Sunday, August 05, 2012

Rahsia & Tip Pembelajaran Komputer

1. Masa sebelum tidur –masa berbaring sebelum tidur (10 minit) teknik belajar secara pembayangan. Melukis rajah/carta. Menulis isi-isi penting /formula/fungsi/menulis formula menyelesaikan semula ujian ketika berbaring sebelum tidur. Amalkan setiap malam.


2. Masa terbangun di tengah malam (5 minit) –belajar seperti di atas dengan melakar pada atas tilam dengan menggunakan jari telunjuk untuk melukis objek yang ada pada komputer serta fungsi-fungsi yang telah dipelajari setiap latihan komputer/ rajah/carta/graf.


3. Masa berjalan ke IPM/ke tempat kerja (10 minit) soal-jawab mental mengenai perbezaan yang hampir sama contoh : simbol @ bullet dll.


4. Masa sementara menunggu tenaga pengajar memberi arahan/menunggu jam kuliah (5 minit) ulangkaji latihan yang telah dipelajari. Pastikan kekuatan mental anda.
Masa sampai awal ke kuliah (5 minit) -ulangkaji harian sebelum masuk bilik komputer @ kuliah hujung minggu.


5. Masa menunggu bas/teksi (10 minit) ulangkaji kad nota, lihat teks kecil, lihat objek /gambar/fungsi program.


6. Masa rehat (15 minit) membaca majalah yang berkaitan dengan IT @ penggunaan komputer se-perti PC dll.


7. Selalu ulangkaji secara mental. Tanya diri sendiri & usahakan mengingat jawapan/format program.


8. Masa rehat selepas makan tengah hari baca novel/akhbar yang berkaitan dengan isu semasa @ layari internet untuk mengetahui peluang kerjaya.


9. Masa rehat selepas makan malam –baca akhbar/keterangan yang berkaitan dengan peluang pekerjaan @ subjek-subjek lain yang terdapat di IPM.


10. Buat ringkasan untuk 1 latihan komputer di dalam kertas A4 hanya masukkan untuk isi-isi penting /formula/fungsi sahaja. Uji diri melukis rajah-rajah/graf/carta /objek /gambar seperti yang telah dipelajari secara mental.


11. Kurangkan perseptif negatif tingkatkan kemahiran positif. Masa mendengar radio.


12. Ingat! Masa terpenting dalam pembelajaran cemerlang kemahiran komputer : masa belajar di waktu subuh. Bagi yang bekerja anda harus berkorban masa jika kemahiran yang anda pelajari itu adalah penting untuk masa depan.


13. Kurangkan masa dengan berbual celoteh kosong, menghantar pesanan ringkas yang tidak perlu @ ketawa terbahak-bahak.


14. Belajar secara dialog mental iaitu dengan mengingati teknik-teknik serta langkah demi langkah yang betul. contoh Mail Merge @ arahan yang panjang.


*** SELAMAT MENCUBA ***