Friday, May 24, 2013

~Sangkaan Meleset Mengenai Pembelajaran Komputer di IPM~

Saya Zaharah Abdullah, sebelum masuk IPM, saya menyangkakan cara pengajaran dan pembelajaran di IPM adalah seperti kebiasaan di tempat lain. Saya juga menyangkakan bahawa tenaga pengajarnya memberi tunjuk ajar tanpa penelitian secara individu. Ternyata itu hanya pemikiran saya sahaja. Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas amat berlainan dari apa yang difikirkan. Pembelajaran di dalam kelas amat menyeronokkan. Saya akui pengetahuan saya dalam penggunaan dalam aplikasi komputer amatlah cetek. 

Saya tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam menggunakan komputer dan tidak pernah belajar komputer di tempat lain. Saya juga tidak berminat untuk menggunakan komputer kerana tidak mempunyai asas mengenainya. Terutamanya dalam program Microsoft Office. Banyak perkara yang boleh diaplikasikan setelah mengetahui fungsinya, terutama dalam penggunaan “Mail Merge”. Dengan kemahiran yang ada ini memudahkan lagi kerja apabila diberikan oleh majikan. Malah, saya dapat rasakan bahawa mempelajari komputer amat berharga sekali kerana di mana-mana pun jawatan sangat memerlukan kemahiran ini. Saya telah berjaya mengetahui tentang penggunaan komputer dalam tiga program Microsoft Office iaitu MS Word, MS Power Point dan MS Excel. 

Semua kemahiran ini, tidak pernah saya perolehi sebelum ini tetapi di Institut Perdagangan Munshi, saya telah memperolehi teknik sebenar dalam penggunaan aplikasi komputer. Kemahiran yang dimilliki ini akan digunakan dengan betul. Selain itu, saya juga sudah pandai membuat sampul surat, borang dan surat dan merasa lebih yakin untuk melakukan tugas berkaitan apabila menjalani praktikal nanti atau melangkah ke gerbang alam pekerjaan yang sebenarnya.