13 March, 2017

Peserta Kelas Online Tamat Dengan Jayanya





:computer:Alhamdulillah selesai kelas Personal bersama Ila dari Terengganu. Komen positif dari Ila “Seronok belajar kelas bisu tanpa suara hihi” peserta gembira kerana berjaya menghabiskan pembelajaran kelas Online dengan anak yang masih kecil.

Sebelum ini Ila bekerja di kuantan tapi peluang belajar komputer di kuantan tiada hari pilihan selepas waktu pejabat bagi hujung minggu. Selepas berhenti kerja Ila menetap di Terengganu. Apabila Ila search di google ada buat kelas online Ila terus mendaftarkan diri.

Selepas pembelajaran Online Ila telah membuat Ujian sebelum ini untuk program MS Word. Pada minggu lepa hari Khamis Ujian bagi program PowerPoint & pada hari Jumaat ujian bagi program Excel.

Sebagai guru CA kagum dengan kesungguhan Ila. Kesungguhan dia menghafal apa yang dipelajari tanpa melihat arahan pada buku komputer wajar diberi pujian.

Ila memberitahu sebelum ni saya kerja pejabat tak penah tau ada shorcut untuk Open, New, Save, Close dll. Pelajar happy belajar dengan CA.. CA double-double happy gitu.

Syukur dapat sebarkan lagi ilmu kemahiran kepada yang benar-benar memerlukan secara personal class. CA menyambung ilmu kemahiran selepas tidak lagi bekerja di IPM Munshi (Mengajar di IPM dari Julai 2006 hingga Dis 2015).

Terima kasih Ila kerana memberikan hadiah buat guru mu ini dari koleksi #benanghijau. Sebelum ini follow juga IG BH tak sangka dapat hadiah. Insya-Allah CA akan memberikan hadiah dari koleksi produk organik #terapiGaramNur dengan pengeposan bersama-sama Sijil Komputer.

Boleh juga di dapati di IG personal dengan carian hashtag di bawah ya..

#KelasOnline #Terengganu #KelasKomputer
#BelajarKomputer #MSOffice #KelasBisu
#WhatsAppWeb #MobileClass
#KelasPersonal #WanitaSahaja

===================================================================

Untuk maklumat CikguCA juga menyediakan servis mengajar bagi prgram MS Word, MS PowerPoint, MS Excel & MS Access ke rumah & ke pejabat sekitar Kuantan (dari lokasi Bukit Rangin 2 ke 30 KM sahaja sekitar Kuantan). Jika peserta luar Kuantan  syorkan CikguCA ikuti kelas Online bersama CikguCA. 

Nak tahu info lanjut klik link WhatsApp ini http://kelaskomputerkuantan.wasap.my secara automatik anda akan mendapat nombor WhatsApp CikguCA tanpa menyimpan terlebih dahulu. Mudah kan? Laa ni dah canggih.