Monday, October 22, 2012

Tutorial Mengubah Paparan Yang Dikehendaki



~1)     Undo/Redo : Berada di bahagian atas. Hanya terpapar dua icon sahaja. Untuk menambah bilangan yang diperlukan. Klik pada anak panah ke bawah pilih yang kerap digunakan iaitu Open, Save, Print Preview @ Quick Print (untuk mencetak sahaja). Sekiranya anda ingin menutup paparan Ribbon klik anak panah semula pilih Minimize the Ribbon. Untuk membawa ke paparan bawah pilih Show below the Ribbon.

~2)     Apabila membuka halaman juga tidak terpapar Ruler/Margin/Indent pada halaman dokumen. Untuk menetapkan setiap kali halaman baru dibuka klik pada View è Ruler (tandakan þ). Ini memudahan melihat paparan apabila anda menggunakan fungsi Bullet/Numbering/Tab.

~3)        Apabila anda menaip teks di dalam program dan menekan Enter terdapat jarak yang ketara kelihatan. Penyelesaian : klik Pada Paragraph è Spacing à Before : 0 Pt  à After : 0 Pt à Line Spacing : Single. Di dalam pilihan Default pilih Yes & Ok. Default bermaksud setiap halaman yang baru jarak yang serupa dapat digunakan.

~4)        Untuk menukar jenis tulisan & saiz tulisan asal (Calibri : 11). Untuk menetapkan tukar pada paparan luar jenis tulisan yang dikehendaki. Klik pada Font à di dalam pilihan Default pilih Yes & Ok.

Nantikan Tutorial Akan Datang