29 July, 2021

Format Page Formatting


Melaksanakan Format Helaian (Page Formatting)

(1). Page orientation and paper size : Di dalam MS Word kedudukan dokumen disediakan dalam keadaan menegak (Portrait). Untuk mengetahui pilihan menegak / melintang klik pada Page Layout >> Orientation >> terdapat 2 pilihan Portrait & Landscape.

(2). Changing the page size : Saiz asal dokumen yang telah disetkan “Letter 8.5 x 11” untuk mengubah kepada pilihan A4 @ A3 klik pada Page Layout >> Size. Tukar pilihan anda.

(3). Page margins : Margin dokumen asal yang telah disetkan “Normal” untuk mengubah kepada pilihan Moderate @ Narrow klik pada Layout >> Margins. Tukar pilihan saiz margin dokumen anda.
(4). Inserting Page Breaks : Arahan ini untuk memisahkan teks kepada halaman seterusnya isi pointer pada baris teks klik pada Layout >> Breaks >> pilih Page. Teks akan berada di halaman baru.

(5). Deleting Page Breaks : Arahan ini untuk memudahkan mengembalikan teks kembali ke halaman asal. Untuk memadam klik pada Home >> pilih Show/Hide akan terpapar format yang telah digunakan. Untuk memadam aktifkan perkataan ………Page Break…… tekan Delete sahaja.

(6). Using page breaks : Cara cepat untuk menggunakan arahan ini. Contoh isikan pointer yang akan dipisahkan untuk perkataan tersebut. Gerakkan pointer isikan dihadapan teks tersebut klik pada Insert >> Break >> pilih Page.

(7). Headers and footers : Untuk menambah teks khas untuk Letterhead klik pada Insert >> Header >> pilih Edit Header. Taipkan tajuk yang dikehendaki. untuk menaip teks untuk kaki surat klik pada Go to Footer taipkan kaki surat. Setelah itu klik Close Header and Footer.

(8). Page numbering : Arahan ini sesuai jika menggunakan banyak halaman dokumen di dalam Ms Word. Nombor muka surat ini boleh diisi di bahagian atas / bawah dokumen. Klik pada Insert >> Page Number >> pilih pilihan atas atau bawah yang dikehendaki. selain itu anda juga dapat menambah teks yang besesuai berdasarkan dokumen tersebut.

(9). Header and footer fields : Untuk menambah selain teks di dalam ruangan ini klik Insert >> Header >> di dalam pilihan ini anda boleh juga menambah nombor muka surat, tarikh, logo syarikat serta gambar pilihan. Anda juga boleh mengubah di dalam ruangan position jarak untuk atas dan bawah. Setelah membuka ruangan khas untuk menaip teks Letterhead klik pada Insert >> Header. Paparan seperti di bawah akan terhasil ini. Selain menaip teks tarikh, masa & nombor muka surat serta menambah logo/gambar. Anda juga boleh mengubah di dalam ruangan position jarak untuk atas dan bawah.

(10). Editing text within a header or footer : Semasa paparan ini telah dibuka taipkan teks seperti biasa untuk mengubah teks asal kepada pilihan klik pada Home teks boleh diubah kepada pilihan yang dikehendaki.

(11). Cover pages : Kegunaan cover page ini sebagai pemuka halaman dokumen yang banyak helaian. Anda juga boleh menukarkan kepada pilihan anda sendiri. Pointer cursor (tetikus) anda boleh isi dimana-mana. Klik pada Insert >> Cover Page >> pilih yang dikehendaki. Cover page ini akan berada di halaman paling atas. Isikan mengikut yang tersedia.

(12). Tabs : Kegunaan Tabs ini untuk menjarakkan teks dari kiri ke kanan. Apabila anda tekan Tabs pada papan kekunci teks akan terjarak terlalu jauh. Untuk mengubah jarak yang selalu digunakan iaitu ½ inci untuk awalan perenggan untuk perenggan klik Home >> Paragraph >> Tabs. Untuk memadam senarai asal yang terjarak klik Clear All. Di ruangan atas taipkan 0.5 klik set. Klik Ok.

(13). Paragraph Formatting : Arahan ini mengubah format yang asal kepada yang diinginkan. Klik pada penjuru icon Paragraph , terdapat dua paparan di bahagian atas kebiasaan sering digunakan Indents and Spacing. Paparan asal seperti di bawah. Paparan ini boleh diubah secara kekal untuk dokumen tersebut.

(14). Styles : Kegunaan Format ini untuk mengubah Format asal Normal kepada pilihan yang lain. Untuk mengubah kepada pilihan yang lain Home >> di dalam ruangan Styles klik Heading 1 @ Heading 2. Arahan ini sering digunakan untuk membina halaman yang mengandungi muka surat yang banyak serta memudahkan untuk proses jilid buku.