Wednesday, May 27, 2026

Memasukkan Ilustrasi (Program MS Excel)

➡️ Picture : Untuk menambah gambar di dalam MS Excel klik Insert >> Picture. Pilih folder yang mengandungi gambar yang anda simpan klik Insert. Jika anda ingin mendapatkan gambar yang tersedia di dalam komputer klik pada My Computer >> pilih Pendrive ubah View kepada Tumbnail pilih gambar klik Insert.

Nota : Untuk mengubah saiz gambar klik Format >> diruangan Size ketinggian / lebar.

➡️ Word Art: Untuk menambah tulisan bercorak di dalam MS Excel klik Insert >> WordArt. Pilih yang dikehendaki. Tukarkan tulisan & corak WordArt klik pada Format >> Text Effects >> Transform pilihan anda.

➡️ Shapes : Untuk menambah kekotak di dalam MS Excel klik Insert >> Shapes pilih yang dikehendaki. Lakarkan bentuk mengikut yang diperlukan. Warna akan berubah seperti program MS PowerPoint. Ubah warna pilihan pada Format Shape Fill / Shape Outline.

➡️ Smart Art: : Untuk menambah diagram secara visual yang berbentuk lingkaran, segi empat, anak panah, struktur dan lain-lain di dalam MS Word isikan pointer diruangan kosong klik Insert >> SmartArt. Taipkan teks di dalam kekotak dengan mudah.

➡️ Jangan berlengah! Ayuh jom ikuti kelas komputer untuk menyahut seruan kerajaan 1 Rumah 1 Kemahiran Komputer perlu ada. Nak kerja pejabat pun mudah. Majikan mudah ambil bakal pekerja yang ada kemahiran Word | PowerPoint | Excel berbanding yang Zero Knowledge.

➡️ Tidak mahir MS Office? Jangan risau kami sedia membantu dari Zero to Hero. Moh belajar Pengambilan JUN 2026 klik link untuk lihat pakej kursus : https://linktr.ee/komputerkuantan untuk join kelas. Kekosongan kelas adalah terhad. Siapa cepat dia dapat!