Friday, May 24, 2013

~Sangkaan Silap Mengenai Belajar Komputer di IPM~

Saya Nur Fatihah Abdillah sebelum mengikuti kursus komputer di IPM saya mempunyai pengetahuan pengunaan komputer yg agak lemah. Sebelum ini saya hanya menggunakan teknik yang tidak mengikut format tempoh yang diberikan agak lama untuk disiapkan. Saya juga menyangka cara pembelajaran di sini sama seperti di tempat lain. 

Semasa berkursus di IPM sangkaan saya selama ini silap kerana belajar di sini bukan seperti tempat lain kerana cara pembelajaran di sini amat teliti. Saya dapat mempelajari cara menggunakan kod jari dengan betul, saya juga dapat mengetahui tentang penggunaan huruf-huruf yang terdapat pada papan kekunci. Saya juga dapat mempelajari format surat dengan betul, menyimpan data & banyak lagi. Saya juga diajar tentang cara cepat untuk membuat sebarang tugasan.

Disamping itu saya juga belajar tentang membuat slide dengan cara yang betul. Saya berterima kasih kepada Cik Adawiahatas didikan beliau saya telah banyak mengetahui tentang asas penggunaan komputer. Saya juga dapat menaip huruf-huruf di papan kekunci dengan teknik yang betul.Pada masa yang sama, belajar di IPM ini tidak seperti yang saya sangkakan kerana gurunya memberi penekanan kepada pelajarnya untuk berjaya.

Saya yang selama ini kurang berpengetahuan mengenai penggunaan komputer menjadi lebih berkemahiran tentang pengunaan komputer di pejabat.Saya berharap segala ilmu yang dicurahkan oleh guru saya akan saya gunakan untuk latihan praktikal atau bekerja kelak.