07 April, 2016

Memasukkan ilustrasi (MS Excel)

Picture : Untuk menambah gambar di dalam MS Excel klik Insert >> Picture. Pilih folder yang mengandungi gambar yang anda simpan klik Insert. Jika anda ingin mendapatkan gambar yang tersedia di dalam komputer klik pada My Computer >> pilih Local Disk:C >> ubah paparan View kepada List >> Program File >> Microsoft Office >> ClipArt >> PUB60COR >> ubah View kepada Tumbnail pilih gambar klik Insert.
Nota : Untuk mengubah saiz gambar klik Format >> diruangan Size ketinggian / lebar.

Word Art: Untuk menambah tulisan bercorak di dalam MS Excel klik Insert >> WordArt. Pilih yang dikehendaki. Tukarkan tulisan & corak WordArt klik pada Format >> Text Effects >> Transform pilihan anda.

Clip Art : Untuk menambah gambar di dalam MS Excel klik Insert >> ClipArt. Di dalam ruangan search for : taipkan pengelasan yang dikehendaki contoh : BOOK. Pengelasan berkaitan buku akan terhasil.

Shapes : Untuk menambah kekotak di dalam MS Excel klik Insert >> Shapes pilih yang dikehendaki. Lakarkan bentuk mengikut yang diperlukan. Warna akan berubah seperti program MS PowerPoint. Ubah warna pilihan pada Format Shape Fill / Shape Outline.

Smart Art: : Untuk menambah diagram secara visual yang berbentuk lingkaran, segi empat, anak panah, struktur dan lain-lain di dalam MS Word isikan pointer diruangan kosong klik Insert >> SmartArt. Taipkan teks di dalam kekotak dengan mudah.

Tutorial ini disunting oleh Adawiah Creative Solution moh LIKE Facebook Rasmi Jom Belajar MS Office jangan lupa klik berjemaah LIKE ya!