Showing posts with label Majalah PC. Show all posts
Showing posts with label Majalah PC. Show all posts

Saturday, October 06, 2012

Si Kacak iPhone 5

iPhone 5



Apakah pendapat anda berkaitan kemunculan iPhone 5 yang baru dilancarkan semalam (waktu Malaysia)? Seperti jangkaan ramai, iPhone 5 tiba dengan beberapa kemas kini baru tetapi dilihat agak terlalu minimum jika dibandingkan dengan lain-lain jenama peranti telefon pintar. Digelar sebagai peranti iPhone paling nipis dan ringan berbanding kesemua model sebelumnya, kejuruteraan Apple berjaya untuk menghasilkan komponen yang lebih kecil tanpa menjejaskan prestasi yang menjadi kebanggaan iPhone itu sendiri. Memiliki saiz 7.6 milimeter dan berat 112 g,iPhone 5 adalah 20% lebih ringan dan 18% lebih nipis berbanding iPhone 4S.
iPhone 5 juga menggunakan teknologi kad SIM nano yang 44 % lebih kecil berbanding mikro SIM. Apple juga dikhabarkan berjaya membangunkan penyelesaian selular unik untuk membolehkan peranti tersebut menyokong teknologi terkini wayerles tanpa mengorbankan kelajuan, hayat bateri dan fizikalnya.  Menggunakan cip pemprosesan dua teras A6 baru yang 22% lebih kecil berbanding A5, ia masih memiliki kemampuan bekerja 2 kali ganda lebih pantas berbanding versi terdahulu. iPhone 5 turut menggunakan paparan skrin lebih besar iaitu 4 inci dengan paparan Retina (1136x640 piksel pada 326 ppi) pertama dalam kelasnya dengan teknologi sentuhan bersepadu.

Thursday, October 04, 2012

Apa Microsoft Surface Ada?

Microsoft Surface


Microsoft Surface timbul ke permukaan dunia tablet dengan gahnya. Menepati cita rasa masa kini, Surface datang dalam dua versi, iaitu Surface dengan Windows RT dan Surface Pro dengan Windows 8 Pro.
Windows RT adalah versi terbaru daripada Windows 8 yang direka bersandarkan platform pemprosesan ARM, merangkumi antara muka dan paparan mesra sentuhan gaya Metro. Selain itu, ia turut menjalankan fungsi terhad desktop konvensional Windows dengan penggunaan Internet Explorer serta Microsoft Office.
Untuk Surface Pro, sistem operasi (OS) Windows 8 Pro akan dikuasakan oleh pemproses terkini daripada Intel. Ia mempunyai akses penuh kepada paparan Metro UI serta dapat menjalankan fungsi desktop Windows sepenuhnya. 

1. Tablet Surface dengan Windows RT memiliki slot mikroSD, USB 2.0, 2x2 MIMO antena dan port Mikro HD. Pengguna boleh memilih untuk memori berkapasiti 32GB atau 64GB. Untuk Surface Pro pula, ia memiliki sokongan sambungan slot kad mikroSDXC, USB 3.0, 2x2 MIMO antena serta Port Paparan Mini. Tablet ini didatangkan dengan kapasiti penyimpanan terbina 64GB dan 128GB.

2. Surface dengan Windows RT memiliki berat 676 gram dengan kadar ketebalan hanya 9.3 mm. Untuk Surface Pro, tablet ini memiliki berat 903 gram berserta ketebalan sekitar 13.5 mm sahaja. Fizikal tablet ini turut terjamin dengan pelindung luar magnesium VaporMg dan penahan yang menambahkan kesan elegan serta fleksibelnya.