Saturday, April 02, 2016

Suntingan Pada Paragraph


Gambar 1 : Tabs : Kegunaan Tabs ini untuk menjarakkan teks dari kiri ke kanan. Apabila anda tekan Tabs pada papan kekunci teks akan terjarak terlalu jauh. Untuk mengubah jarak yang selalu digunakan iaitu ½ inci untuk awalan perenggan untuk perenggan klik Home >> Paragraph >> Tabs. Untuk memadam senarai asal yang terjarak klik Clear All. Di ruangan atas taipkan 0.5 klik set. Klik Ok.

Gambar 2 : Paragraph Formatting : Arahan ini mengubah format yang asal kepada yang diinginkan. Klik pada penjuru icon Paragraph, terdapat dua paparan di bahagian atas kebiasaan sering digunakan Indents and Spacing. Paparan asal seperti di bawah. Paparan ini boleh diubah secara kekal untuk dokumen tersebut.

Gambar 3 : Styles : Kegunaan Format ini untuk mengubah Format asal Normal kepada pilihan yang lain. Untuk mengubah kepada pilihan yang lain Home >> di dalam ruangan Styles klik Heading 1 @ Heading 2. Arahan ini sering digunakan untuk membina halaman yang mengandungi muka surat. Sekiranya ingin membatalkan format yang telah digunakan klik pada Clear Formatting.

Tutorial ini disunting oleh Adawiah Creative Solution moh LIKE Facebook Rasmi Jom Belajar MS Office jangan lupa klik berjemaah LIKE ya!