Thursday, August 09, 2012

Tutorial : Penggunaan Menu Home MS Word

Menu Home : semasa anda membuka program MS Word anda akan dapati menu Ribbon di bahagian atas terpapar. Setiap menu Ribbon berfungsi mengikut yang telah ditetapkan. Penggunaan kerap di pejabat terutama Ribbon Home, Insert, Page Layout & Mailing. Kali ini kita akan mempelajari bagaimana untuk meyunting teks seperti dibawah.

A).        TEKS ASAL (ALIGN LEFT)

Anda dinasihatkan untuk membuat pembacaan yang luas mengenai rencana komputer. Jangan hanya bergantung kepada buku latihan komputer (di bilik komputer) sahaja. Pembelajaran komputer memerlukan anda membaca beraneka jenis majalah, akhbar, novel dan rencana yang berkualiti. Pembacaan yang luas boleh meningkatkan pemahaman anda tentang jenis tulisan, warna dan pelbagai corak yang digunakan, kedudukan gambar, jadual, jarak perenggan di antara teks/Table dll. 

B).        TEKS YANG TELAH DIUBAH  (JUSTIFY)

1.   Semasa anda menaip teks di dalam bentuk ayat/perenggan anda tidak perlu menekan Enter sehingga teks yang terakhir. Berikut beberapa perubahan dapat dilihat pada teks A & B. Untuk samakan teks kiri dan kanan teks pilih icon di dalam kekotak Paragraph à Justify. Sekiranya ingin menambah jarak di antara teks pilih Line Spacing ubah kepada 1.5 lines @ 1.15 lines.

2.    Perubahan teks : membuat pembacaan yang luas. Sebelum anda memilih icon yang dikehendaki anda perlulah aktifkan teks yang akan dibuat perubahan pilih icon di dalam kekotak Font à Bold (B), italic (I) & Underline (U).

3.   Perubahan teks :Pembacaan yang luas boleh meningkatkan pemahaman anda aktifkan teks pilih Text Highlight Color. Sekiranya ingin menambah warna asal hitam kepada lain-lain warna klik pada Font Color.

4.   Menambah simbol/nombor dihadapan teks, aktifkan teks pilih bullet sedia ada/Numbering sedia ada. Untuk mengetahui jarak yang akan dikhususkan kepada anda ubah kepada Multilevel List.