14 May, 2013

Terpaksa Melepaskan Jawatan Kerana "0" Kemahiran


Saya Nurul Shafira Azhar, menjejak kaki di IPM dengan dada yang kosong, iaitu tanpa pengetahuan tentang pengunaan komputer walaupun peringkat asas. Hal ini kerana sebelum ini saya tidak pernah mengambil kursus komputer. Hadirnya saya di IPM ini, setelah saya terpaksa melepaskan sebuah pekerjaan yang amat bagus bagi saya kerana saya tidak mempunyai kemahiran komputer.

Selang beberapa bulan saya mula mengenali cara penggunaan komputer. Apa yang pasti saya amat seronok mempelajarinya. Walaupun agak sukar pada mulanya tetapi lama kelamaan saya semakin tertarik untuk mengetahui lebih mendalam tentang penggunaan komputer. Saya cuba memahami  apa yang diajar oleh tenaga pengajar komputer di IPM. Saya telah diberi kemudahan dengan buku rujukan serta nota yang telah disediakan. 

Saya membuat setiap latihan berdasarkan nota yang diberi. Sekiranya ada yang masih saya kurang jelas @ tidak difahami CA akan diterangkan sehingga saya memahami apa yang dipelajari. Walaupun saya tidak sepantas pelatih yang lain saya amat gembira kerana 50% tentang penggunaan komputer telah saya miliki.Kini saya lebih yakin dengan kemahiran yang telah saya perolehi. Segala tunjuk ajar yang telah diberi oleh pengajar iaitu Cik Adawiah akan saya manfaatkan sepenuhnya apabila saya menjalani pratikal dan alam pekerjaan. Kini saya juga lebih yakin untuk menjawat jawatan seperti dulu. Saya sangat bersyukur kehadrat Ilahi kerana membuka pintu hati saya untuk menuntut ilmu di IPM. Jutaan terima kasih untuk CA dan rakan pelatih sekalian di atas tunjuk ajar dan bantuan yang telah diberi tanpa jemu. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya.