02 October, 2012

Iklan Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia (UPM)


Kami mempelawa Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan, komitmen yang tinggi dan bercita-cita untuk berkhidmat dalam sebuah Universiti yang sedang menuju ke arah Universiti bertaraf dunia bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di Universiti Putra Malaysia :-

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17

Klasifikasi: Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan: Sokongan
Taraf Jawatan: Pekerja Sambilan Harian (PSH)
Jadual Gaji: RM 54.00 Sehari

SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

i.Warganegara Malaysia
ii.Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya olehkerajaan.
iii.Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan
iv.Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan kepujian dalam empat (4) mata pelajaran lain yang berkaitan diperingkat SPM
v.Keutamaan diberi kepada calon yangberkebolehan mengendalikan komputer dan perisian microsoft word , microsoft excelldan lain-lain.


2. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N17/N27

Kumpulan: Sokongan
Klasifikasi: Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
Taraf Jawatan: Pekerja Sambilan Harian (PSH)
Jadual Gaji: Gred N17: RM54.00 Sehari / Gred N27: RM72.00 Sehari

SYARAT LANTIKAN:
Calon-calon bagi lantikan ke jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a)Warganegara Malaysia
b)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya olehkerajaan.
c)Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan
d)Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan kepujian dalam empat (4) mata pelajaran lain yang berkaitan diperingkat SPM
f)Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas atau notarintas (note taking) dengankederasan 20 p.s.m. daripada rencana danmenaip salinan trengkas sederas 15 p.s.m. dengan kesalahan tidak melebihi 4%.g)Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan perisian microsoft word , microsoft excell dan lain-lain.
CARA MEMOHON :
Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Sokongan seperti yang dilampirkan atau dimuat turun daripada laman web Pejabat Pendaftar UPM di alamathttp://reg.upm.edu.my/reg/index.php . Sila hantarkan borang yang telah lengkap serta sijil/dokumen yang berkaitan kepada:
Pejabat Dekan
Fakulti Sains
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR

TARIKH TUTUP:
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas SEGERA atau tidak lewat dari 10 Disember 2011.

PERHATIAN :

(i)Permohonan yang tidak lengkap diisi atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dilayan.
(ii)Hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan diperakukan dipanggil untuk ditemuduga.
(iii)Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan: 10 Oktober 2012


[IKLAN] Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat Sesi November 2012 kini dibuka. SMS Nama, IC, Alamat dan hantarkan ke 0199936840. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di sektor kerajaan dan swasta. layariwww.ipmmunshi.com


sumber :  admin IPM