14 April, 2016

Mencetak Helaian Kerja (MS Excel)

Previewing a worksheet : Kegunaan format ini untuk melihat terlebih dahulu dokumen sama ada halaman mencukupi 1 halaman atau lebih ini bertujuan untuk penjimatan cetakan. Klik Office Button >> Print >> Print Preview. Sekiranya mencetak lebih dari satu halaman, untuk melihat dokumen selanjutnya klik Next Page. Untuk kembali asal klik pada papan kekunci button Esc. Jika menggunakan Window 2010 paparan ini sama untuk semasa cetakan.

Zooming the view : Kegunaan format ini untuk melihat paparan kecil/besar dokumen klik View >> Zoom. Pilih piihan yang dikehendak. Sekiranya membatalkan saiz Zoom pilihan, untuk kembali asal klik View >> 100% (saiz standard).

Printing options : Kegunaan format ini untuk mencetak dokumen klik Office Button >> Print >> Print. Pilih jenis pencetak terkini. Sekiranya dokumen tidak ditukar kepada saiz A4 di dalam pilihan Properties. Jika menggunakan Window 2010 paparan ini sama untuk semasa cetakan.

Tutorial ini disunting oleh Cikgu Adawiah moh LIKE Facebook Rasmi Jom Belajar MS Office jangan lupa klik berjemaah LIKE ya!

Mengubah Suai Lembaran Kerja (MS Excel)

Worksheet margins : Kegunaan format ini untuk mengubah kelebaran dokumen asal Normal. Untuk mengubah pilihan yang dikehendaki klik Page Layout >> Margin pilih Wide / Narrow atau pilihan terakhir yang telah disetkan pilih Last Custom Setting.

Worksheet orientation : Kegunaan format ini untuk mengubah dokumen kepada melintang asal paparan adalah menegak klik Page Layout >> Orientation.

Worksheet page size : Kegunaan format ini untuk mengubah dokumen asal contoh : 100% perlu diubah kepada 75% klik pada View >> Zoom.

Scaling your worksheet to fit a page(s) : Kegunaan format ini untuk mengubah saiz dokumen contoh 2 dokumen boleh dicetak kepada 1 halaman sahaja jika dikecilkan Scale kepada 50% dll. Jika dibesarkan peratusan halaman akan menjadi 4 halaman. Klik Page Layout >> Scale : 175%.


Tutorial ini disunting oleh Adawiah Creative Solution moh LIKE Facebook Rasmi Jom Belajar MS Office jangan lupa klik berjemaah LIKE ya!

Font, Jajaran & Format Nombor (MS Excel) : Part 4

Comma formatting : Kegunaan format ini untuk menambah paparan dua titik perpuluhan & ada simbol “,” pada angka ribu & ke atas. Klik pada Home >> di dalam menu Number (asal General) pilih Accounting (Contoh : 1,234.00).

Currency symbol : Kegunaan format ini untuk menambah paparan “$” dua titik  perpuluhan & ada simbol “,” pada angka ribu & ke atas klik pada Home pada papran luar icon $. (Contoh : $1,234.00). sekiranya ingin mengurangkan titik perpuluhan klik Increase Decimal.

Date : Untuk mendapatkan format tarikh yang ringkas/penuh, klik Home >> di dalam menu Number asal General pilih Long Date/Short Date. Sekiranya ingin pilihan selain sedia ada klik icon Number Γ¦ pilih Medium Date dll. Contoh taipkan =DATE(2015,01,01) selepas itu Enter.

Percentages : Kegunaan format ini untuk menambah paparan “%” serta format asal tiada titik perpuluhan. Sekiranya ingin menambah titik perpuluhan klik Increase Decimal.


Tutorial ini disunting oleh Adawiah Creative Solution moh LIKE Facebook Rasmi Jom Belajar MS Office jangan lupa klik berjemaah LIKE ya!

Font, Jajaran & Format Nombor (MS Excel) : Part 3


Centering a title over a cell range (merge cell) : Untuk menggunakan format ini ketengahkan teks aktifkan cell. Contoh A1 hingga A5 pilih Home >> Merge and Center. Untuk membatalkan kembali format ini klik semula pada icon ini.


Cell orientation : Untuk menggunakan format ini taipkan teks terlebih dahulu untuk mengubah kedudukan darjah kecondongan klik Home >> Orientation pilih darjah kecondongan yang dikehendaki.

Format painter : Format ini digunakan untuk menyalin teks/sel tanpa membina sel/format yang baru di dalam satu-satu cell. Arahan ini hanya aktif sekali sahaja untuk penukaran format untuk satu cell @ kekotak sahaja. Kebiasaan format yang berulang-ulang seperti Date, Number, Accounting dll. Klik pada Home >> Format Painter di ruangan Clipboard.

Number formatting : Kegunaan format ini untuk menukarkan format lain jika tiada paparan luar Number. Sekiranya ingin pilihan selain sedia ada klik icon Number (bulatan) pilih Medium Date dll sebagai contoh.


Tutorial ini disunting oleh Adawiah Creative Solution moh LIKE Facebook Rasmi Jom Belajar MS Office jangan lupa klik berjemaah LIKE ya!