Tuesday, April 09, 2013

Mari Mengenali Apa Itu Ipad

Tidak kira di mana jua kita berada, dunia kini tidak lagi canggung dengan apa itu teknologi. Ia seumpama dunia baru yang menjadi intipati dalam kehidupan masyarakat di dunia ini. Tanpa mengira apa jua jenis teknologi, ia tetap membawa satu kelebihan dalam penciptaannya yang seterusnya membawa kemudahan dan kebaikan dalam hidup kita. Namun pada kali ini saya sangat tertarik untuk membawa kita semua ke dalam teknologi telekomunikasi moden yang menjadi tumpuan hebat bagi penggemar-penggemar gajet ICT. Walaupun kita sedar selama ini kita telah dilonggokkan dengan pelbagai kemudahan teknologi lepas seperti telefon pintar, netbook, iPod dan PSP yang telah muncul dalam kehidupan seharian kita namun teknologi itu tetap terus hidup dan sentiasa melakukan inovasi demi inovasi supaya pengguna tidak bosan dan dapat melihat teknologi yang terbaru. Kekreatifan pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam bidang teknologi pula tidak pernah putus idea untuk mewujudkan gajet terbaru dan seterusnya menambahkan koleksi gajet-gajet teknologi dalam pasaran dunia. Maka dengan itulah munculnya gajet yang diberi nama iPad. 



iPad merupakan sebuah produk yang dibangunkan oleh syarikat gergasi Apple Inc yang diterajui oleh Steve Jobs. Bagi yang mengenali produk keluaran dari Apple ini mesti kita sedar tentang kewujudan Macintosh, iPod, iPhone dan kini iPad yang kini menjadi bualan hangat bagi penggemar gajet terbaru. Jika kita lihat sebelum ini kemunculan iPod mampu menawan hati pembelinya yang telah menawarkan pelbagai aplikasi mudah alih hanya di hujung jari namun produk hasil inovasinya kini iaitu iPad mungkin dapat membuatkan kita teruja untuk memilikinya sebagai koleksi. 

Sebelum iPad dilancarkan, komputer panel biasanya merujuk kepada Tablet PC yang mempunyai keyboard yang boleh digunakan seperti notebook biasa, dan boleh ditukar menjadi panel jika diperlukan. Ipad pula telah menghapuskan rekaan keyboard. Ipad menggunakan skrin multi-sentuhan IPS 9.7 inci, muka depan hanya terdapat satu skrin besar dan butang Home di bawahnya. Skrin Ipad ditutupi lapisan kaca yang amat kuat dan tahan. Terdapat 2 versi iPad iaitu versi Wi-Fi dan versi Wi-Fi + 3G (diringkaskan sebagai versi 3G). Versi Wi-Fi seberat 680g, manakala versi 3G seberat 720g. Namun, terdapat satu masalah yang sangat meruncing dan jelas ketara bagi iPad ini iaitu peninggalan kesan cap jari pada skrinnya. Walaupun skrin Ipad disaluti lapisan yang kalis minyak dan anti kesan cap jari, namun masih tidak dapat menyelesaikan masalah ini.

Lain-lain mengenai iPad 

iPad mewarisi rekaan Apple iPhone yang ringkas dan menyokong multi-sentuhan. Terdapat 1000 titik pengesan yang sensitif pada skrin 9.7 inci tersebut. iPad dilengkapi accelerator yang akan menukar skrin paparan secara automatik jika badannya diputar samada secara melintang atau menegak. Port sambungan iPad adalah sangat terhad. Selain port sambungan dasar di bahagian bawah, hanya terdapat butang Power dan port earphone 3.5mm di bahagian atas. iPad tidak mempunyai port sambungan USB.

Dari segi bateri, ketahanan bateri iPad jauh lebih baik dibandingkan dengan iPhone. Ia menyokong penyiaran video selama 10 – 12 jam dan masa standby selama sebulan. Jika bateri rosak, penukaran bateri hanya boleh dilakukan dengan cara menukar seluruh iPad. Selain itu, kawalan sentuh bagi iPad adalah cemerlang, maka kebanyakan operasi tidak memerlukan penyambungan tetikus. Untuk pengguna iPhone yang berpengalaman, skrin kawalan sentuh 3.5 inci iPhone boleh melakukan pelbagai operasi seperti copy dan pastedownload, penghantaran emel, pelayaran laman web dan sebagainya. Pengendalian skrin kawalan sentuh iPad selebar 9.7 inci pula adalah lebih memudahkan. Kelebihan yang ketara dalam Ipad apabila ianya memiliki iBooks, yang mana pengguna boleh melayari iBook Store yang disusun dalam bentuk rak buku. Pilih sebuah buku dan mula membaca. Apabila iPad berada dalam posisi melintang, skrinnya akan memaparkan kandungan 2 halaman. Semasa membaca, iPad akan melaraskan kecerahan skrin secara automatik melalui alat pengesan cahaya yang terbina dalam. 

Selain itu kriteria unik pada saiz iPad ini ialah lebih kecil daripada saiz kertas A4. Manakala keyboard iPad terbina dalam melalui keyboard virtual yang boleh dipaparkan dengan mudah pada bila-bila masa sahaja. Penganalisis teknologi berpendapat iPad tidak sempurna, tetapi adalah produk era baru kerana Steve Jobs tidak menggunakan cara pemikiran pembuatan komputer untuk membuat iPad, maka ia tiadakeyboard, tiada port sambungan USB, tidak menggunakan sistem operasi Mac. iPad diposisikan antara iPhone dan MacBook, merupakanhardware yang disokong oleh banyak aplikasi. Teknologi multi-sentuhan juga adalah antara faktor kejayaan iPad. Namun seutuh mana pun sesuatu produk ia mesti memiliki kelemahan pada ciri produknya. iPad telah dikenal pasti mengalami kekurangan kerana tiada multitasking. Dalam erti kata lain, kalau pengguna sedang menaip sebarang surat, mereka tidak berpeluang untuk mendengar muzik pada satu-satu masa. Selain itu iPad tidak mempunyai aplikasi kamera dan adapternya bersaiz besar. Malah kelemahan iPad yang jelas iaitu perantitouchscreen masih tidak mampu memberi kepuasan kepada pengguna untuk melakukan kerja menaip kerana saiz skrin yang berubah mengikut kesesuaian butang peranti touchscreen tersebut.

Oleh yang demikian dapatlah kita simpulkan bahawa teknologi iPad masih berada dalam lingkungan barangan kategori waiting list. Dengan kata lain iPad ini merupakan suatu produk baru yang akan membawa perubahan dalam arus teknologi telekomunikasi dan maklumat di negara ini kerana Ipad ini melalui sokongan teknologi multi-sentuhan yang sangat mesra pengguna serta sokongan pelbagai program aplikasi, pengintegrasian pelbagai kandungan di internet supaya pengguna dapat menggunakan internet dengan selesa seterusnya menggunakan iPad sebagai salah satu gajet alternatif yang sangat menarik dan memiliki gayanya yang tersendiri.

“Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.”- Philip Massinger

http://www.ukm.my/monline/