29 July, 2021

Using Graphics Within Word Processing


Using Graphics Within Word Processing
(Pengunaan Grafik dalam Pemprosesan Perkataan)

(1). Inserting Pictures : Untuk menambah gambar di dalam MS Word isikan pointer diruangan kosong klik Insert >> Picture. Pilih folder yang mengandungi gambar yang anda simpan klik Insert. Jika anda ingin mendapatkan gambar yang tersedia di dalam komputer klik pada My Computer >> pilih imej pilihan >> pilih gambar klik Insert.

(2). Inserting Clip Art : Untuk menambah gambar di dalam MS Word isikan pointer diruangan kosong klik Insert >> ClipArt. Di dalam ruangan search for : taipkan pengelasan yang dikehendaki contoh : BOOK. Pengelasan berkaitan buku akan terhasil. Arahan ini tidak terdapat di dalam Word 2013 & 2016.

(3). Inserting Shapes : Untuk menambah bentuk kekotak atau lain-lain bentuk di dalam MS Word isikan pointer diruangan kosong klik Insert >> Shapes pilih yang dikehendaki. Jika terdapat arahan klik Delete/Backspace. Lakarkan bentuk objek @ kekotak yang dipilih mengikut yang diperlukan.

(4). Inserting SmartArt : Untuk menambah diagram secara visual yang berbentuk lingkaran, segi empat, anak panah, struktur dan lain-lain di dalam MS Word isikan pointer diruangan kosong klik Insert >> SmartArt. Taipkan teks di dalam kekotak dengan mudah.

(5). Inserting a chart : Untuk menambah Carta secara visual terdapat dalam pilihan Column, bar, area dan lain-lain di dalam MS Word isikan pointer diruangan kosong klik Insert >> Chart. Terdapat paparan untuk isian data. Taipkan rekod di dalam ruangan yang disediakan (seperti MS Excel).

(6). Selecting, resizing and deleting graphics : Untuk mengaktifkan objek/bentuk/carta/diagram klik pada Home >> Select >> pilih Select Object lakarkan pada tempat yang akan digerakkan/digabungkan. Untuk mengubah saiz gambar klik pada Format >> di dalam ruangan Size klik ketinggian @ lebar grafik/shape/carta yang dikehendaki.

(7). Copying or moving graphics : Untuk menggunakan arahan ini klik salah satu gambar yang akan dijadikan pendua tekan Ctrl serentak itu serek gambar alihkan ke ruangan sebelah.