Thursday, January 08, 2026

Program Word : Tutorial Drop Cap


➡️ Tutorial Komputer yang akan diberikan hari ini mengenai Drop Cap. Apabila anda ingin menambah di awal dokumen yang mempunyai perenggan ada huruf besar melebihi 3 – 4 perenggan. Kebiasaan di lihat di dalam akhbar @ majalah dengan pelbagai versi bukan?

➡️ Untuk perubahan bagi huruf “J” isikan pointer di depan perkataan. Klik pada menu Insert >> Drop Cap : Dropped. Klik semula pilih Drop Cap Options >> Tukar Font : Broadway. Line to drop : 4 (baris teks ke bawah). Distance from text : 0.1 (jarak dengan teks).

➡️ Untuk mendapatkan bingkai disekeliling huruf “J” klik pada Home >> Border (lihat anak panah) pilih Borders & Shading pastikan setting Borders klik warna ungu pekat >> pilih garisan dua line >> ===) Klik None tambah garisan atas bawah. Kemudian pilih garisan putus-putus >> -----) tambah garisan kiri & kanan. Bagi pelajar yang memilih program Word CikguCA akan ajar TIGA fungsi Drop Cap ini. Selamat Mencuba !

➡️ Anda mungkin tertanya-tanya tentang sejauh mana keberkesanan servis mengajar komputer personal ini secara persendirian / individu. Jangan risau dengan adanya Buku Rujukan Cara Cepat Mahir MS Office yang di patenkan khas ini terbukti membantu anda tidak perlukan lagi buku rujukan di pasaran dan menulis nota panjang berjela. Kami telah sediakan untuk anda khas untuk peserta kelas komputer Online kami.

➡️ Untuk servis mengajar anda sehingga MAHIR 1-to-1, kami menyediakan Yuran Kursus komitmen RM 20/jam (Kebiasaan di tempat lain RM 50). ⏰ Klik link untuk kami latih dari “0”.

▶️ Jom booking untuk hadiri KELAS ONLINE Pengambilan Januari 2026 klik link ini : https://linktr.ee/komputerkuantan untuk pertanyaan kursus 1-to-1. Pengambilan Kelas bersemuka telah di TUTUP atas perubahan era semasa yang lebih memilih kelas Online.

“Memenuhi Keperluan Kerja Pejabat Perkeranian di dalam penggunaan Komputer”