08 April, 2017

Kelas Bisnes IG & FB

☆☆ Assalamualaikum & Selamat Malam!  ☆☆
.
Alhamdulillah pagi tadi bermula jam 9 - 5 selesai menuntut ilmu di RTC Pekan.
.
Tarikh : 08 April 2017 (Sabtu)
Lokasi : Bilik Latihan RTC Kuala Pahang, Pekan (Berhampiran dengan UMP Pekan)
Trainer Name : Mohd Kamal Annuar (Trainer Code : TB043)
.
Hari ini saya terpaksa batalkan kelas komputer dengan peserta dari Balok & IM14 syukur mereka memahami. Disamping kita memberikan ilmu kepada orang kita juga harus berilmu.
.
Tumpang dengan kawan kak Nai yang sudi tumpangkan ke sana syukur alhamdulillah. Saya dah tak boleh drive jauh-jauh hehehe saya perlukan driver hihi..

Modul pembelajaran hari ini seperti di bawah :

TEROKAI ILMU PERNIAGAAN DIGITAL BERSAMA E-USAHAWAN
.
Antara yang telah pelajari di dalam kursus ini hari ini :
1. MIndset Bisnes
2. SEO
3. Cara Close Sale menggunakan Whatsapp dan Lain2
4. Facebook for Business
5. IG for Business
.
♡♡Komen : Alhamdulillah kursus hari ini saya ibaratkan ulang kaji berkaitan FB Page, WhatsApp & IG. Banyak soalan yang saya nak tanya terjawab tak sia-sia saya duduk depan sekali terus dapat bertanya soalan yang bersarang di minda. .
Sebelum ni saya tak yakin nak buat fbads create ad tu saya hanya tahu buat boost post untuk 3 hari dengan bayaran minima untuk servis kelas komputer saya. Punya lah ragu-ragu sebab tak yakin sebelum ni kelas ramai-ramai saya tak berapa mahir dalam bab seperti ini. Untuk kelas hari ini saya dah nampak jalan tu heheh...♡♡
.
#CAAdawiah #GuruMsOffice #ServisMengajarKomputer