16 August, 2018

Setting Pada WhatsApp

Tutorial : Setting WhatsApp 

Bila kita menggunakan WhatsApp ada beberapa perkara yang perlu di ambil kira terutama untuk Status Perniagaan kita siapa yang patut lihat.

Semua rakan kita? Prospek kita? Orang yang patut kita hidekan?

Cikgu CA ada satu tips mudah untuk anda semua memahami kegunaan salah 1 pilihan yang ada.

Mula-mula klik pada Status klik pilih My Status.



Hasilnya ada 45 yang melihat status kita jika setting Contact. Lihat seperti di bawah.

Nota : 1) My Contact 2) My Contact Except 3) Only Share with. Untuk memudahkan nota di bawah ya! 


Sebagai contoh jika memilih setting yang kedua : My Contact Except.. Ini bermaksud kita akan tick (warna merah) yang tidak boleh melihat status kita selain yang tidak bertanda dapat melihat status kita. Setelah dah tick tu jangan lupa klik yang hijau di bawah tanda setuju bertanda. Double-Check ya! Kenapa nak kena tanda? Sebagai contoh kita nak promot iklan kepada yang nak lihat sahaja.


Sebagai contoh jika memilih setting yang ketiga : Only share with.. Ini bermaksud kita akan tick (warna hijau) hanya yang bertanda sahaja dapat melihat. Beza yang merah, merah untuk halang melihat status kita ya. Jangan terkeliru pulak. Biasanya CikguCA gunakan untuk prospek yang akan belajar kelas komputer. Promosi² terkini tawaran istimewa khas untuk bakal-bakal peserta kelas CA uols. Uols pon boleh buat untuk tandakan. Juga double-check ya! 


Tambahan : Jika guna WhatsApp Bussines akan ada pertambahan Label senang untuk kita Follow-Up bisnes kita @ boleh juga labelkan seseorang itu siapa empunya. Contoh CA add Label untuk Pelajar/Ex Pelajar IPM haa senang nak klaskan mesej heheh.. 


Lihat contoh seperti di atas ini.

#KelasKomputerPersonal #MSOffice #MobileClassComputer with #CikguCA

15 August, 2018

Cara Menghantar Emel (Pilihan : Gmail)

Bagaimana untuk menghantar emel? Ramai pelajar bertanya alamat emel mana 1? emel akaun Facebook @ emel akaun Twitter? Jika anda menggunakan emel yang sama untuk 2-2 akaun itu berserta kata laluan yang sama tidak menjadi masalah untuk anda mengingat kata laluan tersebut. CA menggunakan alamat emel yang sama untuk Facebook, Twitter @ lain-lain laman sosial yang dikunjungi. Untuk lebih kefahaman untuk akaun emel ini adalah yang utama anda bina. 

Contoh alamat emel rasmi Kelas Komputer Kuantan adalah Komputerkuantan@gmail.com. Lihat seperti contoh di bawah : 

Cara untuk memulakan klik pada Google Chrome --> di bahagian atas pilih Gmail. Akan dipaparkan di sebelah kanan untuk menaip alamat emel.

Sign in : taip alamat emel Komputerkuantan@gmail.com
Pasword : taipkan kata laluan
Tekan Sign in untuk log masuk.

Arahan loading akan terpapar beberapa saat seperti gambarajah.



Untuk Menghantar Emel yang baru kepada rakan atau tugasan, klik pada Compose. Ruangan To : taip Komputerkuantan@gmail.com (lihat contoh gambarajah). Untuk ruangan Subject : Tajuk / Perkara. Ruangan bawah isikan kandungan Testimoni tugasan anda. 

Anda boleh membuat pilihan untuk menghantar dalam bentuk dokumen dengan menekan "Attach file" pilih lokasi dokumen pilih "Open". Paparan akan terhasil

Setelah selesai klik butang SEND di bahagian atas. Anda akan dapati arahan "Your message has been sent" itu bermakna dokumen yang anda hantar berjaya di terima pengirim.


untuk menyemak senarai dokumen yang telah dihantar klik pada bahagian kiri perkataan Sent Mail akan terpapar di bahagian atas senarai dokumen yang berjaya dihantar seperti di bawah.

