Friday, April 12, 2013

~Keputusan Ujian K1/13 Kali Pertama ~



~Keputusan Ujian K5/12 Kali Kedua ~




Hanya Mengetahui Penggunaan Komputer Untuk Games & Laman Sosial


Peserta Testimoni : Saya Nurul Atiqah Binti Fadhil, sebelum saya menjalani kursus komputer di IPM, saya pernah belajar sebelum ini di sekolah agama tetapi tidak secara terperinci kerana ia tidak menekankan untuk pelajari komputer dan tidak cukup masa di dalam kelas komputer. Sebelum ini pengetahuan saya dalam menggunakan kemahiran komputer sangat cetek dan tidak banyak dipelajari di dalam MS Office ini. Apa yang selalu saya guna hanyalah permainan komputer serta melayari Internet. 

Jika ada tugasan mengenai komputer saya akan serahkan kepada rakan-rakan atau kepada adik beradik yang lain. Banyak yang telah saya pelajari antaranya cara untuk membina Letterhead organisasi atau syarikat-syarikat, cara untuk mencetak terus di atas sampul surat untuk urusan pejabat yang banyak tanpa mengambil masa yang lama untuk menyiapkan. Ini kerana saya telah didedahkan penggunaan yang mudah, cepat serta praktikal. 

Untuk program MS Power Point saya di ajar cara menggunakan slideshow, audio dan juga video. Program ini boleh membuat pelan atau peta dan boleh mengedit gambar untuk lebih cantik dan menarik. Alhamdullilah dengan adanya IPM saya dapat membuat kerja kursus komputer dengan jayanya yang telah diamanahkan untuk saya. Semasa menjalani kursus komputer di IPM saya berpuas hati dengan cara tenaga pengajar komputer saya iaitu Cik Adawiah cara beliau mengajar telah banyak memberi kemahiran kepada saya terutama penggunaan yang terdapat di dalam program MS Word, MS Power Point dan juga MS Excel dengan penuh dedikasi serta memberi keyakinan kepada saya untuk mendalami dengan baik sekali. 

Saya mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya mempelajari komputer di Institut Perdagangan Munshi. Saya akan menggunakan ilmu yang saya pelajari ini untuk masa akan datang dan sampai bila-bila. Program yang saya pelajari daripada tenaga pengajar komputer saya ini akan saya sampaikan kepada rakan-rakan terdekat. Progam yang saya pelajari ini mempunyai banyak kelebihan kepada saya untuk membuat perniagaan di masa akan datang. 

Thursday, April 11, 2013

~Dapat Menguasai Pembelajaran Komputer Dengan Mudah~

Saya Nurhidayatie Binti Ahmad, saya telah berjaya menamatkan pengajian saya di IPM di dalam kursus Pengurusan Pejabat. Saya sangat bersyukur kerana saya insan terpilih mengikuti kuliah di IPM. Setelah saya belajar di IPM banyak ilmu yang saya pelajari berbanding dahulu. 

Terutama ilmu komputer, disini saya telah di perkenalkan dan pelajari tentang penggunaan komputer dalam 3 program. Iaitu MS Word, MS Power Point dan MS Excel. Walaupun selama 6 bulan sahaja, banyak ilmu yang telah saya pelajari oleh Cik Adawiah yang sentiasa membimbing pelajar tanpa kenal jemu. 

Disini saya mengetahui bagaimana menambah gambar dalam teks, membuat surat, membuat data Mail Merge, invois dan borang dalam MS Word. Manakala dalam MS Power Point saya tahu tentang membuat iklan, peta, slide show dan sebagainya dan dalam MS Excel saya dapat menguasai bagaimana membuat graf dan jadual dengan tepat dan mudah. 

Semua ini selalunya banyak dan amat penting dalam peluang pekerjaan sekarang. Saya amat beruntung dapat mempelajari ini semua dan amat berterima kasih kepada pihak IPM terutamanya guru komputer saya iaitu Cik Adawiah. 

Jasa dan pengorbananmu tidak terhingga dan tidak dapat saya membalas dengan mudah. Terima kasih CA. Janganlah melupakan pelajar yang bernama Nurhidayatie yang selalu ‘blur’ dalam kuliah. ingat saya selalu CA.

Tuesday, April 09, 2013

Mari Mengenali Apa Itu Ipad

Tidak kira di mana jua kita berada, dunia kini tidak lagi canggung dengan apa itu teknologi. Ia seumpama dunia baru yang menjadi intipati dalam kehidupan masyarakat di dunia ini. Tanpa mengira apa jua jenis teknologi, ia tetap membawa satu kelebihan dalam penciptaannya yang seterusnya membawa kemudahan dan kebaikan dalam hidup kita. Namun pada kali ini saya sangat tertarik untuk membawa kita semua ke dalam teknologi telekomunikasi moden yang menjadi tumpuan hebat bagi penggemar-penggemar gajet ICT. Walaupun kita sedar selama ini kita telah dilonggokkan dengan pelbagai kemudahan teknologi lepas seperti telefon pintar, netbook, iPod dan PSP yang telah muncul dalam kehidupan seharian kita namun teknologi itu tetap terus hidup dan sentiasa melakukan inovasi demi inovasi supaya pengguna tidak bosan dan dapat melihat teknologi yang terbaru. Kekreatifan pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam bidang teknologi pula tidak pernah putus idea untuk mewujudkan gajet terbaru dan seterusnya menambahkan koleksi gajet-gajet teknologi dalam pasaran dunia. Maka dengan itulah munculnya gajet yang diberi nama iPad. 



iPad merupakan sebuah produk yang dibangunkan oleh syarikat gergasi Apple Inc yang diterajui oleh Steve Jobs. Bagi yang mengenali produk keluaran dari Apple ini mesti kita sedar tentang kewujudan Macintosh, iPod, iPhone dan kini iPad yang kini menjadi bualan hangat bagi penggemar gajet terbaru. Jika kita lihat sebelum ini kemunculan iPod mampu menawan hati pembelinya yang telah menawarkan pelbagai aplikasi mudah alih hanya di hujung jari namun produk hasil inovasinya kini iaitu iPad mungkin dapat membuatkan kita teruja untuk memilikinya sebagai koleksi. 

