Friday, June 27, 2025

Tutorial Sampul Surat 4x9”

Tutorial MS Word : Cara Buat Sampul Surat 4x9”

1. Bina 1 Folder yang kosong atas nama SAMPUL SURAT. Buka MS Excel masukkan rekod untuk Colum pilihan. Rekod utama seperti Bil hingga Negeri perlu baris pada baris 1. Simpan fail Excel atas nama DATA SAMPUL.

2. Buka program MS Word. Klik New. Simpan sampul surat dengan nama SAMPUL SURAT. Klik Mailings >> Start Mail Merge >> Envelopes. Klik Envelope size : Size 1 0. Tukar Font pada Delivery Address : Font (Century Gothic : 10). klik Ok. Paparan sampul surat terhasil. Zoom (80%). Gerakkan pointer cursor di dalam kekotak tengah sampul surat terlebih dahulu. Kekotak ini automatik akan keluar apabila format sampul surat di pilih. 

3. Klik Mailings >> Select Recipients >> Use And Existing List >> Buka data tadi. Klik Insert Merge Fields (anak panah bawah) klik Preview Result. Setelah mengisi bilangan rekod yang dikehendaki untuk mengemaskini rekod, klik File >> Close >> Yes >> OK. 

▶️ Mencari kelas komputer khas untuk MS Office untuk ke IPT bulan September nanti inilah masanya anda berkemahiran untuk Pengambilan Julai 2025 hanya 9x Kuliah sahaja, klik link ini : https://linktr.ee/komputerkuantan untuk Yuran Asas ke IPT. Untuk yang nak kerja pejabat boleh ambil Full Course ya 16x kelas komputer.