Friday, May 22, 2026

Tutorial Ms Word : Tabs | Paragraph | Style

➡️ Tabs : Kegunaan Tabs ini untuk menjarakkan teks dari kiri ke kanan. Apabila anda tekan Tabs pada papan kekunci teks akan terjarak terlalu jauh. Untuk mengubah jarak yang selalu digunakan iaitu ½ inci untuk awalan perenggan untuk perenggan klik Home >> Paragraph >> Tabs. Untuk memadam senarai asal yang terjarak klik Clear All. Di ruangan atas taipkan 0.5 klik set. Klik Ok.

➡️ Paragraph Formatting : Arahan ini mengubah format yang asal kepada yang diinginkan. Klik pada penjuru icon Paragraph , terdapat dua paparan di bahagian atas kebiasaan sering digunakan Indents and Spacing. Paparan asal seperti di bawah. Paparan ini boleh diubah secara kekal untuk dokumen tersebut.

➡️ Styles : Kegunaan Format ini untuk mengubah Format asal Normal kepada pilihan yang lain. Untuk mengubah kepada pilihan yang lain Home >> di dalam ruangan Styles klik Heading 1 @ Heading 2. Arahan ini sering digunakan untuk membina halaman yang mengandungi muka surat yang banyak serta memudahkan untuk proses jilid buku.

➡️ Jangan berlengah! Ayuh jom ikuti kelas komputer untuk menyahut seruan kerajaan 1 Rumah 1 Kemahiran Komputer perlu ada. Nak kerja pejabat pun mudah. Majikan mudah ambil bakal pekerja yang ada kemahiran komputer berbanding yang Zero Knowledge.

Hubungi kami segera Pengambilan JUN 2026 klik link untuk lihat pakej kursus : https://linktr.ee/komputerkuantan untuk join kelas. Dapatkan DISKAUN sempena Hari Hol Negeri Pahang untuk Pakej Pertengahan (16 Sesi) sahaja.