagai jenis. Ulasan : Siti Norainshah Bt Zakaria.


Hari ini 16/6/2014 saya dapat mempelajari belajar menaip menggunakan kod jari, belajar menaip di Microsoft Word, belajar menyimpan dokumen yang telah siap dibuat, edit perkataan menggunakan Microsoft Word, meletak gambar warna pada tulisan, belajar menggunakan Bold, Italic dan Underline pada tulisan, menukarkan saiz kertas pada saiz A4, Page Borders serta menggunakan Bullet dan Numbering pada permulaan atau simbol di pertengahan ayat. Ulasan : Nur Ika Syuhada Bt Abd Hamid.






Hari ini 16/6/2014 saya belajar menaip latihan kod jari, Text Highlight Colour, Font Color, Change Case, Superscript, Subscript, dan Striketrough. Saya juga belajar macam mana nak Bold tulisan, Italic dan Underline. Selain dari itu saya belajar menggunakan Bullet,Numbering, Library,Clip Art, Page Borders, Page Colour, Margins dan Size. Save documents, menggunakan tulisan menaip, menggunakan teknik jari ketika menaip dan membuat Folders untuk save latihan kerja. Ulasan : Nik Athirah Binti Ayob.

Tuesday, November 27, 2012

`Tugasan Akhir Komputer & Testimoni Peserta Kursus`


Saya Nur Intan Farahhana Binti Zulkefli, No Matrik SK-PP 04/5734/11. Pada mula saya mengikuti pembelajaran komputer di Institut Perdagangan Munshi, saya telah didedahkan dengan program Microsoft Word dan Power Point. Program tersebut antara program yang wajib dipelajari bagi setiap pelajar yang mengikuti kelas komputer. Namun begitu, menyedari yang ilmu seharusnya dikejar saya telah berusaha dengan lebih gigih. Atas tunjuk ajar Cik Rabiah Adawiah, saya telah berjaya mengambil program Microsoft Excel dan Access. Mungkin ramai tidak menyedari kepentingan program tersebut. Bagi program Microsoft Excel, ia sekarang menjadi keutamaan bagi menyediakan pelbagai tugasan harian apabila bekerja. Selain menyediakan akaun, ia juga boleh membantu menyediakan laporan. Sekiranya dikaji, tidak ramai pekerja kini yang berjaya menguasai program Excel ini dengan lebih mendalam. Jadi inilah masanya untuk kita memepelajarinya supaya menjadi pekerja yang cemerlang kelak. Saya lebih teruja apabila berjaya melepasi ujian bagi melayakkan untuk meneruskan mengikuti program Access. Program Access memudahkan untuk menyediakan borang dalam bilangan yang banyak. Saya berasa bersyukur kerana, pelajar terakhir yang layak mengikuti program tersebut pada tahun 2006. Program ini jauh lebih menarik kerana ia memerlukan kreativiti yang tinggi. Ia amat mudah untuk dipelajari dan ia merupakan satu “tiket tambahan” jika layak mempelajarinya. Apa yang penting adalah semangat dan juga usaha yang tinggi untuk berjaya.