24 July, 2015

Testimoni Pelajar Jan-Jun 2015

 Saya Shazywani Binti Sudin dari Terengganu, sebelum mengikuti pembelajaran komputer, saya telah memiliki segulung Diploma Sains Komputer tetapi saya tidak belajar tentang MS Office (MS Word, MS Power Point & MS Excel). walaupun saya sudah ada basic tentang komputer namun saya masih tidak mahir menggunakan Aplikasi Microsoft dengan betul. Saya juga tidak tahu tentang menggunakan cara 3 jarak yang ada pada MS Word. Alhamdulillah, akhirnya saya telah diajar oleh Cikgu Adawiah yang dikenali sebagai CA.
----------------------------------------------------
Setelah menghadiri kelas MS Word, MS PowerPoint 2007. Jika saya tidak faham saya akan bertanya dengan CA. Dengan itu saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada CA, kerana tidak jemu mengajar dan memberi penerangan tentang Aplikasi Komputer. Ilmu baru yang saya pelajari ialah MS Excel, saya akui saya tidak pernah pelajari setelah ikuti kelas tersebut, banyak ilmu yang saya perolehi.
----------------------------------------------------
Kini saya sudah tahu menggunakan MS Word dengan cara terpantas atau cara cepat seperti membuat sampul surat dengan  menggunakan cara mailing. Contoh mencetak 10 penama atas sampul surat dengan menggunakan kaedah satu kali sahaja tanpa menaip banyak kali dan juga saya juga boleh membuat surat tawaran dengan cara cepat juga menggunakan kaedah Mailing. Memang berbaloi saya menghadiri kelas ini, dan saya amat menghargai ilmu yang diajar oleh CA. Saya akan menggunakan kaedah ini semasa saya bekerja.
----------------------------------------------------
Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Ibu saya Nik Suria Bt Nik Mat Rawi, Cikgu Adawiah (CA) tenaga Pengajar Di IPM dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas.

Nota : peserta ini telah tamat mengikuti pembelajaran komputer di Institut Perdagangan Munshi, Kuantan dengan jaya. alhamdulillah!

----------------------------------------------------

Bagi yang berminat sesi September 2015 boleh muat turun (download) Borang Daftar komputer >>> KLIK DI SINI UNTUK BORANG <<<.
----------------------------------------------------
* Untuk Mendaftar Hubungi terus Guru Komputer / SMS/Whatsapps 
ke 014 219 7966 (Cikgu Adawiah).