08 September, 2016

Menyunting Paparan Asal : Part 2


6.     Paparan Ruler klik pada View >> Ruler (tandakan tanda tick). Paparan ini untuk menentukan jarak Bullet/Numbering yang dipilih serta paparan Margin kertas di dalam keadaan Normal @ Wide dll.


7.     Mengubah dokumen bersaiz A4 kekal klik Page Layout >> Page Setup >> Paper tukar Paper Size kepada A4 >> Set as Default >> Yes.



8.     General : Klik pada Office Button/File >> Word Options/ Options >> General kosongkan tanda tick  Show Mini Toolbar (arahan yang akan keluar semasa select teks). Tukar Color Scheme kepada Blue.



9.     Proofing : kosongkan tick kesemua 4 tanda diruangan Check spelling hingga Check grammar. Arahan ini perlu ditutup supaya di bawah teks tidak terpapar garisan merah / hijau akan kelihatan jika menambah simbol titik @ koma.


10.     Advanced : di dalam ruangan Display >> jika ukuran centimeter ubah kepada Inci. Ukuran inci lebih mudah di fahami jika menggunakan jarak Bullet/Number dalam ukuran ½ inci @ 1 inci. Selepas menukar General, Proofing & Advanced terus klik OK. Hanya yang diperlukan sahaja perlu di ubah. Sekiranya tidak diberitahu abaikan bahagian.


11.     Membina Folder baru (warna kuning) : Klik Office Button/File >>  Save.  Semasa paparan Documents pilih New Folder >> taipkan nama Folder. Tekan ENTER untuk mengesahkan. Untuk menukar warna asal folder warna kuning tutup semua dokumen. Klik Start >> Documents pilih folder asal klik mouse kanan pilih Properties >> Customize >> Change icon >> pilihan bebas >> Ok.




12.     Nota : sekiranya arahan Customize TIADA pada pilihan, folder asal klik mouse kanan pilih Cut, buka desktop >> Paste. Klik folder klik mouse kanan pilih Properties >> Customize >> Change icon >> pilihan bebas >> Ok. Untuk pindahkan semula pada Dokumen klik mouse kanan pilih Cut, buka Documents >> Paste.