Tuesday, October 02, 2012

Perkhidmatan Bersepadu Islam

Pelbagai produk dan perkhidmatan Islam sempena kempen Salam Ikhlas 2012



Maxis Berhad (Maxis), dengan sukacitanya memperkenalkan titik penemuan tunggal yang baru untuk pelanggan beragama Islam mengakses pelbagai produk dan perkhidmatan bersepadu Islamsempena kempen Salam Ikhlas 2012. Para pelanggan hanya perlu dail *222# dari mana-mana telefon mudah alih atau layariwww.maxis.com.my/ikhlas untuk mendapatkan lebih daripada 30 produk dan perkhidmatan Islam yang boleh didapati sepanjang tahun. Pelanggan boleh mengakses perkhidmatan ini merentasi semua peranti dalam pelbagai bentuk seperti SMS, MMS, aplikasi, video, audio dan ebook yang boleh dibaca pada iPad, peranti Android dan komputer peribadi.

Perkhidmatan utama yang ditawarkan di bawah Salam Ikhlas 2012 termasuk waktu imsak dan buka puasa percuma dimana pelanggan diberi pemberitahuan percuma tahunan yang membolehkan mereka sentiasa dimaklumkan mengenai waktu yang tepat sepanjang bulan Ramadan yang mulia. Satu lagi perkhidmatan utama ialah mZakat, iaitu satu saluran untuk para pelanggan yang sibuk di Selangor, Sabah, Kedah, Perlis, Pahang, Terengganu, Kelantan and Melaka, di manamereka boleh menunaikan tanggungjawab wajib pembayaranzakat pada bulan Ramadan melalui SMS.

Sementara itu, pengguna Android dan Blackberry boleh mendaftar untuk akaun peribadi awan Loker percumadengan 5GB ruang penyimpanan untuk menyimpan dan menyelaras semua video dan gambar mereka terutamanya semasa musim perayaan yang akan datang.