Mengapa sesetengah emel tidak berjaya dihantar? Terdapat beberapa soalan di sini antaranya jika anda menekan Save Now, dokumen tersebut hanya untuk di simpan di dalam Draft sahaja. Jika anda menekan butang Send barulah dokumen itu berjaya. 

~ Selamat Mencuba ~


Format Print Kertas A4

  • Sebelum menaip teks di dalam program MS Word anda perlu terlebih dahulu mengubah saiz dokumen kepada saiz A4. Klik => Page Layout => Size => A4. Sekiranya ingin melebarkan saiz dokumen klik Page Layout => Margin => Moderate.
Setelah dokumen siap di taip serta disimpan (Save) tiba masanya untuk mencetak dokumen yang dibina. Cara untuk mencetak pada kertas A4 dengan menggunakan MS Office.
  • Klik pada Office Button => Print. Pilih jenis Printer Contoh pilihan yang saya guna : Canon LBP 2900. Pilih Properties tukar pada Orientation/ Paper : Portrait @ Landscape klik Ok & Ok.
  • Sekiranya anda ingin menjimatkan kertas dokumen yang anda gunakan adalah dua halaman pada Page Layout ubah 2 Page per Sheet klik Ok & Ok.
  • Jika menggunakan Printer jenis HP kertas bersaiz A4 perlu diubah pada Page Layout ubah pada Margin -- > Paper di dalam paper size : ubah yang Height kepada 12" sahaja.


NOTA : Untuk mendapat hasil cetakan yang sama dengan dokumen yang anda ingin cetak pastikan anda ubah kedua-dua Page Layout -Size (A4) & Print (A4).

14 August, 2018

Tutorial : Jimat Data Internet

Tutorial : Jimat Data Internet

Bila buka FB tentu nak jimat data kan terutama vidio² tidak terpilih gituu ?

Cikgu CA ada satu tips mudah untuk anda semua.

Klik Mula klik pada Wall kita yang ada garisan 3 sama rata nampak gambar kita


Sebelah kiri scroll ke bawah akan jumpa Setting & Privacy >> Pilih Settings >> Pilih Media and Contacts >> pilih Autoplay >> tutup Pilihan yang ada hanya pilih Never Autoplay.




Paparan akan kelihatan tidak terbuka jika pada video kawan² yang uplod ya kecuali anda yang buka ya! πŸŒΈπŸ’•πŸ’•
.
.
#KelasKomputerPersonal #MSOffice #MobileClassComputer with #CikguCA

04 August, 2018

Pengambilan Ogos 2018

[Syarat Ikuti Kelas Komputer]

.
Berhenti salahkan diri sendiri mengapa dari dulu tidak belajar komputer walaupun umur makin meningkat.
.
Anda perlu memenuhi syarat-syarat tertentu sebelum dibenarkan untuk mengikuti servis komputer bersama kami :
.
☆ Lepasan SPM
☆ Berusia 18 tahun hingga 45 tahun
☆ Berminat untuk dalami MS Office
.
Dapatkan nilaian yang dipelajari selama 3 tahun ini hanya dalam masa 3 bulan sahaja. Pengambilan Ogos 2018 kini dibuka! Tempah sekarang untuk kemasukan. Hanya 10 peserta sahaja di terima. Jika penuh anda perlu tunggu sesi seterusnya ya!
.
#CAAdawiah #KelasKomputer #Kuantan #ServisMengajarPersonal #ServisMengajarBerkumpulan #KelasOnline #KelasOffline #MSOffice #MsWord #MSPowerPoint #MSExcel #MSAccess
.
www.wasap.com.my/601113376462 (klik link untuk booking)