Tuesday, May 14, 2013

Tugasan Dapat Dilakukan Dengan Cepat

Saya Nurzahirah Mohamad Zin, telah terpilih untuk menjalani kursus Aplikasi Komputer dan telah mengambil 4 program iaitu MS Word, MS Power Point, MS Excel dan MS Access. Saya sangat gembira dan teruja untuk mempelajari program yang terdapat di IPM. 

Pada awalnya saya tidak mahir dalam penggunaan MS Office. Tahap kecekapan saya adalah rendah semasa menggunakan program MS Word dan MS Excel. MS Power Point dan MS Access pula, sangat jarang-jarang digunakan dalam aktiviti harian. Tenaga Pengajar komputer banyak membantu saya dalam mendalami ilmu aplikasi program MS Office ini. Ilmu pengetahuan saya tentang aplikasi komputer ini semakin meningkat dan kemahiran ini memudahkan saya membuat kerja dengan tepat dan pantas.

Saya juga rasa sangat bertuah dan bersyukur ke hadrat Illahi kerana ditemukan dengan tenaga pengajar yang sangat sporting dan hebat.MS Word merupakan program yang digunakan secara meluas dalam aktiviti pengurusan pejabat. Di dalam MS Word, saya telah mempelajari bagaimana membuat Mail Merge pada surat, membina borang dan menyediakan format surat rasmi yang sebenar. 

MS Power Point pula mengajar saya untuk lebih kreatif semasa membuat perbentangan dan juga boleh membina pelan serta iklan promosi. MS Excel pula memudahkan pengiraan yang banyak dan sulit serta memberi jawapan yang tepat. MS Access pula membolehkan saya untuk membina borang secara dalam talian serta memudahkan pengurusan maklumat terkumpul.Ilmu yang telah dipelajari di IPM adalah berbeza dan teknik pengajarannya yang berkesan.