Friday, October 21, 2011

Tutorial Asas Komputer --> Part 1

SELEPAS PENYUNTINGAN DOKUMEN MS WORD :


SEBELUM PENYUNTINGAN DOKUMEN MS WORD :


Arahan untuk mendapatkan penyuntingan data asal kepada perubahan seperti gambar sebelumnya :

Ubah kesemua tulisan & saiz tulisan. Tekan Ctrl + A, klik Home : Font --> Tahoma & Font Size --> 11. 

Tajuk : PENGGUNAAN KOMPUTER klik pada menu --> Home klik Bold (tebalkan tulisan) & Center (ketengahkan tulisan). Untuk samakan teks kiri dan kanan, isikan pointer dihadapan teks pertama pilih Justify. Untuk perubahan bagi (Multimedia..) aktifkan teks untuk serongkan tulisan klik pada menu Home pilih Bold & Italic.

Bagaimana untuk mengubah dihadapan teks 1 huruf besar mengikut kedudukan teks?

Untuk perubahan bagi huruf “K” dihadapan teks utama anda aktifkan huruf ‘K’ sahaja. Klik pada menu Insert --> Drop Cap --> pilih Drop Cap Options di dalam pilihan Position terdapat pilihan pilih --> Dropped. Pilihan Font bebas. Line to drop : 3 (baris teks ke bawah). Distance from text : 0.1 (jarak Drop Cap dengan teks @ bingkai disekeliling huruf ‘K’).

Untuk mendapatkan bingkai disekeliling huruf “K” klik pada penjuru (berbentuk anak panah) klik pada menu Page Layout --> Page Border è pilih Border. Di dalam ruangan Style pilihan jenis bingkai garisan (No. 4). Di dalam ruangan Preview terpapar pilihan yang dikehendaki klik OK.

*WINDOW 2003 : Untuk perubahan bagi huruf “K” dihadapan teks utama anda aktifkan huruf ‘K’ sahaja. Klik pada menu Format --> Drop Cap. Untuk bingkai klik Pada Format --> Border & Shading --> pilih Border.

Untuk mendapatkan gambar serta kedudukan (Square) mengikut latihan. Cara ke - 1 : Klik pada menu Insert --> Clip Art --> di dalam ruangan Search for taipkan perkataan Computer --> klik Go.

Bagaimana untuk menggerakkan kedudukan gambar?

Nantikan Siri Akan Datang : 
Sunting kedudukan gambar, mengubah simbol, jarak teks, teks di dalam jadual (Table).