01 September, 2012

Kuasai Pembelajaran Komputer dari "0" Hingga Mahir

Peserta Testimoni : Saya Siti Nur Ain Binti Ismail, mengucapkan ribuan terima kasih kepada tenaga pengajar saya iaitu Cik Adawiah (CA). Beliau banyak memberi tunjuk ajar dan membantu saya dalam menguasai bidang Aplikasi Komputer. Di sini saya telah mempelajari program komputer yang diperlukan dalam kegunaan harian di pejabat tanpa kita sedari. 

Dahulu sebelum saya memasuki IPM saya jarang menggunakan format-format yang ada dalam komputer. Di sini saya telah belajar format yang ada cara untuk membuat kaedah membuat surat dan sampul surat. Ia lebih memudahkan kerja kita terutama kemasukan rekod yang banyak. selain itu, saya berjaya mempelajari  membuat borang, invoice, surat permohonan, surat tawaran format kolum seperti akhbar serta lain-lain. 

Bagi program kedua saya mempelajari membuat peta, iklan, membuat kad ucapan perpisahan kepada tenaga pengajar pelbagai lagi. Pada mulanya ia amat susah buat saya yang tidak pernah mempelajari komputer sebelum ini namun atas tunjuk ajar CA yang mendalam membuatkan ia mudah. Bagi saya yang tidak pernah menggunakan kaedah kod jari ini mulanya memang sedikit kekok namun setelah mempraktik di rumah lama kelamaan saya sudah terbiasa. Sepanjang kursus saya juga telah diuji dengan beberapa ujian sebelum menduduki Peperiksaan yang sebenar. 

Selain daripada menduduki ujian, saya juga diberi tugasan untuk menyiapkan kerja Kursus secara individu. Saya perlu menyiapkan Tugasan Ribbon Microsoft Word dan juga Microsoft Power Point. Setiap tugasan adalah berdasarkan latihan yang telah dipelajari saya sangat bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian saya dengan jayanya di peringkat Sijil Pengurusan Pejabat yang disediakan pihak IPM. Saya juga akan menggunakan kemahiran yang ada ini semasa melalui alam pra-pekerjaan kelak.