27 November, 2012

`Tugasan Akhir Komputer & Testimoni Peserta Kursus`


Saya Nur Intan Farahhana Binti Zulkefli, No Matrik SK-PP 04/5734/11. Pada mula saya mengikuti pembelajaran komputer di Institut Perdagangan Munshi, saya telah didedahkan dengan program Microsoft Word dan Power Point. Program tersebut antara program yang wajib dipelajari bagi setiap pelajar yang mengikuti kelas komputer. Namun begitu, menyedari yang ilmu seharusnya dikejar saya telah berusaha dengan lebih gigih. Atas tunjuk ajar Cik Rabiah Adawiah, saya telah berjaya mengambil program Microsoft Excel dan Access. Mungkin ramai tidak menyedari kepentingan program tersebut. Bagi program Microsoft Excel, ia sekarang menjadi keutamaan bagi menyediakan pelbagai tugasan harian apabila bekerja. Selain menyediakan akaun, ia juga boleh membantu menyediakan laporan. Sekiranya dikaji, tidak ramai pekerja kini yang berjaya menguasai program Excel ini dengan lebih mendalam. Jadi inilah masanya untuk kita memepelajarinya supaya menjadi pekerja yang cemerlang kelak. Saya lebih teruja apabila berjaya melepasi ujian bagi melayakkan untuk meneruskan mengikuti program Access. Program Access memudahkan untuk menyediakan borang dalam bilangan yang banyak. Saya berasa bersyukur kerana, pelajar terakhir yang layak mengikuti program tersebut pada tahun 2006. Program ini jauh lebih menarik kerana ia memerlukan kreativiti yang tinggi. Ia amat mudah untuk dipelajari dan ia merupakan satu “tiket tambahan” jika layak mempelajarinya. Apa yang penting adalah semangat dan juga usaha yang tinggi untuk berjaya.