Sebelum iPad dilancarkan, komputer panel biasanya merujuk kepada Tablet PC yang mempunyai keyboard yang boleh digunakan seperti notebook biasa, dan boleh ditukar menjadi panel jika diperlukan. Ipad pula telah menghapuskan rekaan keyboard. Ipad menggunakan skrin multi-sentuhan IPS 9.7 inci, muka depan hanya terdapat satu skrin besar dan butang Home di bawahnya. Skrin Ipad ditutupi lapisan kaca yang amat kuat dan tahan. Terdapat 2 versi iPad iaitu versi Wi-Fi dan versi Wi-Fi + 3G (diringkaskan sebagai versi 3G). Versi Wi-Fi seberat 680g, manakala versi 3G seberat 720g. Namun, terdapat satu masalah yang sangat meruncing dan jelas ketara bagi iPad ini iaitu peninggalan kesan cap jari pada skrinnya. Walaupun skrin Ipad disaluti lapisan yang kalis minyak dan anti kesan cap jari, namun masih tidak dapat menyelesaikan masalah ini.

Lain-lain mengenai iPad 

iPad mewarisi rekaan Apple iPhone yang ringkas dan menyokong multi-sentuhan. Terdapat 1000 titik pengesan yang sensitif pada skrin 9.7 inci tersebut. iPad dilengkapi accelerator yang akan menukar skrin paparan secara automatik jika badannya diputar samada secara melintang atau menegak. Port sambungan iPad adalah sangat terhad. Selain port sambungan dasar di bahagian bawah, hanya terdapat butang Power dan port earphone 3.5mm di bahagian atas. iPad tidak mempunyai port sambungan USB.

Dari segi bateri, ketahanan bateri iPad jauh lebih baik dibandingkan dengan iPhone. Ia menyokong penyiaran video selama 10 – 12 jam dan masa standby selama sebulan. Jika bateri rosak, penukaran bateri hanya boleh dilakukan dengan cara menukar seluruh iPad. Selain itu, kawalan sentuh bagi iPad adalah cemerlang, maka kebanyakan operasi tidak memerlukan penyambungan tetikus. Untuk pengguna iPhone yang berpengalaman, skrin kawalan sentuh 3.5 inci iPhone boleh melakukan pelbagai operasi seperti copy dan pastedownload, penghantaran emel, pelayaran laman web dan sebagainya. Pengendalian skrin kawalan sentuh iPad selebar 9.7 inci pula adalah lebih memudahkan. Kelebihan yang ketara dalam Ipad apabila ianya memiliki iBooks, yang mana pengguna boleh melayari iBook Store yang disusun dalam bentuk rak buku. Pilih sebuah buku dan mula membaca. Apabila iPad berada dalam posisi melintang, skrinnya akan memaparkan kandungan 2 halaman. Semasa membaca, iPad akan melaraskan kecerahan skrin secara automatik melalui alat pengesan cahaya yang terbina dalam. 

Selain itu kriteria unik pada saiz iPad ini ialah lebih kecil daripada saiz kertas A4. Manakala keyboard iPad terbina dalam melalui keyboard virtual yang boleh dipaparkan dengan mudah pada bila-bila masa sahaja. Penganalisis teknologi berpendapat iPad tidak sempurna, tetapi adalah produk era baru kerana Steve Jobs tidak menggunakan cara pemikiran pembuatan komputer untuk membuat iPad, maka ia tiadakeyboard, tiada port sambungan USB, tidak menggunakan sistem operasi Mac. iPad diposisikan antara iPhone dan MacBook, merupakanhardware yang disokong oleh banyak aplikasi. Teknologi multi-sentuhan juga adalah antara faktor kejayaan iPad. Namun seutuh mana pun sesuatu produk ia mesti memiliki kelemahan pada ciri produknya. iPad telah dikenal pasti mengalami kekurangan kerana tiada multitasking. Dalam erti kata lain, kalau pengguna sedang menaip sebarang surat, mereka tidak berpeluang untuk mendengar muzik pada satu-satu masa. Selain itu iPad tidak mempunyai aplikasi kamera dan adapternya bersaiz besar. Malah kelemahan iPad yang jelas iaitu perantitouchscreen masih tidak mampu memberi kepuasan kepada pengguna untuk melakukan kerja menaip kerana saiz skrin yang berubah mengikut kesesuaian butang peranti touchscreen tersebut.

Oleh yang demikian dapatlah kita simpulkan bahawa teknologi iPad masih berada dalam lingkungan barangan kategori waiting list. Dengan kata lain iPad ini merupakan suatu produk baru yang akan membawa perubahan dalam arus teknologi telekomunikasi dan maklumat di negara ini kerana Ipad ini melalui sokongan teknologi multi-sentuhan yang sangat mesra pengguna serta sokongan pelbagai program aplikasi, pengintegrasian pelbagai kandungan di internet supaya pengguna dapat menggunakan internet dengan selesa seterusnya menggunakan iPad sebagai salah satu gajet alternatif yang sangat menarik dan memiliki gayanya yang tersendiri.

“Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.”- Philip Massinger

http://www.ukm.my/monline/